aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 28, 2009

Berkongsi sebelum tidur

Semakin hari, semakin tumpul skill untuk menulis. Setiap kali nak menulis hanya sekerat jalan je. Selepas tu brek dan terus down...What happenz on me ????

Ok..

Astghafirullahalazim..

Ku tulis ini untuk berkongsi. Bukan pula untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali mencari publisiti murahan...

............................................................................................................................................................................

Hampir tiga bulan sudah saya di kampung . Selepas tamat sahaja praktikal saya di Subang Jaya. Saya terus pulang dan menghabiskan cuti saya dirumah.

Banyak benda yang saya belajar dan hadapi. Saya bekerja, saya jaga nenek saya, saya jadi babysister utk 2 anak saudara, saya masak, saya kacau-kacau adik-adik saya dan banyak lagi..

Semua tu pengalaman.

Seribu satu kenangan.

Ada manis, ada jualah pahitnya...=)

Tiap-tiap malam saya sebelum tidur. Saya dan adik-adik selalu bersembang-sembang atas katil

Oleh kerana, kami jarang tengok tv selepas pukul 10, so banyak la masa kami berbual-bual.

saya bersama adik-adik saya =)


Bermacam-macam topik kami berbual. Dari topik yang kecil hinggalah melarat ke cabang-cabangnya.

Lama-lama saya sedari, kami bukan berbual kosong. Tapi berisi. Bagi saya ianya banyak mengingatkan saya. Dan dari berbual-bual itu, saya tahu siapa adik saya. Dan adik saya, tahu siapa saya.

Pada suatu malam..saya adakan satu permainan refleksi...

Dimana semua kena cakap. Oleh kerana saya ni yang paling tua. Saya yang yang cakap dulu.

Mula-mula saya cakap apa kekurangan yang saya sedari dalam diri saya. Saya banyak berkata tentang hormon dan emosi. Rupa-rupanya perkara ni juga dialami oleh adik-adik saya.

Kami berkongsi rasa apa emosi yang dirasai bila "datang bulan" dan kami kongsi cara nak hadapinya.

Oleh kerana, kami semua dari kaum istimewa, Allah jadikan sedikit kelemahan dalam tubuh wanita. Itu kita berfikir... Kami tak jadikan kelemahan itu sebagai halangan. Namun kami berusaha pertingkatkan diri agar kelemahan itu tidak menjadi satu halangan yang besar buat kami.

"Kalau ayu, bila datang emosi tak stabil. Ayu mesti naik basikal petang-petang." luah ayu..

"Kakak pulak, kakak kuat berzikir dan kalau tengok kakak duk sorang-sorang tu. Tu tandanya kakak tengah berlawan dengan emosi.Bukan menangis. Cuma cuba tenangkan diri sendiri" luah saya..

Begitulah kami berempat.

Perbezaan umur antara kami bukan penghalang..

Kadang-kadang, saya suka cerita tentang kehidupan di Universiti. Sehingga adik saya takut plak. Dan menyimpan cita-cita nak masuk maktab seperti adik saya yang pertama.

Namun saya selalu kata macam ni..

"Kalau Allah hantar kita kat mana-mana pun, sebenarnya tempat tu kte boleh adapt dan boleh survive.. Cuma kita mungkin tak bermotivasi untuk tahan ujian yang dihadapi.."

"Dulu masa kakak kat matrikulasi, kakak pernah fikir nak keluar. Tensionya melampau.. Rasa nak menjerit. Jauh dari mak ayah..Tapi selalu ingatkan diri yang Allah tak bebankan hambanya jika hambaNya tak mampu lalui..Alhamdulillah, semuanya ok.."

Sebagai seorang kakak saya tak terlepas ingatkan adik-adik saya tentang soal cinta. Soal hangat saya kira dengan umur kami ini.

Kadang-kadang apa yang kami dengar kat surau. Saya bincangkan balik di bilik kami..

"Ingat tak ustaz Azhar cakap apa tadi?" tanya saya kepada adik-adik saya..

"Bercinta sebelum kahwin itu haram kan kak..."jawab salah satu adik saya.

Saya bukan kakak yang terbaik untuk dicontohi. Saya garang....kerana saya juga manusia bukan malaikat!...

Namun, saya tak sanggup tengok saudara yang kusayangi tidak dilandasan yang betul.




Saturday, December 26, 2009

Pesawat mainan yang hilang..




Saya rasa ini post kali terakir untuk tahun ini. Kalau ada pun maybe satu post lagi kut.

Pagi tadi, saya ada baca surat khabar pasal enjin pesawat negara kita hilang. Sebelum tu, saya dah tahu info tu. Tapi tak jelas sangat. Ianya membabitkan kos 50 juta. Mungkin anda dah semua tahu..kalau tak tahu lagi..anda boleh search kat google dengan menaip enjin pesawat pejuang boleh hilang.

Saya rasa sedih pulak jadi rakyat Malaysia ni.

Kenapa?

Sebab ada yang orang atas-atas dari kita yang senang nak cakap pemimpin kita la..yang tak "boleh diharap"

Bukan nak cakap pasal politik sangat.

Cuma rasa semua ni, patut dihebohkan. Malangnya..kat tv tak la bising-bising sangat. Biasalah..kalau isu kerajaan ni, memang selalu tak nak rakyat tahu.

Pelik tapi benar.

Enjin pesawat bukan seperti enjin pesawat mainan budak. Ni enjin pesawat PEJUANG..

Kalau enjin pesawat mainan budak, bolehlah letak dalam poket.

Kalau orang yang tak ada kuasa, mana mungkin enjin tu sudah terjual di Eropah.

Mesti ada DALANG YANG POWER!

Sebelum ni, saya rasa tak perlu saya cakap pasal isu semua ini disini. Tapi sekarang, saya rasa kalau benar dan ianya bermanfaat untuk orang lain tahu. TAK SALAH SAYA nak menulis disini.

Kat suratkhabar tu jugak, ulama pesan kat blogger. Kalau nak tulis sesuatu biarlah berhati-hati. Kadang-kadang blogger ni main hentam je..Tak tahu kesahihanya, tak ada bukti pastu mengata-ngata. Tak ke FITNAH namanya tu!...


.......................................................................................................................................................................



tidur...(gambar ni saya ceduk dari blog langitilahi.com)..hope dia tak kisah=)



Tuesday, December 22, 2009

Rasa ITU



percaya dan terus percaya.....

Terasa sangat gembira saat ini. Walaupun dah sampai masa untuk tidur. Dan perlu tidur.

Tapi rasa tak puas kalau tak menaip lagi.

Bila Allah bagi perasaan gembira kepada kita, kita syukuri. Walaupun secara tak sedar, banyak sangat kurniaan yang melimpah ruah kepada kita telah DIA bagi. Dan patut disyukuri. Cuma kita je, tak fikirkan segala kurniaan itu..Hanya mengharap yang lebih dari apa kita ada.

Contohnya..

Allah bagi kita makan. Ada orang sakit tak boleh makan. Sebab mulut ulser..atau bahasa saya..mulut "netup"


Bila Allah bagi kita sedih. Sehingga rasa sangat-sangat tak gembira dengan hidup ini..

Apa anda buat?

Terjun bangunan ker?..Kalau saya, saya sedaya upaya nak kikis nak remove perasaan yang sedih bangat tu.. The best part , bila kita sedih. Kita menangis.

Ya kita menangis..Menangislah sepuas-puasnya. Kerana airmata dapat meleburkan hati yang keras.

semoga sihat =)

Selepas menangis..andai rasailah sendiri..tak tahu rasanya?..

Rasanya hebat sekali..hebat..

Rasa tenang, kembali kuat..dan semakin tabah..inshaAllah..

Mungkin sebab itulah Allah suruh kita bangun malam hari, dan menangis padaNya. Mengadu kepadaNya..dan terus mengadu..

Mungkin sekarang, Allah pinjamkan kegembiraan itu untuk saya. Mungkin esok lusa, rasanikmat gembira itu bertukar sedih kembali.

Namun ingatlah, yang langit tak selalunya cerah. Selepas cerah, pasti datangnya mendung, dan mungkin jua hujan..Mungkin jua hujan renyai-renyai ataupun hujan berserta kilat ..Dan mungkin menyebabkan banjir yang berhari-hari lamanya...

Semoga kita semua semuanya dalam keadaan baik. =)

Semoga kita semua percaya apa yang patut kita perlu percaya.

Pesanan buat ibu bapa


budak ni dibuang dalam tong sampah dekat komuter , sebab ayah dia curiga kat mak dia..(kureng asem betul ayah).








didiklah anak-anakmu dengan kata-kata yang terbaik

Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"


Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.


"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w


"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN

Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

4 Muharram 1431 H

21 Disember 2009

........................................................................................................................................

Entri ini diambil dari artikel ustaz zaharuddin.. Saya sangat suka artikel ini. Etah lah..sejak dua menjak ni..rasanya, artikel-artikel seperti ini mendapat perhatian dari saya.

Kita baca, kita belajar..

Kita ambik , kita muhasabah...

Mungkin, kalau kita anak..kita perbaiki diri untuk menjadi anak yang baik.

Mungkin, kalau kita bapak atau mak.., kita perbaiki diri untuk menjadi ibubapa yang baik.


Monday, December 21, 2009

Ilham itu MILIKNYA..



"Niza tulis blog, buat draft ker dulu?"

" Tak ..Terus tulis apa yang nak ditulis. Idea tu datang dari macam-macam. Kebanyakan rutin harian la..."

Memang saya menulis tak ada draft. Saya akan terus menulis apabila datang idea. Tapi kalau datang idea masa masak ker masa tengah tgok TV ker. Saya akan simpan dulu. Dan cuba ingat apabila mengadap laptop ni.

Sebenarnya nak menulis susah jugak. Bagi saya, sumber inspirasi saya nak menulis disini apabila saya banyak membaca. Bila saya banyak baca. Banyak jualah nak kongsi atau nak tulis disini.

Saya banyak baca buku. Buku pun pelbagai. Dan saya jugak akan baca blog-blog orang juga.

Kalau nak membaca untuk cari ilham tu, saya pilih pelbagai jenis blog dan buku. Tak kira dia siapa . Yang penting saya dapat ilham.

Kadang-kadang tu, buku teks adik saya tingkatan 3 pun saya baca jugak.



Bagi saya, kalau nak ilmu kita boleh MEMILIH. Kalau memilih sangat, memang sempitlah kita punya ruang dan peluang untuk mendapatkan ILMU.

Satu lagi. Saya cuba tak pandang enteng buku-buku orang yang kita tak suka. Contohnya, kalau kita tak suka falsafah orang "puteh". Kita tak baca langsung buku falsafah orang "puteh"..Sedangkan ada satu hadith mengatakan yang kutiplah dimana jua ada mutiara di muka bumi ini...







Kalau kita dah set mind kita, tak lih baca tu tak boleh ni.. Kita dengan secara tak sengaja..Memang tak boleh hadam buku yang kita tak suka.


Sedangkan banyak sangat ilmu dalam buku tu.


Kalau kita sudah berjaya menulis plak..Janganlah fikir kita hebat sangat...Sebab yang datangkan ilham menulis semuannya datang dr Allah..


Sunday, December 20, 2009

Itu ini



Tazkirah diri:


Allah bagi kita penyakit, lalu kita lemah.

Allah bagi kita kesihatan yang baik, kita kuat.

Ada Allah bagi hambaNya dengan kesihatan yang baik. Jarang ditimpa sakit. Tapi hambaNya jarang betul-betul gunakan peluang itu untuk beribadat kepadaNya.

Ada pula, Allah menguji hambaNya dengan pelbagai penyakit, seribu satu sakit. Tapi masih jua tidak berfikir dengan batu-batu ujian yang dilemparkan itu.

Kadang-kadang Allah lemparkan banyak ujian kepada hamba-hambaNya agar menyedari yang lebih berkuasa adalah DIA.

Begitulah hidup...

Jangan mengeluh...Allah jadikan semua benda adalah bersebab. Allah jadikan sakit, adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Dan disamping itu membuatkan kita berfikir.
.......................................................................................................................................................................


"Mak, kenapa asyik pening-pening je sekarang"

"Esok pergi check la, mungkin darah rendah kut" balas emak

"Sakit ni pelik la..ker sebab "spek"..?"

Hm..tu la pakai spek suke hati je. Bila sakit baru nak pakai spek. Kesian kat mata.

Tak baik betul. Allah bagi mata, tapi tak jaga betul, Sampai sakit2 dia.

Friday, December 18, 2009

Tuhan pun TAHU




Tadi tengok tv yang dilakonkan oleh shiela rusly dan afdlin shauki.

Bukan nak tulis sinopsis cerita kat sini. Cuma nak kongsi apa yang saya fikir dan kesimpulan dari cerita itu.

Bagi saya cerita itu BANYAK membuat saya terfikir dan bagi yang lain saya rasa tak kurang juga..banyak "moral values" yang boleh kita ambik dan fikirkan.

Cerita yang mengisahkan CINTA yang tak ada tujuan, tak arah yang betul.

Mula-mula, perkahwinan mereka itu antara shiela dan afdlin adalah bahagia. Namun bila dah usia pekahwinan mereka semakin meningkat. Iaitu makin banyak tekanan, tanggunjawab dan masalah. Mereka mula gelisah dan mencari-cari..adakah ini dinamakan cinta sejati?..

Si isteri sibuk melayani anak-anak. Si isteri dahagakan kasih sayang dan juga perhatian dari si suami.

Manakala, si suami pula tertekan dengan tanggujwab seorang suami mencari nafkah tanpa menyedari dia melupakan untuk memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak dan suami.

Lebih parah lagi, apabila si suami sakit yang menyebabkan semuannya terbatas. Si isteri mula berasa bosan dengan rutin hariannya termasuk menguruskan si suami yang sakit. Si isteri yang kurang bimbingan agama ini, mudah sahaja tergelincir dari landasan yang betul. Dia mula liar dan tak dapat dikawal..
..........................................................................................................................................................................


Cerita ini adalah cerita yang saya kira barangkali adalah REALITI kebanyakan kehidupan artis zaman sekarang. Bahkan kebanyakan orang biasa yang kurang didikan agama.

Semalam semasa berbual-bual dengan mak saya depan TV..Tiba-tiba mak mengatakan

"Patutlah bercerai-berai, tak kawin lagi tapi aksinya macam dah kahwin. Bila dah kahwin, cari makan dari sumber haram pulak. Pastu bagi anak bini makan dengan hasil titik peluh haram. Bila adalah masalah sikit, memanglah senang untuk ambik jalan singkat jer..Terus cerai je .."

Bila dengar orang nak kahwin, semua nak kahwin. Fikirnya mudah. Tak fikir panjang. Memanglah Allah ada memberi rezeki. Namun kita ?..adakah bersedia dengan senjata untuk menghadapinya?..

Lagikan ulat dalam batu pun Allah bagi makanan. Apatah lagi manusia. Itu bab rezeki. Tapi Allah takkan bagi makanan kat ulat tu tanpa ulat itu mengorek-gorek lubang untuk cari makanan..

(Wah nak masuk bab cinta lagi ker?..aishh..=P)

Saya bukan anti cinta. Tapi saya suka cinta. Tanpa cinta tiadalah saya.

Tanpa cinta Allah , tiadalah kita.

Cinta bukan adalah perasaan seronok bila berdua tanpa ikatan yang sah.

Cinta bukan adalah perasaan yang sangat tenang apabila menikmati malam yang indah sambil bersaksikan bulan dan bintang bersama insan yang teristimewa..

Cinta memerlukan kasih,

kasih memerlukan ilmu,

ilmu perlu diguna,

GUNA PADA TEMPATNYA...

Andai mandi tak basah kerana cinta. Saya kira salah perumpaan tu. Mana ada mandi tak basah. Mandi tak bawak ketenangan ada lah.. Biasanya kan kalau sudah mandi, rasa lega sikitkan?

Hmmm, kalau sebelum kahwin fikir tak nak anak. Saya rasa tak yah kahwin kut. Nanti anak tu jadi mangsa pulak.

..........................................................................................................................................................................

Mengapa si isteri tadi boleh kata macam ni

"Saya bosan dengan kerja saya memasak, mengurus anak-anak lah ..awk silap..saya TAK perlukan kereta yang mahal, barang-barang yang mahal...tapi saya perlukan kasih sayang awk.."

Saya kira, mungkin si isteri rasa sangat penat. Rasa tak dihargai. Saya pun kadang-kadang rasa penatnya buat kerja. Tak ada upah pun..

Tapi ingatlah..itukan tanggunjawab kita semua..Tanggunjwab seorang isteri. Membantu si suami menjaga keluarga dengan baik. Tanpa ikhlas pasti kita rasa bosan dan tak dihargai..

Namun, bagi saya adalah tidak patut si suami langsung tidak menghiraukan penat lelah si isteri, Hargailah dia.. Dengan pelbagai cara. Memberi senyuman, pujian adalah the simple things yang saya kira boleh dilakukan. Yang boleh membangkitkan rasa sayang antara suami dan isteri..

..............

K la dah terpanjang..

Andaikata nukilan ini ada cacat cela. Boleh komen dengan menggunakan akal..

Dan andaikan tak cukup bernas saya tulis ni..maafkan saya..saya menulis bukan dasar pengalaman saya. Namun hanya hasil pembacaan saya. Saya insan biasa..



=)



Thursday, December 17, 2009

Mengapa ayah ceraikan ibu?



"Kenapa tak buat kerja sekolah ni" tanya saya sewaktu saya bekerja sebagai guru ganti sebulan yang lalu...

"Ala cikgu ni..."jawab Damia Syazwina.

"Damia, dah banyak awk tak buat kerja sekolah saya bagi" saya bersuara lagi sambil menahan sabar yang amat.

Dia diam sambil bermain dengan alat-alat tulis dia di atas meja. Lagaknya tak pedulikan saya. Lagaknya saya ni tunggul.

Selepas mengetahui perkara sebenar yang berlaku pada Damia. Saya lebih berfikir panjang untuk bercakap dan slow talk dengan dia. Dia menjadi mangsa keruntuhan rumah tangga ibubapanya. Mana mungkin dia memahami erti perceraian antara kedua ibuabapanya. Mana mungkin dia dapat menerima dengan baik kisah perpisahan ibubapanya.

Dia masih kecil.

Anak kecil yang berumur 8 tahun yang dahagakan belaian kasih sayang ibubapanya.

Sangat memerlukan perhatian orang yang disayangi di sampingnya.

Suatu hari, saya terasa begitu hangin dengan Damia Syazwina. Tiba-tiba, suara saya meninggi tak seperti sediakala. Tangan saya mengigil. Rasa nak cubit sekuat hati. Mata saya panas bila melihat dia. Degupan jantung saya pantas berdegup.



Tiba-tiba, kerana perasaan sejuta kali bersalah kepada anak kecil ini muncul.

Masa tu, barulah saya mula beristighfar. Memandang keluar bilik darjah. Dan terduduk sambil mencari kekuatan saya supaya berkelakuan relevan sebagai seorang guru.

Bila kekuatan itu datang...Saya pergi dapatkan Damia.

"Damia, kenapa awak tak buat kerja saya"..

"Kenapa cikgu kisah sangat saya buat atau tak..?.."

"Sebab saya sayang awk"

Die mencebik..Mungkin dia rasa saya berlakon dan dialog saya guna same je dgn guru lain.

"Saya bukan sayang awk seorang je..Saya sayang semua anak murid saya." saya saje menambah.

"Damia, awk rindu mak awk ker?.."

Dia memandang saya dengan wajah pelik.

"Cikgu tahu ker ibu saya kat mana?"

"Saya tahu. Ibu awk kat KL kan?..Cantikkan?...Heheh...Putih..?"

"Macamaner cikgu tahu"..

"Saya kan cikgu. Mestilah kena tahu serba serbi. Kat sekolah, saya pun awk ibu awk gak"..

Dia tergelak.. "Cikgu, cikgu tak kahwin lagikan?"

"Aah.kenapa?"

"Cikgu kahwin dengan ayah saya la. Boleh jadi ibu saya kat rumah. Saya sunyi tak ada ibu..Orang lain ada ibu. Lagipun, cikgu ni macam muke ibu sayalah..."

Saya tergelak. Macam-macam Damia.

"Awk sanggup ker saya ganti tempat ibu awk.Awk tak sayang mak awk ker"

" Sayang sangat. Tapi ibu bukan ada kat sini. Pastu telefon pun jarang-jarang. Kalau cikgu jadi ibu saya. Kita boleh shopping, cakap-cakap, tolong saya buat kerja sekolah kat saya..masak untuk saya.."

Saya terdiam..Seribu kali diam. Memang sah Damia sangat rindukan mak dia. Rindukan belaian seorang ibu.

Perlahan-lahan..saya gosok kepala Damia yang dilitupi tudung putihnya. Dia kelihatan bahagia dengan senyumannya...

.........................................................................................................................................................................

Sebenarnya saya rindukan murid-murid saya dan juga pelajar-pelajar saya.

Yang mana saya pernah berpraktikal (SAMBEST, USJ 5) dan juga bekerja sebagai guru ganti (SK LADANG, KUALA TERENGGANU) baru-baru ini. Banyak pengalaman yang tak akan dapat oleh orang yang bukan bergelar seorang GURU.

Sehingga kini, wajah-wajah keriangan serta mimik muka yang suka duka mereka terbayang di minda saya.

Banyak saya belajar dari mereka.

Mereka mengajar saya erti SABAR.

Berbalik kes Damia. Dimana hampir setiap hari, bila saya ada masa. Saya berborak-borak dengan dia.

Lama-lama kami jadi baik. Dan saya memahami hatinya. Mungkin tak sedalam keperitan yang dilaluinya.

Dia selalu mengajukan persoalan yang pelbagai tentang ibu dan ayahnya kepada saya. Yang kadang-kadang saya terpaksa jawab dengan penuh berhati-hati.

Saya selalu cuba memberi motivasi kepadanya. Cuba buat yang ada lagi yang masih menyayanginya. Dan juga, cuba mengatakan yang ibunya sangat mencintainya. Sehinggakan saya kadang-kadang terpaksa mereka-reka cerita tentang kisah kawan saya yang mangsa perceraian ibu dan ayahnya, tapi sangat berjaya dalam hidupnya.

Saya bukan penceramah motivasi sehebat Dr fadzilllah kamsah. Jauh sekali. Tapi saya cuba. Kerana dia murid saya. Oleh itu, itu tanggunjawab saya. Tanggunjawab saya yang tak boleh dilepas begitu sahaja.

"Semoga Damia Syazwina sihat, dan Ya Allah, berikan kekuatan kepadanya agar dapat dilalui sepenjang perjalanan kehidupannya..."


Wednesday, December 16, 2009

Bukan yang terbaik


Bila mana ada antara kita bercakap tentang agama. Terus kita memandang tinggi padanya. Seterusnya mengatakan dalam hati yang dia sempurna. Dia yang terbaik. Bila mana ada cacat cela pada dia, terus kita melabelkan dia " cakap je lebih, buatnya tak".


Kita seolah-olah mengatakan yang golongan yang suka memberi nasihat tentang agama ini sangat sempurna hidupnya. Sedangkan mereka juga manusia biasa jua. Manusia yang bisa membuat dosa. Bukan manusia yang maksum.

Suka melabel sana sini, seringkali dijadikan satu isu atau topik hangat. Tanpa ada sekelumit perasaan bersalah, lemparan fitnah atau kata-mengata kepada manusia yang suka bercakap pasal agama ni. Tiada satu positifnya, yang negatif sahaja sanggup mereka berfikir dan menyebarkannya.

Bila mana manusia yang baik ini membuat kebaikan. Lalu golongan yang terlebih mulut ini akan terus mempergiatkan senjata-senjata apinya untuk menembak dan membalas bertalu-talu.

Keji?..memang keji.

"Alah, nak tunjuk baik la tu. Dia je yang baik. Masuk syurga la tu..."

"Saje je tu buat baik. Kat belakang macam ****!


Etah mengapa ini merunsingkan saya.

Semasa tahun kedua saya di kampus. Saya hampir putus asa. Hampir tenggelam. Hampir lemas. Hampir nyawa-nyawa ikan bak kata-kata bisa ini.

Baik sangat ker?..tak pernah terlintas SAYA CONTOH TERBAIK. Bukankah gelaran itu hanya layak untuk Rasululullah s.a.w.

Kadang-kadang kita bersuara bukan bukan busybody tak tentu pasal. Bukan nak rampas hak yang dia ada. Bukan nak rampas kegembiraan yang mereka ada. Tapi kita busybody sebab kita sayang mereka. Namun, kasih sayang yang tersalah anggap ini, menyebabkan kita dilabelkan "BUSYBODY".Namun ustaz pahrol joui memberi gelaran itu dengan baik.."busybody cara Islam!..halal lagi terjamin.

Semoga kawan-kawan disana tabah melalui cabaran yang pelbagai di luar sana.

Andai mahu menangis, menangislah padaNya,

Kerana Dia selalu bersedia untuk kita.

Kerana Dia yang Pemberi Ketenangan.

Dan kerana Dia Maha Agung....





Monday, December 14, 2009

POST KE 100: Special edition from sucimurni



"terima kasih kerana membaca blog yang serba kekurangan ini" =)


Alhamdulillah. Saya kira hari ini adalah yang terbaik untuk saya menulis kembali dengan nafas baru. Sebelum ni saya ada tulis nak bercuti 8 hari untuk segala kegiatan saya dengan internet.

Namun, saya kira tak perlu lama-lama sangat. Mungkin masa saya yang akan datang tak selapang hari ini. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menulis kembali.

Seperti tajuk diatas, kali ini adalah entri ke 100 saya. Agak teruja nak menulis untuk entri ke 100.
Sangat berhati-hati pun ada. Perjalanan blog ini, inshaAllah saya akan tingkatkan dari semasa ke sema. Mungkin background blog ni perlu ditukar. Ada siapa-siapa yang nak offer diri tak , nak tolong tukarkan untuk saya?..hehe,

Saya bukan sahaja pentingkan CONTENT blog saya, namun saya kira sekarang adalah masa terbaik untuk menukar backgroud or wallpaper blog ni dan masukkan element-element yang lebih interaktif untuk saya dan pembaca. Wah, cam ramai sangat je yang baca blog kamu ye ?.hehe

Tak kisah ramai atau tidak yang membaca blog saya. Keikhlasan dan kesungguhan menulis dengan bertujuan agar sedikit pengkongsian ini dapat kita manfaatkan bersama.

Hmm apa lagi ya?

Saya tak cukup besar dan saya tak cukup kuat (pinjam ayat wonderpet kejap)... Saya perlukan orang sekeliling saya untuk sama-sama menjayakan blog ini. Jika ada sebarang idea mahupun teguran adalah digalakkan untuk menulis disini..post la kat chat box ker mahupun part comment dibawah ni. Kalau nak lebih privacy ..di email saya..

alieya123@yahoo.com


hah kenapa saya bercuti kononnya>?..saje je ...saya bukan bercuti pergi pulau pangkor jauh sekali pergi London ..

Saya kat rumah je. Cuma saya kurang sikit mengadap laptop. Saya lebih banyak berfikir, bermuhasabah, cuma menanam perasaan memaafkan orang lain dengan lebih cepat mahupun menanam sifat memberi dengan penuh keikhlasan.

Apa lagi ya?...

Saya nak dedikasikan sebuah sajak ni. Dah lama benar dalam hphone saya. Saya tulis dan simpan kat draft.. Saya dah lupa saya tulis bile dan kenapa.

Takdir akan berbicara, Bila sampai masanya, Usah risau, Wahai hati, Teguhkan hati, Untuk menghadapi apa jua keadaan, Yang mungkin menyebelahi kita, Yang mungkin tidak menyebelahi kita, Namun sedarilah, Itulah yang terbaik buat kamu...

sucimurni,
kuala terengganu,
terengganu malaysia..,
sucimurni.blogspot.com

dedicated for me especially...just enjoy it...boleh copy and paste..tapi jangan lupe letak name blog ni ye..heheh...


Friday, December 11, 2009

Menjauhkan diri

InshaAllah, selama 8 hari bermula hari ini. Saya tidak akan membuat sebarang entri baru.

Saya juga tidak akan buka ym mahupun facebook untuk tempoh itu.

Bukan nak pergi mana-mana pun. Ada sebab tersendiri saya buat macam tu..=)
(Jgn fikir -ve part ).

Mungkin masa 8 hari nanti. Saya akan banyak habiskan masa dengan buku yang baru saya beli.



Need to recharge my battery.........


sucimurni

Thursday, December 10, 2009

Meneliti setiap satunya




Ustaz hasrizal jamil mengajak kita di internet supaya menghayati hadith "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, berkatalah yang baik atau DIAM SAHAJA". Setiap huruf yang ditaip sama ada menjadi Pahala bekal ke Syurga, atau Dosa bara api di lubuk Neraka. Tiada yang pergi sebagai debu tanpa nilai...(ni shout ustaz hasrizal kat facebook)


Suka dengan shout ni. Bagus ustaz. Memang tepat pada waktu. Saya pula baru-baru ni lain plak kesnya, ada terima komen di facebook yang menghentam saya. Malas nak cerita. Mungkin pada dia, dia je lah betul. Atau mungkin silap saya tak menghuraikan maksud saya. Yela , tak kan nak tulis panjang2 kat facebook.

Saya mengambil keputusan utk tidak membalas dan delete terus shout saya itu.

Bukan mengalah KALAH. Tapi mengalah supaya tak PARAH.

Wednesday, December 9, 2009

Bukan hanya kata-kata indah


Tadi masa berchatting dengan adik saya. Tiba-tiba saya menaip.

"Kalau kakak jadi arwah, bacalah blog ni. Blog ini paling berharga buat kakak."

Kita tak tahu apa yang akan berlaku esok atau lusa. Cuma kita mampu merancang. Berfikir tentang kematian tak melemahkan kita. Tapi makin membuatkan kita lebih menghargai masa-masa yang ada.

Kita akan rasa mahu gunakan sebaik mungkin detik-detik yang ada sebaik-baiknya.
.........................................................................................................................................................................

Masa saya melayari internet tadi. Jumpa satu cerpen. Tak tahu la cerpen tu betul ke tak. Memang buat saya tergamam. Sucinya sangat watak perempuan tu. Lelaki tu sama.

Memang susah nak cari zaman sekarang ni seperti kisah cerpen tu. Atau mungkin saya je yang tak tahu kewujudan kisah2 seperti itu.

Memang betul, yang soleh akan dapat solehah.

Konteks soleh dan solehah pun besar. Macam-macam definasi. Bagi saya, yang taat pada Allah itu soleh dan solehah.

Adakah kita mampu mengapai bintang yang tinggi , jika kita tak sehebat bintang di langit?

Bintang , berada tinggi disana...

Berkelip-kelip cantik..

Tenang...

Ciptaan Allah untuk manusia berfikir. Berfikir untuk menuju kefahaman. Kefahaman agar lebih mantap iman dan taqwa.

Tuesday, December 8, 2009

Rindu


hafiz(anak buah saya)..dan sepupu saya..dan saya atas tangga melayan tetamu datang


Bila berjauhan, rindu bertandang lagi.

Saya rasa , saya susah nak hidup tanpa dengar suara mak. Tapi saya kena belajar untuk tidak mendengar suara emak..saya kena bersedia..

Saya rasa, masa terbaik untuk muhasabah diri bila berjauhan.

Saya rasa, saya ni jenis memang tak boleh jauh2 dengan famili.

Saya rasa, banyak hikmah ALLAH hantar saya belajar jauh2 dari kampung saya.

Wednesday, December 2, 2009

Kering tapi belum kontang lagi


Kesian betul blog ni tanpa entri baru. Dah lebih seminggu lebih tinggalkan blog ini. Rasanya banyak sangat nak cerita sepanjang sepeninggalan blog ini.

Salah satu sebab tak update sebab sibuk dengan urusan mengurus perkhawinan abang saya. Sebab lain mungkin sebab saya banyak tulis entri yang skerat2 dan tak sempat nak post. Ada je rasa gusar nak pUBLISH. Lagipun, kalau entri yang tak lengkap ni , bahaya juga. Bahaya pada pembaca. Takut tak faham. Salah faham.

Ok.

Sekarang saya mahu tulis sedikit tentang perkhawinan. Masa kAhutbah akad nikah tempoh hari. Saya betul-betul tertarik dengan bacaan tok kadi yang lebih kurang seperti ini

''Nanti bila dah kahwin, pelbagai dugaan dan cabaran yang tak pernah terfikir pun oleh kita sebelum ini bakal ditempuhi oleh kamu. "

Masa tok kadi cakap gitu, saya terus memandang mak saya.

Dalam hati..

"Mak mesti dah lalui banyak cabaran yang dimaksudkan tok kadi nanti. Saya nanti bagaimana?..Mampukah saya lalui? Mampukah?

Saya tertunduk. Tiba-tiba pilu sedikit dan sedikit gementar masa time abang saya nak akad nikah. the same things happens masa along akad nikah. Takut plak.

Bila dah selesai proses ijab kabul. Baru reda semua rasa tu.

Saya bukan nak cerita tentang perasaan saya disini. Disini saya nak tekankan tentang erti sebuah pekahwinan. KENAPA PERLU BERKAHWIN?. apa itu sebuah pernikahan?..

Bukan bunga telur, hantaran, mas kawin sahaja yang penting dalam pekahwinan tu. Tapi ianya lebih dari itu. Apa yang lebih penting?. Adakah diri kita sudah sedia untuk tempuhi DUGAAN yang disebut oleh tok kadi tadi?..

Bagaimana nak hadapi dugaan itu?...

Bukankah ILMU itu penting dalam menghadapi bahtera?.




Monday, November 23, 2009

Bila CINTA datang menjemput

Baru saje pasang niat nak tulis blog betul-betul. Tapi sehari dua ni dah mula dah rasa malas yang melampau.

Banyak idea. Percayalah. Mencurah-curah seperti hujan sekarang ni. Tapi beku kesejukan bak sejuk dek hujan yang sudah berhari2 lamanya.


gambar hiasan

Gambar diatas tiada kaitan yang mati mahupun hidup. Saya hanya nak berkongsi gambar ni dengan semua. Ni adalah hantaran tunang yang saya cendok gambar ni dari koleksi gambar kawan saya. Dia yang bagi gambar ni, dia cakap ni hantaran tunang.
.......................................................................................................................................................................

"Abang dah nak kawin, ko bila lagi?" soal kawan saya.

"Hmm, mungkin tahun depan dan mungkin juga 10 tahun lagi"..jawab saya.

"Kenapa pulak ?'

"Ya lah, kita merancang Allah yang tentukan" jawab saya (entah mengapa saya tak tahu, hari tu saya pelik sket =))

"Sori ye, aku nak tanya betul2 ni..Ko ni dah ada pakwe ke tak"

"Kenapa soalan tu wajib ditanya. Believe or not. I************."saya jawab ringkas , jelas, tulus dan ikhlas.

FULLSTOP..

Malas nak cerita dah..

Kadang-kadang, saya terfikir adakah salah jika tak ada boyfriend ?

p/s: star star (*******) tu adalah lebih baik.

........................................................................................................................................................................

Saya teringat zaman matrikulasi dulu. Seorang kawan rapat saya yang berubah bila masuk matrik. Saya sayang dia sebab dia baik. Namun saya tak pernah sisihkan dia. Saya masih berkawan. Kadang-kadang melayan perangai dia (ada batasnya) agar dia boleh cerita masalahnya dan saya lebih faham dia. Saya tak takut kalau dia baca entri ni. Cuma saya nak dia tahu. Saya bukan busybody. Tapi saya tak nak dia lupa batas-batas yang ditentukanNya.

"Kenapa ko suka sangat lelaki tu?" tanya saya.

"Etah la, dia baik , caring , pandai ambik hati aku..banyak la..Walaupun tak hesem, hati dia baik taw.."jawab kawan saya.

"Aku tak cukup caring ker?" tanya saya balik sambil gelak-gelak santai.

"Tak la. Ko lain. Lagipun aku takutlah...."dia bersuara lagi

"Takut apa sayang oi..Aku kan ada. Ko ingat aku ni lembik ker?..Aku kuat la. " balas saya saje buat2 lawak agar tak terlalu tegang keadaan kami.

"Bukanlah..Aku takut nanti tak ada orang nak kat aku. Aku jadi anak dara tua."luah kawan saya.

"Lor, pasal tu ker yang ko duk bimbang selama ni. Aku ok jer. Tak bimbang pun."
" Ko lain. Ramai suka kat ko. Ko je yang jual mahal konon."

"Astagha...apa ni Sarah (bukan nama sebenar). Ko kan ok jugak. Lagipun kita muda lagi. Awal lagi. InshaAllah, ada jodoh kita tu."

"Aku dah tersuka kat dia."

"Maaf ye, aku dah tahu ko keluar dengan dia baru-baru ni. Aku just nak bagithu aku tak suka ko buat mcm tu. Lagipun aku tahu ko baik. Makayah ko pernah pesan kat aku, suruh tolong tengok2 kan ko. So, aku tak sampai hati tengok ko macam ni. Aku bukan nak busybody, jauh sekali nak cemburu. Tapi aku sayang ko."

Kami sama-sama terdiam.

Panjang benar dialog kami sebenarnya. Namun saya rasa saya tak dapat menyelamatkan dia pada masa itu.

Dah lama tak dengar cerita tentang dia.

Memang remaja yang masuk ke alam matrikulasi atau pre degree atau menjejak Universiti. Secara normal sekarang ini saya kira, terlibat atau diduga dengan perasaan demi perasaan untuk disayangi lebih apa yang dia ada kat rumah atau dari kawan-kawannya.

Saya cuba memujuk hati. Teringat satu hadith yang mengatakan yang memberi hidayatt adalah Allah, kita hanya berusaha sahaja tak pula ada kuasa untuk memberi hidayatt.

Kawan-kawan semua. Kadang-kadang kita lupa yang adik-adik kita sangat perlukan kita. Kita sisihkan mereka. Dia pula mahu mengadu kepada sesorang. Dengan mudah, memilih cinta murahan.

Kawan-kawan semua. Kadang-kadang kita lupa, kawan-kawan kita memerlukan kita. Dia perlukan kita untuk meluahkan seribu satu rasa atau berkongsi satu rasa dengan kita. Tapi kita membiarkannya bersendirian. MURUNG. Akhirnya memilih cinta murahan.

Kawan-kawan semua. Kadang-kadang kita lupa, nak ingat-mengingati satu sama lain. Kita sayang mereka. Ingatlah mereka. Kita sayang. Cubalah dekatilah mereka.





Apa perlu kita buat?

Luangkan masa. Ya luangkan masa. Telefon kawan kita. Tanya khabar. Berdiskusi.

Luangkan masa. Rapatkan jurang yang ada.

Spend sikit duit, bagi hadiah tanda sayang.

Spend sikit duit beli top up.


JODOH

Percayalah jodoh itu pasti datang. Namun ianya payah untuk datang bergolek. Kita perlu berusaha. Namun COUPLE bukan jawapannya. Doa juga adalah berusaha.

Kalau mahu yang terbaik. JADI YANG TERBAIK.

Kalau mahu yang soleh atau solehah. JADI SOLEHAH ATAU SOLEH.

Jadilah seperti EPAL yang TINGGI SETINGGINYA, supaya hanya dapat DIGAPAI oleh insan pilihanNya.

(maaf ye kawan-kawan..saya bukan ustaz hasrizal , jauh sekali ustaz pahrol juoi untuk menulis tentang INI. .)

Semoga segala kekurangan entri ini diterima..















.

Saturday, November 21, 2009

Saya dan blog


mari bermuhasabah


Mula-mula saya buat blog ni wujud adalah tujuannya untuk mencoret tentang pengkongsian cerita yang boleh diambil pengajaran bagi semua pembaca.

Memang mula-mula tulis blog ni, saya sangat "awareness" nak tulis dalam ni. Agak rasa terbeban bila nak menulis. Sebab kena tulis benda yang ada kaitan dengan tujuan pertama saya.

Bagi saya setiap orang ada tujuan dia tulis blog ni. Saya dengan tujuan saya sendiri.

Saya ingat lagi masa saya mula-mula tulis dulu, masa tu saya sangat suka baca saifulislam.com dan zaharuddin.net. Saya rasa ISLAM tu saya mudah dan tenang bila diamalkan apabila setiap kali baca entri blog yang saya bagithu tadi.









Banyak persoalan tentang kehidupan dan cinta terutamanya saya temui dalam laman web tu.

Di sana banyak membimbing saya untuk berfikir tentang kehidupan, islam, cinta, ke arah mana cinta, dakwah , penikahan, cinta tanpa tanggungjawab, dan banyak lagi.


Entri ustaz hasrizal menerusi laman webnya saifulislam.com penuh santai dan senang difahami. Bila senang difahami, sampailah maksud yang ingat disampaikan.

Entri ustaz zaharuddin, banyak pasal hukum. Alhamdulillah, senang dihadam juga. Tak rasa berbelit2 otak nak fikir apa dia tulis.

Sekarang, saya masih mengunjungi laman web kedua-duanya itu. Cuma sekarang saya bertambah lagi satu laman web wajib saya iaitu dari seorang penuntut di Jordon tak silap saya. Nama dia Hilal Asyraf menerusi laman webnya langitillahi.com. Banyak buku dihasilkan. Tulisannyanya juga banyak membantu saya memahami kehidupan ni. Contohnya tentang persahabatan. Kalau nak tahu..boleh tekan kat blog list saya tu.

Ok.

Sebenarnya saya "excited" bila saya punya entri dah hampir 100 entri. Namun bila bermuhasabah balik, saya rasa tak berapa puas hati. KENAPE?

Saya rasa saya tulis ni, tak ramai yang baca. Sebabnya memang pada mulanya saya tak bagi orang baca pun blog saya. Lama-lama baru bagi orang baca.

Kedua, saya rasa ada jugak entri merepek kerepek ubi pisang. Rasanya, saya kena berhati-hati selepas ni. Saya mesti ada perancangan yang lebih baik.

Ketika tak systematik, tak ada label.

Namun, saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk susun balik. Saya banyak kerja. Ini pun tengah buat tesis. Berehat kejap.

Sebenarnya saya ada blog peribadi sendiri yang memeng privacy. ONLY ME yang boleh access ..blog tu saya wujudkan untuk anak-anak cucu saya. Heheh...keluarga saya juga. Kalau saya mati satu hari nanti. Bolehlah baca blog tu. ..Saya dapat idea buat sebab saya rasa saya perlu menghargai diri saya sebelum orang lain nak menghargai saya. In addition, masa tgh melayari internet saya terjumpa satu blog untuk arwah ayah dia. Memang macam2 dia tulis pasal ayah dia. Anak dia tulis pengalaman anak dia dengan arwah. Namun pasal arwah tu sendiri, perasaan dia , kita tak tahu.. So saya rasa saya perlu tulis semua tu. Saya memang rajin.

Ok..masa kecik saya pernah ada buku diari. Saya pernah bakar dan saya menyesal selepas tu. Saya tak nak jadi macam tu dah. Saya buat tu sebab dek termakan kata-kata seorang hamba Allah kat saya. Bila saya besar baru saya sedar, saya buat kerja bodoh. Bukan senang nak tulis apa yang terjadi dalam kehidupan.

Sekarang tujuan saya menulis blog masih fokus tujuan pertama saya berkongsi cerita atau ilmu yang saya tahu dan berguna orang yang membaca dan juga saya terutamanya. Kedua, saya nak fokus pada kehidupan pengalaman saya dan pelajar-pelajar. Mungkin dari cerita saya, kawan-kawan saya yang terutamanya yang bakal guru dan yang ada anak2 boleh ambik pengajaran tentang kisah itu Ketiga saya akan fokus pada cerpen. Hehe. saya akan tulis cerpen yang ada moral values.. Saya memang dah lama tulis cerpen. Tapi dah lama jugak behenti kerana sebab-sebab tertentu. Mengikut diari saya masa sekolah rendah, saya ada tulis saya nak jadi PENULIS bila besar nanti. =)

Itu dulu...sekarang saya bakal seorang guru.

Saya berdoa dan berharap agar apa yang saya coretkan disini bukan benda sia-sia.

Tiba-tiba segan menulis semua ni.

Ya Allah redhai segala pejalanan blog ni ...




Friday, November 20, 2009

Dalam kenangan

Abang Amri (abang no 3)...amri mcm anak org cina.




Abang Edi(abg no 2) dan Along (no 1)



Kali ini entri penuh kenangan.

Tapi saya tak dapat upload gambar saya masa kanak-kanak riang. Bak kata abang saya, bahaya letak gambar masa kecik. Nanti bakal suami tahu pulak rambut saya ni jenis macam mana. Bukan bakal suami je. Lelaki diluar sana pun boleh teka biler tgok gambar saya masa kecik.

So, tak apa lah. Just keep it! Simpan dalam laptop je la dengan album je.

Walaubagaimanapun ada satu gambar yang boleh dishare disini. Tapi dah besar sikit waktu ni.Dah sekolah...

Gambar kat atas-atas tu semua zaman-zaman tak masuk alam sekolah lagi.

AL maklum lah , masa kecik kurang bergambar. Tapi ..saya rasa gambar saya masa kecik lagi banyak dari abg2 saya. Hehe..Mungkin masa tu saya sorang je perempuan. Saya sorang je yang ada gambar dengan mak masa kecik, yang lain ada mesti bertiga..

Saya bertudung..yang lelaki mata sepet tu..abg saya..ni burfday anak jiran saya...



Jangan cemburu wahai abang-abang2 ku..


Ok..

Sekejap je masa berlalu. Pantas lagi mencemburui kita.

Semua abang-abang dah nak kawin. Tiba-tiba rasa sayu. Bukan tak nak dia kawin. hehe...

Semoga ukhwah kita adikberadik terus utuh sehingga ke syurga.

Andaikata antara kita ada yang buat salah, jangan lupa untuk saling mengingati..

Wednesday, November 18, 2009

Allah jadikan kita bukan untuk main-main

Menunggu jurnal sedang di print.. Saya rasa nak menaip lagi..Yela tgh mood menaip datang, jangan di bazirkan...


Ok..

Tanggunjawab saya sekarang yang jelas dan terang adalah untuk menyiapkan tesis saya. Mesti siap kalau nak grad!.. Kalau tak, jangan harap nak konvo ye ...

Itu tanggunjawab sampingan sahaja.

Ada lebih besar dari itu. Apa dia?..

Tanggunjawab kita pada yang Esa, Ya yang Esa...OUR CREATOR... ALLAH S.W.T

Setakat solat 5 waktu cukupkah kita untuk melayakkan diri untuk masuk ke tempat diidamkan semua orang itu...SYURGA.

Setakat menulis blog..saya cintakan Allah.. InGATLAH ALLAH...saya rindu Allah..cukupkah itu/...CUKUPKAH?..

Ada jugak yang tulis cinta Allah ..tapi dengan tak semena2 entry selepas tu keluar gambar etahpape..maksudnya disini, tiba-tiba keluar gambar yang tak senonoh. Boleh fahamkan?...cintakah kita padaNya jika kita buat DIA munngkar?


Jangan sia-siakan waktu yang ada, sesungguhnya umur terus berlalu tanpa membawa bekal..

Ingat satu waktu kita akan dikumpulkan dengan membawa bergondong-gondong pahala dan dosa kita.

p/s: entry untuk mengertak diri sendiri..
.................................................................................................................


My beloved uncle and my sis....=)



Ayu dilahirkan pada 17 november 1991...


happy bewday my beloves sis..dah tua sudaaa...Semoga dirimu tabah melalui pejalanan kehidupan yang penuh ujian ini..Semoga Allah redha!...luv U..miss U...

Tuesday, November 17, 2009

Mengingati DIA dalam setiap hembusan



Tesion buat tesis.

Tak buat, lagi terbeban otak memikul. Bila buat rasa nak nangis.

Ok..

Sedikit tazkirah buat diri ini.

Macamana kita nak dekat pada Allah kalau kita asyik buka lagu yang LAGHA je. Lagu yang mengingatiNya tak buka pun. Tengok TV , tak buka cerita yang boleh membawa hati kita MENGINGATINYA .

Banyak je saluran dan program tV lain yang boleh buka...tapi tetap juga nak tengok program yang membawa kita jauh dariNya.

Tengok "Mari mengaji" kan bagus..contoh..bukan budak kecik je yang boleh belajar dari program mari mengaji tu, tapi mak atau ayah budak pun boleh join sekali.




Macam mana kata cinta kat Allah. Kalau ada apa masalah susah betul nak mengadu pada Allah.

Biasanya

“Hello sayang or papa or bie , sayang ada problem ni” ayat zaman sekarang yang giat diamalkan muda mudi.

Sedihnya banyak sangat gelagat seperti ini.

(Ya Allah kembalilah seluruh kaum keluargaku dan sahabat-sahabatku ke jalanMu...)..

Hmm…

Baca novel sampaikan bengkak mata tak pun lembam mata tapi kalau baca buku imliah, tafsir quran ker…mesti tak boleh lama lepas tu lain jadinya..buku baca tuan la alamaknya.

Alangkah kita manusia biasa yang sering melupakannya. Sedangkan Dia?..

Dia selalu dekat dengan kita.

Ya dekat..

Dia sering gantikan kesedihan kita alami dengan kegembiraan. Tapi kita ingatkah kat DIA.

Kita sering lupa…Manusia mudah lupa…bukan Melayu sudah lupa..(DR M)

Allah jadikan kelemahan kita adalah untuk membuktikan kita memang tak SEMPURNA.

Ya tak sempurna..Bukan CACAT. Tapi kita bukan MAHA SEMPURNA. Kita memerlukan DIA. Walauapapun keadaan, DIA adalah tempat MENGADU yang terbaik.


Sekalipun kita ini Allah kurniakan bermacam-macam kurniaan , namun kita masih juga tak SEMPURNA. Mungkin Allah kurniakan isteri yang solehah, kerja yang bagus, ilmu agama yang mantap namun Allah mungkin menguji kita dengan anak-anak kita. Mungkin anak-anak tholeh…ini menunjukkan masih tak sempurna…

Atau semua tentang keluarga boleh dikatakan sempurna. Tapi datang pula dengan masalah jiran yang tak suka dengan kita. Ye lah kan..walaupun kita sebaikmana pun , mesti ada yang tak suka kat kita juga.

Tak payah pergi jauh. Sesempurna Nabi Muhammmad S.A.W pun, masih ada jugak yang tak suka dia. Contohnya kisah jiran Nabi Muhammad yang kena baling najis oleh kafir Quraisy kerana benci Nabi kita,

Teringat ustaz Zamri lagi..(jgn salah faham, dia ni ustaz yang banyak bagi input kat saya masa sekolah, so saya selalu teringat kata-kata dia.)

“Sayangkan anak Dr Fadzilah , dia tu bagus tu. Dia bagi motivasi bagus sungguh. Tapi malangnya anak dia ada jugak yang tak terdidik.”luah ustaz..

Saya terdiam, berfikir dan tersenyum…

“Allah nak tunjukkan sehebat mana kita, kita masih memerlukan DIA. Kita masih tak sempurna”.. jawab saya spontan,..hairan jugak, dari mana ayat ni keluar tiba2 jer tekeluar.

“Betul gok tu”..

Sungguh kita lemah disisiNya. Wajarkah melupakan tuan yang menjadikan kita?

Sesungguhnya Hanya mengingatinya HATI jadi tenang.

Tapi bagaimana hendak selalu mengingatiNya?..

PENUTUP

Amat takut dengan golongan yang hatinya dan perbuatannya jauh dari Allah.

Pekongsian ini bukan bermakna saya cukup sempurna. Perlu ditegaskan MANUSIA tak sempurna.



SUCIMURNI
Kuala Terengganu,
Terengganu
Malaysia.

Monday, November 16, 2009

My last day

murid-murid 1 intan..yang serius memang tak boleh tengok kamera

Semalam adalah hari terakhir saya di Sekolah Kebangsaan Ladang sebagai guru ganti..ingat tu guru ganti.

Pagi-pagi sperti biasa, datang awal.

Ustaz zamri tegur

"Awak last day hari ni ork?"

"Aaah ustaz, ustaz saya turun dulu ye kat bawah" jawab saya sambil menghayun kaki ke tapak perhimpunan.

"Teacher zaaaaaaaa" jerit satu suara yang saya tak tahu datang dari mana.

Rupanya datangnya dari salah seorang murid darjah satu yang memang selalu obses dengan saya.

Klik Klik...kamera saya tak berhenti bekerja. Saya ambik gambar candid kat mana jer yang saya suka.

Masa perhimpunan



tengok betul2 kat budak tu..:P..cikgu mansor mungkar betul tengok budak ni

Tiba-tiba ucapan dari Cikgu Zuhaidi di akhir ucapannya mengumumkan hari terakhir saya.

"Akhir sekali, seperti yang kita tahu hari ini adalah hari terakhir buat cikgu Wan Noraniza (salah ni..spatutnya Wan Nor Aniza..lain je bunyinyer.heheh)..di sekolah kita. Terima kasih ...........(pjg sgt ucapan dier...)

Masa tu rasa sangat dihargai . Pelik..masa praktikal hari tu, tak de plak nak umumkan mcm tu. Siap keluar dari sekolah tu macam cikgu praktikal ni diperlekehkan je...uwaaaaa....

Bak kate mok

"Orang ganu ni lain sikit (jgn rasa hati org bukan trgnu)"

Oleh kerana dah akhir tahun, tak mengajar la.. Saya banyak bercerita dan buat kuiz utk students.. SERONOK.. Bukan cikgu je seronok tapi murid-murid pun same. Berebut-rebut nak jawab soalan.

At least, datang sekolah dapat juga ilmu .

Ok...

Dah nak balik ni... Saya susah hati SEBAB ada mesyuarat utk semua guru. Rasa kurang ajar la kalau balik je tak inform kat pihak sekolah.

So, saya mintak la pendapat kat cikgu Zoria..

"Kak zoria, niza kena pergi jugak ke mesyuarat?"

"HMMM, try mintak izin dengan cikgu zuhaidi..takut ye nok suruh ada gok ker gane ker.."

"Ok"..

Kebetulan, cikgu Zuhaidi ada di staffroom duk sembang2 dengan guru2 kat situ.

"Cikgu, mesyuarat nanti saya kena pergi jugak ker?" tanya saya...

"Hmm, pergilah sekejap..."jawab cikgu zuhaidi a.k.a PK sambil tersenyum...

"Ok..saya nak masuk kelas kejap nak bagi budok2 wat kerja sket "...jawab saya.

Dalam otak saya..

Kenapa aku kena pergi juga mesyuarat tu.? Adui..aku ada buat silap ker?..hmm..takpe lah, mungkin cikgu Zuhaidi nak suruh aku belajar something kut or nak inform sesuatu kut..

Mesyuarat

Alahai bosannya..Saya tak involved langsung tentang mesyuarat ni.

Saya senyap je la. Sambil tengok handouts dengan jiwa kosong...

Tiba2 berminat nak dengar Guru besar bagithu pasal protokol sesebuah majlis.

Macam mana nak iring orang besor..

Yeah ..dapat input jugak..

Saya suka GURU BESAR ini, bercakap dengan tenang tapi penuh dengan kata penegasan...bagus2...pandai menggunakan kata2nya untuk memotivasi orang...

GOOD EXAMPLE! ...

Tiba-tiba...

Guru Besar bersuara sebagai penutu majlis..

"Akhir sekali sebagai penutup majils, saya sengan berbesar hati sebagai wakil dari pihak sekolah utk mengucapkan terima kasih banyak2 atas komitmen yang telah diberikan oleh...semoga cikgu wan nor aniza berjaya ....................."(panjang sgt..cut cut )

"InshaAllah.."..jawab saya perlahan dengan muka yang malu-malu nak mengangkat tengok muka Guru Besar..(seyes r malu giler..muke dah jadi mcm ape tah..)..

Satu bag cederenhati diserahkan kepada saya.

"Ok...selamat menjamu selera ..."

GORENG PISANG PANAS + AIR SIRAP BANDUNG...

huhuhu

alhamdulillah...keluar dari sekolah ini tanpa sebarang konstrovesi...saya membawa diri saya yang sebenarnya, tak perlu menanggung kesalahan orang lain.(he2..keciwa time praktikal terubat akhirnya...ye saya buktikan saya bukan problematic TEACHER!)

Hadiah DAN kad YANG tomey comey..

Banyak sangat hadiah yang saya dapat. Bukan ini yang saya tunggu. Namun saya terima seadanya.

Budak darjah satu bagi mknan2 banyak sungguh.

Kad-kad pun banyak sungguh dibuat khas utk saya. CUTE...

ADA tu salah aje pun ada.. kuit muit...

2 helai kain batik sarung dari pihak sekolah dan cikgu rashidah amatlah dihargai.

Dah siap jahit. HE2...bila lagi nak pakai..Kalau tak panjang umur tak dapat merasa.

Alhamdulillah.

Akan ku gengam memori ini sehingga akhir hayat aku (tu pun kalau tak nyanyuk)..

TAMAT SUDAH EPISOD SEORANG GURU GANTI

sekarang masanya untuk betul-betul fokus pada my final sem dengan my tesis yang tak siap2 lagi.

No more "alasan" yang mengada-gada untuk tidak membaca jurnal dan membuat tesis.

"Ya Allah bantulah hambaMu ini, Kuatlah hamba mu ni untuk menyiapkan pekerjaan dia ini.."

My cute pic!


Saturday, November 14, 2009

Rindu detik itu


Rasa baru sahaja pergi detik-detik itu.

Detik dimana...
masjid rusila ke jejaki,
surau al ikhwan ku langkahi..
di pantai rusila ku bermuhasabah diri,
di surau an nur aku temui..

Ya Allah...

Hati yang rapuh ini,
Selalu lupakan nikmat2 mu..
Usah Engkau tarik segala nikmat yang pernah ku rasai itu..
Hadirkan rasa itu..
Pasti takkan ku sia-siakan...


p/s: jiwa pasti takkan tenteram jika di pisahkan dengan penciptaNya..

Friday, November 13, 2009

Kekreatifan kanak-kanak riang




oK ..
Kali ini entry mengarut sikit..Tak ada kaitan hidup atau mati..Tapi ada kaitan tentang kehidupan seorang guru yang tak seberapa lama di sekolah rendah.

Oleh kerana tinggal sehari lagi utk saya perlu bangun pagi dan bersiap2 pergi ke sekolah. Saya dengan serba kekurangan buat la satu majlis makan2 utk anak2 murid saya kelas 2 intan.

Mula2 cadangnya saya nak bawak kek. Pastu mak cakap

"Tak yah la..bawak la makanan ringan , lagi budak2 suke.."

Saya akur dan pergi la MYDIN MALL borong makanan tu..

Pagi hari khamis tu, saya rebus telur puyuh untuk students saya.

tELUR PUYUH ni pun idea mak jugak. Yelah dah bersepah2 dah telur kat umah. Mak kata

"Bawak la telur ni kat budok2 tu, mesti sukanya..."

ok, dengar cakap mak lagi, saya bawak bersama telur-telur tu ke sekolah. Malangnya x cukup 28 biji.. Sebab mak dah rebuskan utk pekerja yang buat pagar umah saya.

Sampai sekolah, saya bagi sehelai kertas A4 setiap orang, dan suruh students saya lukis dan buat apa2 je tentang hari perpisahan ..hu2..

Terkejut dengan students saya yang baru berumur 8 tahun ni. Ada yang buat sajak, pantun, melukis gambar saya dan buat lirik lagu pun ada...alahai comeynyer...memang comey budak2 ni..
MEMANG SAYA BG GRADE A LA , kat students saya hari tu...

Semua buat keja..termasuk si 'DAMIA SYAZWINA"...hu2..terharu....die lukis gambar saya dan die...i hate U but i love U damia...~~~

THEN..

semasa mereka sibuk dengan membuat kerja yang saya suruh tu, yang mmg x masuk exam pun tu.. Saya sibuk menyediakan makanan di atas meja seorang diri..

Pabila siap..datanglah by group students saya ke depan..ambik makanan..

Comey sungguh koyok telur puyuh...

Ada tu sampaikan kulit kat pipi.
ada yang suka makan telur.

Ada yang makan sebiji tak cukup..

Ada yang tak reti koopek kulit telur..Alahai kanak-kanak riang...

Oleh kerana dah akhir tahun dan habis dah peprikasaan akhir tahun. Guru2 sibuk dgn bermacam kerja dan analisis itu dan ini. Dengan itu, ramai guru tak masuk kelas bila time mereka .

Saya sebgai guru kelas 2 intan, TAKUT je memanjang kalau kelas bising ..PK kanan cikgu zuhaidi marah plak..

So, SAYA selalulah jenguk2 anak2 saya kat kelas tu..

Masa last hari khamis tu..Saya terkejut ..TERGAMAM...tengok si damia yang "dikasihi " lagi di sayangi duduk kat tempat dia sambil buat sesuatu dengan kawan-kawannya yang bukan geng dia dalam kelas.. sampai menyanyi ..APA YANG PENTING KERJASAMA..mereka seronok buat sesuatu yang saya masih WONDER!..

Saya pergi dekat nak survey apa yang enjoy sangat budak2 ni. Rupa-rupanya dia buat benda yang gambar di atas tu.. Banyak plak tu.. Masing2 dengan kekreativifan masing2..

Comey ke tak..mereka petih bunga ape tah kat taman sekolah pastu dia tampal satu2 kelompok2 bunga yang kecik2 tu kat kertas petak2 tu..

mAsa tu baru saya sedar meraka ni memang sangat kreatif...


Dan tiba2 teringat my students kat SAMBEST....

K la..itu saje kali ni..