aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 28, 2013

Berubah Status

assalamualaikum semua

Macam tak percaya, sekarang saya seorang IBU.
Seorang ibu dan pastinya seorang isteri.

Sungguh masa berlalu dengan pantas. Tak sangka jua, saya lama benar tidak mengupdate blog selama ini rupa,

Sibuk dengan kebidupan baru dan mungkin jua ditambah dengan sikap malas + bertangguh untuk update blog.

Hari ini, saya mc, terasa agak lapang sikit untuk buat kerja rumah. Walaupun saya mc, saya pergi ke sekolah sekejap untuk selesaikan apa yang patut. Sesudah itu, pulang ke rumah tanpa amni, untuk mengemas rumah  .

Alhamdulillah, pada 24 june 2013 , saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama AMNI YUSRA BINTI AHMAD ZAMIR. Semoga ketenangan hidup mu dapat memudahkan kehidupan dalam mengharungi urusan kehidupan mu.

Sekadar untuk bekongsi pengalaman, sebelum anda perubahan status hidup anda, Amatlah perlu pada ILMU.

bUKAN MAIN REDAH JE.

Jangan berhenti untuk menimba ilmu, Berubah dan berubah ke arah kebaikan. Kalau dulu malas , sekarang wajib rajin demi anak dan suami kerana Allah

Sebagai ibu muda yang fullybreastfeeding, saya berpendapat, masa mengandung lagi seorang ibu itu, mesti decide nak menyusu sepenuhnya atau tak.

Kalau nak, jangan fikir negeatif dan tak yakin ada susu..Mesti buat preparation..mesti mesti. Beli alat yang sesuai untuk bf. PAM SUSU, BEKAS SIMPAN STOK, . kENA BANYAK BERTANYA,

Rasa  macam sikit sedih dengan sikap orang yang nak menyusu anak, tapi masa mengandung tak buat persiapan langsung. Sibuk nak beli baju cantik-cantik, Tak fikir yang lebih penting untuk anak.

Ada yang saya jumpa cakap dengan selamba,
"lecehlah nak menyusu anak..."

Untuk pengetahuan semua, selagi mampu, susu badan kita adalah hak anaak kita. Kita semestinya beri yang terbaik buat anak kita.

Kalau alasan leceh, xde susu tanpa usaha terlebih dahulu, ...bagi saya..ini adalah alasan yang tak munasabah.

Saya jua pernah mengalami susu merudum. Bila demam dan sakit. Tapi saya tak pernah putus asa. Mesti cari kat google or tanya kawan-kawan untuk up balik susu..

Malas nak mengepam? Saya pun sama. Tapi bila fikir, bagi susu kita kat anak , dikira ibadat jua. Saya kuatkan semangat untuk pam dan pam.

Walaupun. ada waktunya, rasa macam letih dan sleepy selepas mengepam. sAYA KUATKAN JUGA. Bukan nak berlagak. Cuma, jgn beri alasan yg x patut untuk tidak menyusu anak sendiri.

Ok ..sekian untuk kali ini, nak samung buat kerja ;-)