aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 29, 2010

.......

there are many words to present ..to say...to talk..

my languange is always "good"..=o


again and again, i keep reading "a blog"..who is belong by a man . dia baru je kawen..

and that man , is my friend's husband. ...they appreciated their difference and making their difference as something to enjoy it.


husband= a leader...if the leader is good and the most important thing good in islamic knowledge...

sambung sendiri..mood kena jahit baju =(

Wednesday, August 25, 2010

Biskut Quaker Oat Cornflakes (Biskut Corn Oat)



senget ea?..hehe..sengetkan kepale anda utk melihat gambar ini

Hmm..Ada bau biskut raya tak pagi2 ni?.. He2..

Setelah sekian lama, adik-adik duk mintak buat biskut rayer corn oat. Lastly buat jugak hari ini.

Gambar-gambar , akan diupload nanti..

Ok ni bahan-bahannya. Sangat ringkas, dan senang utk di buat.

Banhan-bahan A

70 g gula halus
90 g mentega

Bahan-bahan B
120 g quaker oat
4 sudu besar golden syrup
150 g cornflakes

Cara-cara menbuatnya:

Bismillah...
1. Kacaukan mentege (planta) dan gula halus (ambik gula mesin biar jadi halus) sehingga sebati dan letakkan golden syrup didalamnya . Kacaukan. Golden syrup tu, nak ganti dengan madu pun ok .

2. Kemudia, letakkan quaker oat dan cornflakes dalam satu bekas. Campurkannya dan ramas kedua-duanya sehingga hancur.

3. Kemudian, campurkan bahan A dan bahan B sehingga sebati.

4. Letakkan bahan itu dalam acuannya. Nanti saya tunjuk acuan yang saya guna kat gambar2..tunggu saya upload gambar2nyer dulu.

5. Bakarkannya..jangan sampai hangus..huhu.

6. Sedia utk dihidang...



yummmy....


Ini dia biskut Corn Oat saya...




Ini acuannya..boleh didapati di Sabasun, kuala terengganu..kat lain ade jugak..kalau nak letak kat acuan lain , boleh je kut..ikut suke hati la..asalkan biskut tu menjadi ..


Setelah sekian lame cari resipi ni, baru jupe semalam..terselit kat buku2 adik. comey plak tulisan kanak-kanak tu menulis..

Ok...selamat mencuba...

p/s: dah tinggal beberapa biji lagi biskut dari 70 bijik lebih kesemuanya...Lepas buka pose semalam, biskut ni jadi makanan pembasuh mulut plak..balik terawikh, ada plak org curik2 ambik..Tak pela..kakak tak kisah..nanti kakak buat lagi ye..=P

Edelina sempat lagi makan 2 bijik biskut sebelum ke sekolah tadi..hehe....breakfeast katenyer..

Monday, August 23, 2010

La Tahzan -ramadhan 1431





Jangan berdukacita, kerana kesedihan hanya akan membuat air yang segar terasa pahit dan sekuntum bunga mawar yang cantik nampak seperti sebongkok labu, taman yang rimbun nampak seperti padang pasir yang gersang dan hidup dunia menjadi penjara yang sesak.

Jangan berdukacita sebab anda masih mempunyai dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati.

ANDA masih mempunyai kedamaian , keamanan dan kesihatan.

Saturday, August 21, 2010

Muhasabah ramadhan 1


Esok 12 Ramadhan...

Kenapa etah, nak menulis blog , ayat2 yang berat je kena fikir, sedangkan prinsip saya dulu tak macam gini.

Dulu rasanya, setiap kali nak menulis, saya pasang niat nak tulis dengan cara sendiri, dapat memanfaatkan orang lain dan yang paling penting dapat memanfaatkan diri sendiri bila baca. Macam satu peringatan atau satu motivasi utk sendiri.

MUHASABAH RAMADHAN

Malam ini sudah masuk malam ke 12 ramadhan utk kita semua , setelah Allah memberi peluang untuk kita di bulan yang penuh barakah ini. Dimanakah tahap ibadat dan puasa kita di setakat ini.

Bagaimana dengan sahur kita?. Adakah sahur kita sebelum tidur?..

mAKAN sebelum tidur tu, dipanggil sahur ke?..Tu bukan sahur namanya.. Tu namanya ISI PERUT namanya...Ubat utk gemuk...makanlah sebelum tidur.

Adakah subuh masih di tahap gajah harimau ?..Atau menunaikan solat subuh seperti menunaikan solat adat sahaje?.. Tanpa menegetahui kenapa aku sembahyang..

"Sembahyang je lah..Asal sembahyang sudah.. Nanti-nantilah aku faham maksud dalam solat..."

Bagaiman pula solat-solat mu yang lain..? Adakah masih seperti dulu?..

Seperti dulu..solat lewat waktu..masih terapung sampai NEGARA JEPUNG?..
Atau solat yang laju macam kilat ..?

Selepas solat macamane?.. Oh lupa kamu sangat sibuk mengalahkan Rasulullah S.A.W, tak ada masa nak duduk sekejap atas sejadah....

Bulan ramadhan= solat terawikh..

"Bab terawikh ko jangan main2 , aku tak tinggal taw.."

Kalau solat terawikh kamu tak pernah tinggal. Adakah semasa solat terawikh kamu , kamu betul-betul dalam solat?,..Atau kamu yang tak tahu sepatah habuk bacaan-bacaan tu menunaikan terawikh sehingga sampai ke MARIKH?...


Selamat bermuhasabah diri.....

Hanya diri dapat mengubah diri sendiri untuk kearah yang lebih BAIK. Jadikan ramdhan sebagai titik perubahan ..dan meneruskannya dalam seharian kehidupan...


Tuesday, August 17, 2010

Bila hati berbicara

"Apa yang aku buat selama hampir 3 bulan di rumah" tiba-tiba hati berbicara.

"Adakah apa yang dirancang sebelum habis belajar lagi sudah terlaksana"

Masa belajar hari tu, tak sabar nak habis belajar ,masa tu macam-macam plan nak buat.

1. Nak beli buku, nak baca buku. Nak baca balik buku-buku yang telah dibaca..
2. Nak belajar menjahit.
3. Nak Cuci gambar2 yang ambik masa kat UiTM..
4. Nak belajar memasak..hehe..
5. Nak cari kawan-kawan lama..nak tanya khabar..
6. Nak tanam pokok..
7. Nak mengaji..banyak2...
8.Banyak lagi...rahsia...secret recipe!


Hmmm..ada yang dah terlaksana dan ada lagi belum terlaksana.

Bab baca buku pun satu. Saya rasa , kehebatan membaca buku saya semakin berkurang. Patutlah nak tulis dalam blog terasa sangat tumpul dan idea bernas tak datang.

Biasanya kalau membaca buku, saya suka kaitan dengan diri. Maksudnya, muhasabah balik apa yang kita buat. Buku yang maksudkan disini, buku-buku ilmiah. Saya tak beli novel. PERNAH beli sekali. Selepas SPM...tp sekarang, saya tidak gemar membaca novel lagi. Mungkin saya rasa bila kita baca novel, khayalan saya etah kemana. Satu lagi panjang berjela. Nak jugak baca balik novel. Nak cari novel English, so secara tak langsung boleh tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris saya.

Bab menjahit. Alhamdulillah, saya berjaya belajar. Cuma dua hari ni saya g belajar. Jahit kat rumah je. Hm...kononnya lebih tenang menjahit di rumah. Tapi ada sesuatu yang menggangu...secret recipe!..

Sungguh tak lih nak muntahkan idea-idea yang datang semalam ke sini.

Setiap kali nak menaip nak menyusun ayat-ayat disini. Satu perkara itu menganggu.

La Tahzan...

Tapi bila tak menaip disini. Rasa tak puas.

Sejak dua menjak ada je post yang sekerat-sekerat macam ni.

Maafkan wahai pembaca. Saya pun tak gemar dengan aktiviti menulis post yang seperti ini. Tidak berkualiti. LAGI susah difahami.

Maafkan wahai blogku. Aku tak betah menulis seperti dulu. Menulis bukan sekadar menulis. Berkongsi bukan sekadar berkongsi..

..........................................................................................................................................................................

Saturday, August 14, 2010

Mendengar tazkirah tu ibadat jugak ke?

Alhamdulillah lama benar tak dapat berpuasa satu bulan di rumah. Tahun ini, Allah bagi keizinan utk saya berpuasa di rumah.

Sangat gembira.

Ada yang kata bulan puasa tak perlu buat kerja2 berat. Cukuplah sekadar biasa-biasa je , kerana badan kita letih, pastu malam kena tarawikh plak pastu kena bangun sahur lagi.

Betul ke macam tu ?...

Pada pagi ramadhan pertama ..

"Semalam terawikh kat masjid saya habis pukul 920.." kata seorang perempuan yang saya kenali.

"Oo, kat surau kat rumah, habis pukul 11,sebab ada tazkirah tambah2 ada muqadimah sikit sempena tazkirah antara terawikh," kata saya ..

"Tazkirah apenyer bulan2 puasa ni..orang letih tak larat. lepas bulan puase , sambung lah balik..kesian kat orang..." jawab perempuan tadi...

Terkesima saya...

Adakah saya salah dengar?..Atau saya yang jahil?????

Bukankah mendengar tazkirah juga adalah ibadat?...

Kenapa disempitkan ibadat hanya pada puasa dan solat?...Atau dia berkata-kata sedemikian rupa kerana SESUATU?....

Bukankah peperangan Badar dan pembukaan kota Makkah berlaku di bulan ramadhan?

Saya teringat kata-kata seorang ustaz di racncangan tanyalah ustaz,TV9..

Ada penonton bertanya , yang mana lebih afdal bersolat untuk bersolat tarawikh..?

Ustaz tu cakap

"Adalah lebih afdal berjemaah, tapi kne ingat dia adalah ibadat sunat..bukan wajib..tapi sangat digalakkan buat di bulan ramadhan. Kerana ramadhan hanya datang sekali je setahun. Satu lagi carilah tempat yang boleh menambahkan kekusyhukkan.."

Dia menambah lagi
"Adalah baik jika dalam kita bersolat terawikh ada tazkirah diantara solat tarawikh. "

Dia menambah lagi
" Jika banyak itu tak berkualiti buat apa, baik sedikit tapi berkualiti..sama jualah semasa solat terawikh. Waalaupun hanya 8 rkaat , tapi, ianya lebih khusyuk dan mengerjakan solat dalam tenteram , tak pula..terkerja-kerja..."

Hmm...fikir-fikirlah..


mood: mengantuk :(

Tuesday, August 3, 2010

Sungguh Tak ada Mood

Esok hari rabu. Lusa hari khamis.

Sungguh tak ada mood utk pergi mengambil ujian Insak.

Nak membelek2 fail nak photostat sijil2 dan kena pergi buat pengesahan.

Kenapa sungguh tak ada mood.

Tambah lagi bila dalam keadaan hot and spicy.

Tak boleh macam ni. Yang hot and spicy kena turunkan jadi cool and steady..

Tolong tolong...

Hmm..(mencari kebahgian)

Minggu depan dah bermula satu ramadhan..dah lame tak puase satu bulan kat umah..dah lame..sejak masuk matrikulasi hari tu.

Kalau kat matrikulasi...pengalaman indah bersama didi dan aniza ..g bazar kmj beli sata..rasa sata die berbeza dgn sata terengganu.. name sata tu kami panggul sata Mr. zack. Sebab yang jual tu HEP kitorang yang kami panggil Mr. Zack. Sedap yummy. Walaupun sata terengganu, mak kate lagi sedap. Tapi bagi saya...sata Mr Zack lagi sedap...sata Mr zack dihati...

Kalau kat universiti..mcm2...tak tulis disini....dan ade jugak berbuke puase seorang diri.. THE SWEETNESS MEMORY APEER...Berbuka seorang diri..sambil tersenyum melihat makanan berbuka.....mase kat kolej mawar lagi best...tak ade tv xde sape2...berbuke dalam bilik sorang2...cpt2 abeskan makanan berbuke..dan pergi solat..x nak sedih sgt..


Kalau kat umah..mase kecik2..ade turn kena kemas lepas berbuka....hehe..mase kecik2 la...pastu berebut toilet lepas berbuka...=)

ok dah dah..=)