Bukan Hanya Kata-Kata Indah
Tuesday, February 7, 2012
Monday, February 6, 2012
Transformasi Diri
![]() |
| banner yang dibuat sempena majlis resepsi sebelah suami saya |
Assalamualikum...
Hari ini adalah hari ketiga saya bercuti. Cuti umum sempena cuti maulidur rasul. Esok jua, adalah cuti umum .
Hari ini, adalah lebih baik dari semalam. Semalam agak tak banyak aktiviti dibuat. Walaubagaimanpun, saya selalu cuba untuk baut sesuatu yang bermanfaat.
Semalam aktiviti yang boleh dibaggakan, pergi berjalan cepat di taman setia alam. Kiranya beriadah sikit. Malamnya dengar ceramah kat masjid.
Saya selalu cakap kat diri dan banyak jua bagi nasihat kat orang lain, agar membuat sesuatu yang berfaedah dan redha dengan takdir yang Allah berikan kepada kita. Kerana Dia yang menjadikan kita dan Dia tahu apa yang terbaik buat kita.
Namun kadang-kadang saya kalah dengan kata-kata saya dan dengan pegangan saya.
saya manusia biasa. Saya bisa menangis, dan saya jua bisa bersedih hati.
Sejujurnya, bila kita bersedih dan terus bersedih, tanpa berlawan dengan nafsu kesedihan, kita akan akan terus lemah dan selemahnya.
Bagi saya , salah satu cara yang mungkin kita pulihkan rasa sedih adalah bersenam. Kerana bila kita bersenam ataupun beriadah, terhasilnya atau hormon endorfin akan dirembeskan,
Apa itu hormon endorfin itu?
Hormon endorfin yang saya faham adalah membolehkan kita lebih ceria atau boleh jua menghilangkan stress.
"Buatlah sesuatu yang sepertimana esoknya tiada lagi buat kita"
SENYUMLAH :)
Saturday, January 14, 2012
Cuba
Hari ini, ada mesyurat yang dikira sebagai LADAP 1.
Mahu menghapuskan segala duka. Mahu hargai segala yang telah Dia kurniakan.
Nak sihat. Nak gembira. Nak beri manfaat pada orang lain.
Semoga semua niat itu semua kerana Allah..
Kurang bercakap dan berimiginasi . Banyakkan bekerja ke arah melaksanakan arah KEHIDUPAN yang lebih bermakna...:)
Mahu menghapuskan segala duka. Mahu hargai segala yang telah Dia kurniakan.
Nak sihat. Nak gembira. Nak beri manfaat pada orang lain.
Semoga semua niat itu semua kerana Allah..
Kurang bercakap dan berimiginasi . Banyakkan bekerja ke arah melaksanakan arah KEHIDUPAN yang lebih bermakna...:)
Friday, January 13, 2012
Tunduk Dan Mendongak
Ya Rabb.............
Tunduk dan mendongak..
Ya Rabb............
Titipkan rasa redha di hati ini.
Ya Rabb..
Ya Rabb....
Engkau kurniakan aku bermacam2 kurniaan dan nikmat yang tak terperi..
Aku tak mahu jadi hamba yang tidak bersyukur...
Ya Rabb..
Sebaik-sebaik tempat bergantungan adalah pada Mu...
Sebaik-sebaik tempat mengadu adalah padaMU..
Tuesday, December 27, 2011
Mutiara Kata Tanyalah Ustaz-Pesanan Lukman Nul Hakim
Alhamdulillah seperti seperti biasa, dengan izin Dia, saya dapat menonton racangan kesukaan saya (tanyalah ustaz) di pagi ini. Dan terima kasih jua ya Allah, kerana mendapat ilham untuk terus menaip ilmu2 daripada rancangan itu terus di blog ini.Semoga dapat manfaatkan diri dan sekalian yang membaca..Selamat membaca dan selamat beramal.
"Pandanglah yang pahit dalam kehidupan ini sebagai manis dalam kehidupan"-
"Tak semestinya kekuatan yang kita ada sekarang, akan menjadi kekuatan untuk sampai bila-bila"
Pesan luqman Nul Hakim
"makanlah bersama dengan orang-orang yang bertakwa"
"Nak kuat dalam kehidupan kita, dekatkan diri dengan orang yang ahli ulama'"
Kata lukman nul hakim kepada anak2nya,
Wahai anak-anaku....
"SIFAT KITA YANG MALAS DALAM MENUNTUT ILMU, menyebabkan kita malas nak buat beribadat.semakin kuat amalan menuntut ilmu, semakin kuat untuk kita beribadat..
cara ketiga, nak jauhi sdfat mals, kena berkwn dgn org yang soleh, nak cr yg soleh, kita jadi
"Semasa kamu berkwan dengan kawan2 mu, ujilah kawan 2 mu..dengan berbuat marah pada sahabat kamu, agar kamu tahu siapa kawan kamu-Kawan yang baik akan ingatkan kita pada Allah "
"Jangan suka pada pujian oleh orang lain"
-Jika anda dapat pujian, berjaga-jaga dengan perasaan itu. Jangan terlalu suka....
Jangan mengampu (memuji) lebih-lebih..
Waktu dipuji (dpt pujian), kena kembali pada Allah..kita kena sebut:
"semua ini adalah kuniaan /anugerah Allah "
Contohnya, dapat anak-anak pandai....dan dapat pujian, sebut :
"sEmua ini Allah berikan anugerah kepada kami bukan saya bla bla ..."
Bila berkawan denagan kawan, jangan mengharapkan manfaat daripada kawan kita tersenut, tapi kita kena selalu manfaatkan orang lain. Sentiasa memberi manfaatkan kepada orang lain.
Pesanan terakhir luqman pada anak-anaknya:
"Jangan hidup kami condong pada dunia"
Bilamana kita terlalu suka pada dunia, kita tak nampak betapa lagi besar nikmat di akhirat sana.
Nilai kita di akhirat lebih besar berbanding di akhirat..
Nak tahu kita leka tak leka dengan dunia (kesan terlamapu suka dunia) adalah :
1. Solat tak disegerakan
2. Dalam solat x khusyuk
3. Tidak rasa nikmat dalam solat
~oleh itu, kalau ada tanda-tanda tersebut cuba muhasah diri , smoga bila beribadat , kita dapat rasa nikmat .
Wednesday, December 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)








