aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 31, 2009

Selawat jibril dan zikir




Sesungguhnya hanya mengingatiNya, jiwa manusia itu menjadi tenang..

Salam Ramadhan..

Sunday, August 30, 2009

Renungan untuk aktivis dakwah

Pengalaman yang mematangkan hidup


hana humaira dan hafizuddin..main2 kat umah tok wan..heheh...



Bismillahiramanirahim..


Ini mungkin post terakhir untuk minggu ini dan juga post terakhir untuk saya sepanjang cuti sekolah ini. Memandangkan selasa ini sekolah dah buka kembali dan saya juga kembali ke sekolah sebagai guru praktikal.=)


Counting the days~~~


Tinggal 4 hari lagi saya perlu ke sekolah pertama saya sebagai guru iaitu Sekolah Agama Menengah Bestari, usj 5, subang jaya yang tercinta. Mula-mula memang tak de feel nak tulis pasal sekolah, tetapi bila mengenangkan kembali saya sudah tidak berapa lama lagi bakal meninggalkan sekolah itu , saya gahkan diri ini untuk menulis tentang SAMBEST.


Sepanjang di sana, memang ada kisah suka dan duka. Tapi itu lumrah hidup. Banyak yang saya pelajari dari pengalaman berpraktikal.


SAMBEST sebuah sekolah yang saya boleh simpulkan sebagai sekolah yang terpilih. Saya sangat mengagumi akhlak pelajar2 sekolah saya walaupun kawan2 saya cakap…


“Standard lah sekolah agama”


“Sekolah terpilih boleh la..”..


Namun bagi saya ianya begitu indah

Sekarang saya sudah dapat merasai betapa seronoknya melihat pelajar2 yang kita ajar faham apa yang kita ajar. Walaupun kat rumah, saya selalu juga mengajar adik2 saya. Tapi di sekolah, suasananya lain dan kita mengajar mereka yang langsung tiada basic idea tentang apa yang kita nak ajar especially subjek kimia. Best kenakan student..hehehe..Bukan kenakan tapi mengalakkan mereka berfikir.

Masa mula2 masuk sekolah tu, saya agak tesen dapat satu student form 4 , dia advanced sangat, dia sudah belajar hampir semua topic kimia form 4 and 5. Bila dalam kelas, suka hati dia je dia tidur. Sabar sabar. Mula2, saya rasa sedih juga, rasa macam tak dihargai then saya rasa ok jer, saya tahu dia faham dan saya guna dia semasa mengajar. Walau macamana pun, he still learning, so ada jugak dia buat salah. Bangga bila dia tak dapat jawab soalan saya. Hhehehehe..Teacher bukan nak buli kamu tapi teacher nak bagi kamu berfikir lebih jauh dan sedar masih banyak lagi ilmu kena kamu pelajari..

mural yang sudah siap ~kami student uitm seramai 10 orang berusaha menyiapkan mural ni..yang bertemakan virtual technology..sesuai dengan bilik ini bilik digital...alhamdulillah



Bagi kelas matematik, saya sangat happy…walaupun mula2 agak kelamkabut kena ajar math..Sebelum ni kat uitm buat microteaching utk chem. Jer, so banyak la idea utk mengajar chem tp tu bkn penghalang seorang pendidik. Ingat balik zaman sekolah dulu, cikgu math yang saya suka ajar macam mane,pastu saya apply balik dalam pengajaran saya.


Semasa sahur semalam...


“Jadi cikgu ini tak banyak pengalaman macam jadi engineer atau jadi buruh macam wan(ayah)’kata ayah saya yang suka cabaran.

“Cabaran cikgu ni lain, cabaran nak mengajar , cara nak mengawal budak2 yang nakal …kalau tak de cikgu,..engineer tak dop..”…saya mencelah dengan senyuman.

“ Dulu masa wan muda-muda, wan kerja macam-macam , kerja kat darat , kerja kat laut, kerja atas rumah..banyak pengalaman dapat” cerita ayah saya yang bersemangat cerita pengalaman hidupnya.


Memang tak dinafikan, ayah saya seorang yang hidupnya penuh berliku dan dengan pengalaman serta cabaran yang pernah dia lalui, dia mendidik kami agar mendapat pendidikan lebih baik.


Hari ini saya terus berfikir adakah menjadi seorang guru senang seperti yang djangkakan?


Dan detik ini saya simpulkan, seorang guru itu menjadi senang pekerjaan jika dia dia mengajar seperti melepaskan batuk di tangga atau mengajar dengan setakat untuk dapat gaji. Ianya sama berlaku pada pekerjaan lain, yang masuk pejabat pastu borak2, pastu pergi minum lepak2 lame2, pastu sibuk sekejap buat keja, pastu makan2 lagi..especially pekerja2 pejabat kerajaan..pastu dapat gaji bagi makan kat anak2 dan isteri …halalkah gaji itu?..halal atau haram tak bergantung pada jenis pekerjaan sahaja, tetapi juga apa usaha yang kita kerjakan.

Cikgu geografi saya pernah berkata, amatlah susah sekarang nak cari orang yang hasilnya gajinya sangat bersih kebanyakan subhah.


“Orang keje bawok beca sangat mulia sebab tak curi tulang ,tak boleh ambik rasuah, tak boleh mencuri semasa berkerja” kata cikgu saya dalam pekat terengganu.


Pesanan buat diri sendiri dan kawan2, kerjakan pekerjaan bersungguh2 nanti, supaya hasil gaji yang dapat tidak subhah..Kerana bila makan hasil gaji yang subhah banyak effect pada kita, bukan sahaja dapat dosa, tapi anak2 susah nak menimba ilmu, kehidupan huruhara, sebab gaji tak berkat, rasa tak cukup je dengan gaji yang ada, yang paling terkesan …HATI TAK TENANG.. bila hati tak tenang inilah kes2 penceraian berlaku, m jenayah kecil mahupun besar…


Terpanjang untuk post ini, tapi tak mengapa, siapa yang sabar membaca post ini ..TAHNIAH untuk kamu..

~Salam Ramadhan Kareem~

Sunday, August 23, 2009

Buku dan Ramadhan


Hari kedua ramadhan...

Alhamdulillah dengan kekuatan yang diberi akhirnya blog ini di update. Bukan kekeringan ideal, namun mood "home sweet home" menarik diri ini dari tidak menghabiskana masa untuk menaip artikel di sini.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Alhamdulillah , kerana kita masih diberikan peluang lagi di dunia ini untuk menambahkan amalan sebagai bekalan ke alam sana.

Syukur dengan kesempatan ini, saya dapat berpuasa pada hari pertama di rumah setelah sekian lama berpuasa di perantauan.

Seminggu sebelum 1 Ramadhan, saya ada belikan 3 buah buku untuk menemani saya sepanjang perjalanan bulan puasa ini. Walaupun buku itu tiada kaitannya dengan bulan puasa, namun membawa buku di bulan yang penuh barakah ini adalah sangat baik untuk kita menghayatinya dengan mata hati kita.

Buku-bukunya ialah:
1)Satu RASA dua HATI oleh Pahrol Muhd Juoi
2)Aku terima nikanya 2- (Bercinta samapi ke syurga) oleh Ustaz hasrizal abdul jamil -saifulislam.com
3)Rindu Bau Pohon Tin - Oleh Ustaz hasrizal abdul jamil

Buka pertama dan kedua adalah berkisar tentang cinta , alam perkahwinan dan saya cadangkan buku ini untuk semua remaja, bakal bakal pengantin, suami isteri yang baru berkahwin mahupun sudah lama berkahwin. Menanam cinta dan menuai cinta dengan mengikut syariatNya.

Buku ketiga saya belum habis membacanya, namun saya pernah membacanya sedikit di blog ustaz hasrizal-saifulislam.com

Untuk kawan-kawan di sana yang mengenali diri ini, boleh meminjam buku itu dari saya. Buat masa sekarang saya sudah menerima tempahan untuk meminjam buku. Selepas 11 september, saya rasa belum lagi ada tempahan untuk meminjam buku itu.

"Berusahalah merasa bahagia dengan membuat kebaikan tanpa dilihat oleh orang lain. Dia yang sibuk membuat kebaikan, tidak sempat memikirkan kejahatan orang lain"..
-Pahrol Juio-

Benar sekali kata-kata itu, jika kita sibuk membuat kebaikan dengan ikhlas kita tidak sempat megumpat, mefitnah orang lain bahkan hati lebih tenang keranaNya..

Wednesday, August 19, 2009

Mom and baby




Selamat menonton video ini. Ianya sungguh memikat hati saya untuk saya menontonnya berulang kali.

Maha besar Allah menjadikan semua ini dengan penuh teratur dan sempurna.

Monday, August 17, 2009

Penat + bahagia,...

Fullstop..

very exchausted right now..

Sunday, August 16, 2009

Seisei Nz


Assalamualaikum...

Tengok gambar ini. Perhati betul-betul.
Ceria bukan ?..
Penuh keazaman untuk masuk ke kelas. Sebagai seorang guru dan bakal guru wajah dan keazaman inilah sepatutnya ada pada diri seorang pendidik.

Walaupun kita ada masalah macam mana pun, tapi sebelum masuk ke kelas cubalah sedaya upaya untuk lupa masalah itu dan cuba sedaya upaya untuk mengawal emosi kita di dalam kelas.

Walaupun baru sehari jagung di alam realiti seorang guru dan sudah tentu tidak layak untuk menulis artikel ini. Namun ini semua dari pengalaman yang saya dapat dan ilmu yang saya dapat sebelum praktikal hari itu.

Jika ditanya pada pelajar-pelajar juga, mereka tidak suka guru yang tidak ceria, garang sangat (suka marah2 tak tentu hala), dan mengajar seperti melepaskan batuk ditangga N ETC.

Sebenarnya saya juga takut juga , berkesankah cara saya mengajar? pelajar2 saya faham atau tak yang saya ajar. Adakah ciri2 yang di atas ada pada saya?...(hmm..)

ok..i stop here..esok cikgu nak pergi sekolah. Kena tidur awal supaya esok kelihatan ceria. Bukankah tidur yang cukup dan rehat yang cukup, boleh menceriakan seseorang itu?..

Adios,,,=)

Wasalam...

Saturday, August 15, 2009

Terima Kasih Sahabat

Tadi saya pergi makan di rumah seorang mak cik yang bawak usrah kami. Dia mengadakan sebuah majlis makan sempena anaknya yang bakal ke mesir 2 mggu lagi.

Saya cemburu!

Cemburu dengan mereka. Saya rasa sangat kerdil disisi mereka. Mostly, keluarganya, bertudung labuh dan berwatak islamik. Cara percakapan mereka sangat mesra dan penuh dengan kasih sayang.

Mak cik itu yang juga seorang pensyarah sungguh ramah dan melayan kami seperti tetamu yang lain. Senyuman dan pelukannya mengeratkan kami.

Kadang-kadang kita lupa berharganya sebuah senyuman..

Sangat berbeza perlakuan dan sifat manusia yang mencari cinta Allah dengan manusia yang mencari cinta dunia.

Ketika ini juga rindukan Normala Mustaffa, seorang insan yang banyak membantuku mencari cinta Allah. Terlalu lama berpisah. Tidak rindukah dia padaku?

Saya orang kampung


Friday, August 14, 2009

Terima Kasih Allah





Hari ini penuh dengan kegembiraan. Saya sangat gembira. Kegembiraan kurniaan Illahi.

Alhamdulillah.

Gambar di atas adalah hasil lukisan saya 2 tahun lebih , dimana saya first year di UiTM. Saya buat satu kad hari Ibu di salah satu booth di Sacc Mall, dimana booth itu diwujudkan sempena sambutan Hari Ibu.

Semasa mengorek2 gambar2 lama dalam external hard disk saya, saya jupe gambar ini.

Saya tersenyum.

Walaupun lukisan tak seberapa, tapi penuh bermakna!

Terima kasih mak melahirkan "kakak"....

Terima Kasih Allah kerana memberi kekuatan untuk ibu melahirkan saya, mendidik saya, menjaga saya dengan sempurna sekali.

HanyaMu, yang mampu membalas segala jasanya.

Ketika kegembiraan saya ini yang saya tak berapa tahu sangat apa punca kgembiraan ini, saya simpati dengan adik saya yang demam. Alhamdulillah dia bebas dr H1N1.

Semoga adik saya cepat sembuh. Kalau dia di rumah , tak da lah saya risau sangat. Tapi sekarang dia di Pulau Pinang melanjutkan pelajaran di sana.



Hafiz

Rindu hafiz!...

Thursday, August 13, 2009

Life is beautiful



Ku ingin kembali di alam kecilku..
Tapi ku sedar ianya mustahil bagiku..
Detik-detik indah itu hanya mampu diingatan..
Ianya membawa seribu kenangan padaku..

Ku ingin kembali...
Namun ku tahu aku tidak bisa lagi...
Apa yang mempu ku buat..
Aku mahu berikan ..
Kebahagian pada sekecil itu...
Agar dia bisa merasa kebahagian itu...
Walaupun ianya berbeda..


p/s: melalut...teringat zaman kecik2..miss that time..

Tuesday, August 11, 2009

Cinta dan rindu

Cinta Dan Rindu
www.iluvislam.com
Oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Editor: NuurZaffan

Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari dari pada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati - raja dalam kerajaan diri manusia.

Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari

Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik'. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat' maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, "berhati-hatilah menjaga hati." Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah... akibatnya terlalu buruk.

Umpama menyerahkan kepimpinan negara kepada seorang yang jahat. Kita tentu tahu apa akibatnya bukan? Pemimpin yang jahat akan melakukan kemungkaran, penzaliman, rasuah dan lain-lain kejahatan yang akan menghancurkan sebuah negara. Maka begitulah hati yang jahat, akan menyebabkan seluruh diri kita terarah kepada kejahatan. Jadi, berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati memberi cinta dan rindu.

Sebenarnya, pada siapa kita harus cinta? Pada siapa kita mesti rindu? Mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya. Pada kekasih hati? Atau si dia yang sentiasa diingati. Oh, bukan, bukan... Sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah. Kenapa dikatakan begitu? Dan benarkah begitu? Baiklah, mari kita fikirkan dan renungkan bersama...

Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusiapun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Baiklah, hakikat itulah bukti yang sebenarnya manusia cinta dan rindukan Tuhan. Justeru, Tuhan sahaja yang memiliki segala-gala yang diingini oleh manusia.

Bukankah Allah memiliki kekayaan yang diingini oleh si miskin? Allah mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah Maha Adil dan mampu memberi keadilan yang didambakan oleh yang tertindas. Oleh kerana itulah Tuhan mempunyai nama-nama yang baik (Asmaul Husna), yang menggambarkan keindahan, keadilan, kasih-sayang yang segala sifat kesempurnaan-Nya. Diantara nama-nama Allah itu ialah Al Adil (Yang Maha Adil)? Al Ghani (Maha Kaya)? Ar Rahman (Maha Pengasih)? Dan Ar Rahim (Maha Penyayang)?

Sebutlah... apa sahaja keinginan manusia tentang kebaikan dan kesempurnaan, maka di situ sebenarnya (secara langsung ataupun tidak), manusia sedang merindui dan mencintai Allah. Inilah rasa yang tidak dapat dihapuskan. Selagi manusia punya hati dan perasaan. Rasa bertuhan inilah yang menurut Imam Ghazali, tidak akan dapat dinafikan oleh hati sekalipun kerap dinafikan oleh sifat keegoan manusia.

Inilah benih rindu dan cinta yang telah dibina (‘install') secara fitrah (tabie) dalam diri setiap manusia sejak di alam roh lagi.

Firman Allah: "Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi." Al-A'raf : 172

Bahkan, pakar-pakar psikologi manusia juga turut mengakui. Manusia sebenarnya mempunyai keinginan kepada suatu kuasa yang dapat mengatasi segala kekurangan dan kelemahan. Ini memang satu naluri yang semulajadi.

Prof Dr Ramachandran dari California University misalnya, telah menemui ‘Titik Tuhan' - ‘God Spot' dalam sistem otak manusia yang sentiasa mencari makna kehidupan - asal-usulnya, apa maksud kedatangannya ke dunia, dan ke mana akan pergi selepas mati. Dan di hujung semua persoalan itu pasti manusia akan menemui kewujudan Tuhan. Inilah hakikatnya pencarian dan kembara manusia. Inilah asas segala kerinduan dan cinta!

Jadi sedarlah. Apabila hati kita resah dan gelisah inginkan pembelaan, hakikatnya pada ketika itu hati kita sedang merindui yang Maha Adil. Ketika kasih-sayang terputus atau cinta terkandas, kita inginkan sambungan... maka ketika itu sebenarnya kita sedang merindui Ar Rahman dan Ar Rahim (Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Ketika bersalah, kita merintih inginkan keampunan dan kemaafan, maka pada saat itu kita sebenarnya merindui Al Ghafar (Pengampun) dan mencintai Al Latif (Maha Lembut).

Semua keinginan itu hanya akan dapat dipenuhi apabila manusia merapatkan dirinya kepada Allah. Allah yang punya segala-galanya itu. Allah sentiasa mahu dan mampu memberi apa yang diinginkan oleh setiap manusia.

Firman Allah: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan dimasukkan neraka Jahanam dalam keadaan hina." Al-Mukmin : 60

Menerusi nama-nama Allah yang baik inilah seharusnya kita merintih, merayu dan memohon kepada Allah.

Firman Allah: "Allah memiliki Asmaa' ulHusna, maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama yang baik itu..." Al A'raaf : 180

Manusia hakikatnya tidak punya apa-apa yang diingini oleh manusia lain. Mereka mungkin mahu memberi, tetapi tidak mampu. Ada pula yang mampu memberi tetapi tidak mahu melakukannya. Mungkin hartawan punya harta, tetapi dia tidak punya sifat pemurah. Mugkin ada si miskin punya hati yang pemurah, tetapi tidak memiliki harta yang dipinta oleh si miskin yang lain. Tegasnya, manusia tidak sempurna. Hanya Tuhan yang mempunyai segala apa yang diinginkan oleh seluruh manusia.

Ya, ditegaskan sekali lagi bahawa keinginan manusia kepada satu kuasa yang Maha sempurna ini adalah lanjutan daripada ‘perkenalan' dan ‘percintaan' manusia dengan Allah di Alam Roh lagi (yakni alam sebelum alam dunia ini) . Bukankah sejak di alam roh lagi manusia telah mengetahui dan mengakui akan kewujudan dan keagungan Allah.

Firman Allah: "Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi." Al-A'raf : 172

Itulah pertanyaan Allah sekaligus keakuran roh manusia atas pertanyaan itu. Ya, ketika itu semua roh manusia telah mengenali Allah. Bukan itu sahaja, bahkan roh manusia telah mengakui Allah sebagai pemilik, pentadbir dan pengatur alam ini. Inilah yang dimaksudkan cintakan Allah itu adalah fitrah setiap hati. Tetapi soalnya, mampukah cinta itu terus suci dan abadi di dalam hati setiap manusia?

Sungguhpun begitu, perkenalan dan percintaan manusia dengan Allah di alam roh itu kerap tercemar. Sebaik sahaja lahir ke alam dunia, manusia yang dulunya begitu mengenali dan mencintai Allah mula dipisahkan daripada kecintaan dan kerinduannya itu. Yang sejati luntur, yang ilusi muncul. Perkenalan dengan Allah mula dicemari. Manusia mula dipisahkan dari Tuhan. Dan amat malang, kerapkali yang memisahkan anak-anak daripada Allah ialah ibu-bapa anak-anak itu sendiri.

"Setiap anak-anak dilahirkan putih bersih, kedua orang tuanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani."

Justeru, untuk mengelakkan agar cinta yang suci itu tidak terus dikotori... maka awal-awal lagi apabila seorang bayi dilahirkan, dia terlebih dahulu diazankan dan diiqamatkan. Inilah usaha awal untuk meneruskan perkenalan bayi itu dengan Allah. Tidak cukup sekadar itu sahaja, malah para ibu-bapa juga wajib mengenalkan kepada anak-anak mereka segala sifat kesempurnaan Allah secara mudah tetapi konsisten.

Sabda Rasululah: "Awal-awal agama ialah mengenal Allah."

Alangkah indahnya jika semua itu berjalan lancar. Sejak kecil lagi putik cinta dan rindu Allah itu tumbuh, berbunga dan akhirnya berbuah apabila menjelang dewasa. Malangnya, ramai anak tidak diperkenalkan kepada Allah oleh ibu-bapanya. Sebaliknya, didedahkan kepada unsur-unsur yang melindungi kebesaran Allah. Seringkali, didikan, ajaran, malah lagu, filem, bahan bacaan yang didedahkan kepada anak-anak menggugat perkenalannya dengan Allah.

Akibatnya, kerinduan dan kecintaan yang sedia ada di alam roh itu tidak bersambung, bahkan tercemar. Cinta terputus di tengah jalan. Setiap manusia memiliki hanya satu hati, tidak dua, tidak tiga. Bila cinta Allah dicemari, cinta yang lain datang mengganti. Dua cinta tidak akan berkumpul di dalam satu hati. Hanya satu cinta akan bertakhta di dalam satu jiwa. Bila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala kejahatan dan kekejiannya!

Bagaimanakah caranyanya membersihkan semula hati yang telah dicemari dan diracuni? Cukupkah hanya dengan ucapan dan penyesalan? Ya, usaha untuk membersihkan hati adalah usaha yang sukar. Tetapi hanya itulah satu-satunya jalan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapat cinta itu semula. Setiap cinta menagih pengorbanan. Begitulah jua cinta Allah.

Sabda Rasulullah: "Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan."

Perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis. Kecintaan kepada Allah terlalu mahal. Bayangkan untuk mendapat cinta seorang wanita yang rupawan, jejaka yang hartawan, putera yang bangsawan, itupun sudah terlalu sukar, maka apatah lagi untuk mendapat cinta Allah zat yang Maha Agung dan Maha Sempurna itu.

Siapa tidak inginkan kecantikan, harta, nama dan kuasa? Semua itu mahal harganya. Namun semua itu tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan cinta Allah - sumber segala kekayaan, kecantikan, kuasa dan keagungan. Cintakan gadis yang cantik, kecantikan akan luntur. Cintakan harta yang banyak, harta akan musnah atau ditinggalkan. Cinta pada kuasa, suatu hari pasti dijatuhkan atau berakhir dengan kematian.

Namun cinta Allah, adalah cinta yang hakiki, sejati dan abadi. Keindahan Pencipta (Khalik) tidak akan dapat ditandingi oleh ciptaannya (makhluk). Keagungan, kekuasaan dan kekayaan Allah akan kekal abadi selamanya. Bila kekasih di kalangan manusia sudah berpaling, maka sedarilah bahawa Allah tetap melihat dengan pandangan rahmat-Nya. Apabila kita mencintai Allah, kita hakikatnya akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh kejauhan, kematian dan kemiskinan. Sebaliknya bila kita kehilangan cinta Allah, kita sebenarnya telah kehilangan segala-galanya.

Sekiranya kita telah disukai oleh seorang raja, maka anda akan turut disukai oleh pelayan-pelayannya, dikurniakan pangkat, dijamin makan-minum, bebas di bergerak di istananya dan macam-macam lagi kurniaannya. Maka begitulah sekiranya seorang yang mencintai Allah. Para malaikat akan menjaganya. Orang-orang soleh turut mendoakannya. Rezkinya akan dipenuhi dengan segala kecukupan dan keberkatan. Apa nak dihairankan? Bukankah ‘talian hayat' kekasih-kekasih Allah ini sentiasa terhubung kepada satu kuasa yang tiada tolok bandingnya!

Hadis Qudsi: Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil. (Sahih Bukhari)

Namun begitu, seperti yang ditegaskan sebelumnya, cinta Allah yang begitu agung dan suci, pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah tidak semudah yang disangkakan. Sudah adat, setiap yang mahal, sukar mendapatkannya. Bandingannya seperti pasir dengan permata. Pasir, murah harganya... kerana ia boleh dicari di merata-rata. Sebaliknya, permata begitu tinggi nilainya, maka perlu menyelam ke dasar lautan untuk mendapatkannya.

Tidak ada kesukaran, tidak ada ganjaran. Begitulah jua dengan cinta Allah yang hakikatnya jauh lebih tinggi nilainya daripada intan atau permata. Justeru, pasti ada ‘harga' atau mahar yang mahal terpaksa dibayar untuk mendapatkannya.

Untuk mendapat cinta Allah kita perlu berkorban. Cinta dan pengorbanan sudah sinonim dan tidak sekali-kali dapat dipisahkan. Kita perlu membayar harga cinta itu dengan segala yang ada pada kita - masa, tenaga, harta bahkan nyawa. Namun apa yang lebih penting bukanlah masa, tenaga atau sesuatu yang berbentuk lahiriah. Itu cuma lambang sahaja. Yang lebih penting ialah hati di sebalik pengorbanan itu.

Lihat sahaja hati yang dimiliki oleh Habil berbanding Qabil dalam pengorbanannya untuk Allah. Hati yang bersih akan mengorbankan sesuatu yang terbaik untuk Allah. Lalu kerana ketulusan hatinya, Habil mengorbankan hasil ternakannya yang terbaik untuk Allah. Manakala Qabil pula menyerahkan hasil pertanian yang kurang bermutu untuk membuktikan cintanya yang tidak seberapa. Lalu ini menjadi sebab, Allah menolak pengorbanan Qabil, sebaliknya menerima pengorbanan Habil.

Kita bagaimana? Sudahkah kita mengorbankan segala yang terbaik hasil dorongan hati yang baik? Ke manakah kita luangkan masa, usia, tenaga, harta kita yang terbaik? Untuk kebaikan yang disuruh oleh Allah atau ke arah kejahatan yang dilarang-Nya? Tepuk dada tanyalah hati, apakah ada cinta yang mendalam di dalam hati itu?

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu tapi ALLAH melihat hati kamu". Riwayat Muslim

Pengabdian kita kepada Tuhan adalah bukti cinta kepada-nya. Pepatah Arab mengatakan:
"Setiap orang menjadi hamba kepada apa yang dicintanya."

Maksudnya, pengabdian adalah umpama ‘hadiah' yang kita ingin berikan kepada Allah sebagai bukti cinta kita. Ia mesti didorong oleh hati yang bersih. Tidak dicemari riyak dan syirik. Maha suci Allah daripada dipersekutukan oleh hamba-Nya dengan sesuatu. Jika amal itu dicemari oleh kekotoran hati - riyak (syirik kecil), sifat menunjuk-nunjuk, syirik besar - mempersekutukan Allah) maka amalan itu tidak bernilai walaupun ia seluas lautan atau setinggi gunung.

Sebaliknya, jika hati seseorang itu ikhlas, amalnya yang sekecil manapun akan menjadi besar dan bernilai di sisi Allah. Insya-Allah, ‘hadiah' itu akan diterima oleh Allah.

Firman Allah: "Barang siapa yang ingin menemui Tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mempersekutukan Allah dengan amalannya itu." Surah Al-Kahfi: 110

Hakikatnya Allah Maha Kaya dan DIA tidak mengkehendaki apa jua manfaat daripada hamba-hamba-Nya sekalipun amalan dan kebaikan yang mereka lakukan. Maha Suci Allah daripada bersifat miskin - punya keinginan untuk mendapat manfaat daripada para hamba-Nya. Amalan dan kebaikan yang dilakukan oleh manusia bukan untuk Allah tetapi manfaat itu kembali kepada manusia semula.

Bila kita solat misalnya, solat itu manfaatnya akan dirasai oleh kita juga. Firman Allah:
"Sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah daripada kemungkaran dan kejahatan." Surah Al-Ankabut: 45

Ya, solat akan menyebabkan kita terhalang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Itulah manfaat solat. Itu amat berguna kepada diri manusia. Manusia yang baik akan dikasihi oleh manusia lain. Hidup yang selamat daripada kemungkaran dan kejahatan, adalah hidup yang tenang, aman dan bahagia.

Begitu juga apabila Allah menyuruh kita melakukan sesuatu atau melarang kita melakukannya, itu adalah kerana Allah ingin berikan kebaikan kepada kita bukan untuk-Nya. Inilah rasionalnya di sebalik pengharaman riba, arak, zina, pergaulan bebas, pendedahan aurat dan lain-lain. Susah atau senangnya untuk manusia bukan untuk Allah. Tegasnya, jika patuh, manfaatnya untuk manusia. Jika engkar, mudaratnya juga untuk manusia.

Namun, walau sesukar mana sekalipun kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah, kita akan merasa mudah jika Allah sendiri memberi bantuan-Nya. Jika Allah sudah permudahkan, walaupun seberat mana sekalipun, kita akan mampu mengatasinya. Allah akan permudahkan kita dengan mengurniakan sifat sabar, istiqamah, syukur dan redha kepada-Nya. Lihatlah sejarah perjuangan para Rasul dan nabi serta sahabat-sahabat Rasulullah... kita akan tertanya-tanya mengapa mereka sanggup menderita, tersiksa bahkan terkorban nyawa untuk mendapat cinta Allah?

Renungilah betapa Sumayyah rela mengorbankan nyawanya. Begitu juga Mus'ab bin Umair, Hanzalah, Jaafar bin Abi Talib, Abdullah ibnu Rawahah... mereka semuanya telah syahid di jalan Allah. Apakah itu susah buat mereka? Mereka sangat menghayati apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW:

"Jagalah Allah, nescaya engkau akan temukan DIA di hadapanmu. Kenalilah Allah ketika dalam keadaan lapang nescaya DIA akan mengenalmu dalam keadaan sempit. Ketahuilah segala sesuatu yang luput daripadamu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan dapat luput darimu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu menyertai kesabaran, kelapangan itu menyertai kesempitan dan kemudahan itu menyertai kesukaran." Riwayat Ahmad, Hakim, Thabrani, Ibnu Sunni, Ajiri dan Dhiya'agal

Mereka sesungguhnya merasa bahagia dalam mengharungi penderitaan, merasa mulia dengan mengorbankan nyawa. Ini semua mudah buat mereka kerana Allah telah melembutkan hati-hati mereka. Benarlah bila hendak seribu daya, bila mahu sejuta cara. Kemahuan dan keinginan mereka itu hakikat didorong oleh Allah. Untuk itu, mintalah simpati dari Allah untuk memudahkan kita mendekatkan diri kepada-Nya.

Bagaimana memohon simpati daripada Allah? Tidak lain dengan cara berdoa kepada-Nya. Doa itu adalah senjata orang mukmin. Maksudnya, doa ialah alat atau ubat yang paling mustajab dan mujarab untuk mendapat hati yang lunak dengan Allah. Namun harus diingat, doa bukanlah usaha ‘pemberitahuan' kehendak-kehendak kita kepada Allah ( kerana tanpa diberitahupun Allah sedia mengetahui), namun doa hakikatnya usaha ‘penyerahan' diri kita kepada-Nya.

Orang yang berdoa ialah orang yang mengakui segala sifat kehambaannya di hadapan kekuasaan Allah. Apakah sifat-sifat kehambaan itu? Antaranya, rasa lemah, hina, jahil, miskin, berdosa, hodoh dan segala sifat-sifat kekurangan. Berdoa ertinya kita menyerah pasrah kepada Allah. Kita nafikan segala kelebihan diri. Yang kita akui hanya sifat keagungan dan kebesaran Allah. Lalu kita inginkan hanya bantuan-Nya. Kita tagihkan simpati, kasihan dan keampunan-Nya sahaja.

Hanya dengan mengaku lemah di hadapan Allah kita akan memperolehi kekuatan. Hanya dengan mengaku miskin di hadapan Allah kita akan dikayaka-Nya. Tegasnya, hanya dengan merasai segala sifat kehambaan barulah kita akan mendapat kekuatan, kemuliaan dan kelebihan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini.

Bila Allah telah hadiahkan kasih dan rindu-Nya kepada kita, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya lagi. Dalam apa jua keadaan kita akan mendapat ketenagan. Susah, kita sabar. Senang, kita syukur. Kita bersalah, mudah meminta maaf. Jika orang meminta maaf, kita sedia dan rela pula memaafkan. Alangkah bahagianya punya keikhlasan hati yang sebegini?

Itulah hakikatnya syukur - pada lidah, hati dan amalan. Syukur dengan lidah, mengucapkan tahmid (pujian) kepada Allah. Syukur dengan hati, merasakan segala nikmat hakikatnya daripada Allah bukan daripada usaha atau ikhktiar diri kita. Tadbir kita tidak punya apa-apa kesan berbanding takdir Allah. Dan akhirnya syukur dengan tindakan, yakni menggunakan segala nikmat daripada Allah selaras dengan tujuan Allah mengurniakan nikmat itu.

Jika Allah berikan harta, kita gunakan ke arah kebaikan dan kebajikan. Jika diberi ilmu, kita mengajar orang lain. Diberi kuasa, kita memimpin dengan adil dan saksama! Syukur itulah tujuan utama kita dikurniakan nikmat. Ertinya, kita kembalikan nikmat kepada yang Empunya nikmat (Allah).

Bangkit semangat!



Sudah hampir seminggu di rumah~ teratak sinar air mata =D

Oleh itu, diumumkan, sudah habis sudah cuti yang diberikan sekolah kepada semua warga skolah saya kerana tahap kesihatan pelajar yang di tahap membimbangkan.

Malam yang indah ini, terasa begitu sedih untuk menunggu esok. Ini kerana esok saya kena pulang ke shah alam menaiki bas.

Wahai jiwa seorang anak adam, janganlah rasakan semua ini beban untuk kamu. Pabila kamu mengganggap ini semua beban, kamu akan lagi merasakan ini bebanan yang sangat berat. Jadikan ini sebagai satu benda yang mudah dan sesuatu yang menyeronokkan. Bagaimana?

Chaiyok!!!!


Niat boleh membantu untuk langkah berjalan dengan lebih ikhlas.

Memujuk hati sendiri, adalah benda yang saya buat untuk sehari suntuk hari ini. Tidak baik untuk kesihatan bukan, jika saya asyik mengatakan pulang ke shah alam suatu bebanan yang sangat membebankan.

Saya masih ada tanggunjawab yang belum selesai disana. Saya juga rindu pada amir syafiq, lukman hakeem, yaz atiqah, aina hazwani, nabilah qasdina, fahmi, kwarizme, huzairee, hamzah, alif mudtaza, amirun, aliah, syaheerah...he2, ramai sangat nak sebut semua student saya...secara jujurnya saya merindukan kamu 4 al-biruni students and 1 al-razi..

Kawan-kawan tak rindu ker?

Hmmm..tipula tak rindu nak jupa mereka. Semoga mereka semua bersabar dengan beberapa minggu lagi ini untuk habis praktikal. Saya tahu ada antara mereka yang sudah mula bertukar fikiran untuk tidak menjadi seorang guru selepas megetahui kerjaya sebenar seorang guru. Walaubagaimanapun, itu adalah hak mereka untuk memilih kerjaya mereka.

Sunday, August 9, 2009

Pasti ku menunggu


hari ni rasa sangat jiwang plak.hehe..

Ya Allah, tenangkan hati ku, sesungguhnya engkau sahaja memahamiku.

Pulang ke rumah adalah tempat terbaik utk ku luahkan segala yang terpendam.

Kadang2 rindu kat student...

"Buat apa lah student2 saya yang baik2 tu kat rumah?"

"Sihatkah mereka?"

Teacher niza merindui kamu...kamu semua pengubat hati saya jika saya terluka kat sekolah..

Teacher niza harap kamu pulang dengan kesihatan yang baik nanti. Selain itu, apa yang penting, teacher harap kamu pulang dengan keazaman yang baru untuk belajar kembali..

Disini, hafiz hana n edelina penghibur hati. Menemani hari2 cutiku dengan pelbagai ragam.

Hidup mesti diteruskan. Bila sampai saatnya, saya pasti kembali ke shah alam.

Hidup mesti diteruskan. Pasti ku menunggumu...

Saturday, August 8, 2009

Seminggu bercuti

Pada mulanya, saya menaip banyak sangat komen di facebook. Mungkin gian untuk menulis datang kembali.

Sangat bersyukur dengan cuti yang tak disangka ini. Cuti seminggu ini adalah keputusan pihak sekolah apabila diambik kira tahap kesihatan peljar sekolah saya yang ramai sakit2 sejak akhir2 ini.

Mengetahui berita gembira pada petang rabu, saya terus tidak membunag masa membeli tiket utk pulang ke trgnu pada mlm itu juga.

Kini 3 hari sudah berlalu, saya masih lagi bercuti di kampung. Bahagianya.

Semalam dan hari2 sebelum ini, saya mengaku saya suka sangat tidur dan badan saya terasa sangat keletihan yang teramat. Ini mungkin , disebabkan saya baru sahaja sembuh demam dan kelihatan dengan mengajar serta stress2 yang muncul tanpa di idamkan sepanjang minggu lalu.

Namun , hari ini kembali normal, saya semakin aktif dan mula seperti sedia kala.

Saya rasa sangat bersyukur hari ini , apabila kesihatan saya semakin baik, batuk semakin berkurangan berbanding dengan minggu lepas .

Beringatlah apabila kita sihat, lakukan ibadat dan kerja2 yang berfaedah dengan bersungguh2 kerana apabila kita sakit kita tidak mampu untuk menyemprnakan dengan baik sesuatu pekerjaan.

Ingat 5 Perkara sebelum 5 PERKARA..

Kadang-kadang kita lalai dengan 5 perkara yang Allah pinjamkan kepada kita. Contohnya kesihatan yang baik.

Ada yang guna kesihatan yang baik, untuk bersuka ria secara berlebih-lebihan atau melampau..
Tak ingat dunia , macam kita ni hidup selamanya. Namun bila sakit baru sedar yang nikmat tu pemberian Allah. Selalunya kita, susah benar untuk mengambil masa yang banyak untuk Nya. Kita boleh lihat bila time bersolat. Masing2 memendekkan wiridnya, mempercepatkan solatnya dan melambatkan menunaikan solat. Tapi bila time naik keluar bershoping ke, berdating ke, cepat je nak bersiap.
Bersiap pun satu..kita seperti tidak endah dengan cara kita pakaian kita bila kita hendak menghadap Allah Maha Agung, namum kita sangat titik beratkan bila kita hendak berjumpa orang lain contohnya nak keluar berdating or keluar untuk berhibur.

Siap pergi mandi dulu sebelum keluar untuk berhibur, tapi bila nak meghadap Allah, nak gosok gigi pun tak..

Yang mana satu kita agungkan sekarang ?

Kita pasti geram dan benci bila ada yang tak kenang jasa. Samalah macam kita, kamu pernah fikir atau tidak..dengan kesihatan yang Allah bagi kepada kita, tapi kamu balas dengan solat 5 waktu yang tidak sempurna dan lambat menunaikannya. ...


Fikir2kan lah...


Semoga Esok adalah lebih baik dari hari ini...

Wednesday, August 5, 2009

Kenapa manusia ...




Sakit hati mengenangkan sikap manusia yang suka mencari kesalahan orang lain...