aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 6, 2011

Delicate soul






Hari ini sudah berlalu. Dan Esok adalah masih rahsia.
Hadapilah segala kemungkinan dengan redha.


p/s: mahu tidur di tepi air terjun diatas batu sungai...

Tuesday, July 5, 2011

Kadang-kadang saya hilang semangat

gambar hiasan :)


Kadang-kadang saya hilang semangat untuk mengajar. 
Tenaga ini dikuatkan, dikumpulkan, dan seterusnya digagahi kaki untuk menghayun memasukki kelas untuk menunaikan tanggunjawab yang cukup besar .
Sudah 6 bulan mengajar di sekolah itu. Penuh ragam. Kadang-kadang terfikir sayakah orang yang sangat beruntung dapat mengajar di situ. 
Cuba berfikiran positif. Walaupun sedetik cuma. Cuba untuk berfikiran dan bertindak positif.

Hari-hari mendatang, berikan aku kekuatan lagi untuk lalui semua ini. Usahlah mudah putus asa dengan takdir ini . 
...................................................................................................................................................................

"Tak payoh semangat sangat lah ngajor budok2 sekolah ni "
"Bakpe?"
"Budok-budok bukan nok belajo sangat"

Huh...macam-macam ayat yang mengecewakan dari mereka yang dikatakan senior.