aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 30, 2010

Bila pening

"Pening"..

"Nah minyak kapak, sapu laa"


"Pening lagi..., kenapa semua ini berlaku pada aku....kenapa...!!!!!!!!!!??????????"
Naim menjerit sekuat hati.

Dia berkira-kira tentang kehidupan yang telah dilaluinya. Banyak yang sedih dari gembira.

Dia mula merasakan tak senang duduk. Gelisah. Ke hulur ke hilir.

Kenapa orang disekelilingku masih tak meghargai diriku...

"Aku jahat sangat ke?........"



to be continued...kalau tak samabung2..sila sambung sendiri...........hehe

Thursday, July 29, 2010

Menipu diri sendiri

Align Center
Sebelum memulakan artikel kali , saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang kehidupan saya serba sedikit. Sejak bercuti panjang ni. Selain belajar menjahit baju pakaian wanita. Saya juga belajar menjahit manik, pada setiap hari sabtu. Sabtu ni, adalah sabtu terakhir kelas itu diadakan,..=(

The bling-bling..saya suka manik dan labuci. Ada sape-sape nak hadiahkan saya manik-manik dan labuci2.....Sejak bercuti panjang ni. Saya suka benda pelik-pelik.Pelik tapi benar. Kadang-kadang, ada jugak fikir pasal HANTU!..ni semua sebab munasabab yang telah berlaku pada saya dan adik-adik baru-baru....

Ok..

...........................................................................

Menipu diri sendiri.

Kalau dulu kat sekolah cikgu ajar menipu diri sendiri maksudnya berbohong atau jadi penipu diri sendirila kan?

Kali ni saya nak cerita berkaitan itu jugak. Kadang-kadang kita tak perasan kita banyak jadi penipu besar utk diri sendiri.

Kita berjanji nak buat tu nak buat ni. Tapi kita tak buat pun akhirnya .

"Esok, aku nak bangun awal-awal, nak solat subuh nak baca quran, nak kemas rumah , ....."
kata si minah dalam hati..

Esoknya...si minah tidur zzzzzz...subuh pun tah ke mana..quran pun tah kemana..

Kisah si minah tu adalah salah satunya.
Banyak lagi kisah lain.

Kenapa boleh jadi macam tu.. Kenapa malas sangat dan menipu diri sendiri?.. Pastu kita pandai2 buat jawapan dari sifat kemalasan kita ?..

Bagaimana nak kurang sikitla dari menipu diri sendiri tu?..Slow-slow ok!..

Kita lemah...Mana mungkin kita nak berubah secara mendadak. Kalau mampu pun, kita cepat jadi KO nanti. Jadi, nak kita lebih kosisten dengan niat baik kita. Baik kita mula perlahan-lahan menjalankan niat-niat positif kita..


Kita tak boleh nak ubah apa-apa melainkan kita sendiri bergerak dan bertidak!.

Bagaimana air boleh masuk dalam mulut.. Kalau tak tangan kita sendiri tak ambik gelas dalam isi air dan seterusnya menghalakan ke mulut.

Tadi saya sempat membaca status fb ust kegemaran saya iaitu UST Zaharuddin.

Katanya yang lebih kurang seperti ini. Jadilah motivasi diri kita dengan berpangkalkan Allah S.W.T. kerana dengan berpangkalkan benda lain ianya tiada kekal..

Hanya Dia yang KEKAL selamanya.

Ok..selamat beramal =)


p/s: doakan saya yang bakal pergi menjawab soalan insak pada 5 ogos 2010 nanti , ini semua bagi memenuhi 'tuntutan" kpm sebelum guru-guru di hantar posting..

Tuesday, July 20, 2010

Saya sensitif !

Saya rasa ini adalah sajak yang dinukilkan oleh dr maza ini tepat untuk suasana di Malaysia sekarang. Dimana harga Barang Naik ...

Salah satu yang terlintas difikirana saya adalah dimana ini semua salah satu dari bala' yang ALLAH turunkan kepada kita kesan dari perbuatan kita jua.

Fikir-fikirkanlah........
................................................................................................................................
MANA PERGI SUBSIDI


kalian
rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..
kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..

kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

dr maza
July 2010

Tuesday, July 13, 2010

Ketika cinta bertasbih

Ketika hati ini lemah dan lemah di perjalanan ini.

Seringkali hati ini jua yang seperti berkata-kata kepada anggota-anggota lain supaya kuat.

"Bukan mudah untuk ke syurgaNya..." gertak Hati pada darah-darah yang mengalir.

Darah-darah tadi yang bergerak perlahan kini laju dipam-pam ke seluruh anggota-anggota badan lain.

Tangan mencapai quran yang kadang-kadang kesepian.

Mata mula melihat satu persatu huruf dan mulut mulut menjalankankan tugasnya.

Hasilnya , suara membaca kalimah-kalimahnya dilafazkan.

Ada perasaan yang mengganggu. Tapi HATInya kuat mengatakan

"Apa-apa pekerjaaan, kena paksa diri..kalau ikut selera, samalah kita dengan manusia-manusia yang bertuhankan NAFSU.

................................................................................................................................................................

Ketika manik-manik putih bercucuran dipipi..menahan rasa sedih kerana tak dapat ke majlis ilmu yang dirindui.

Hati itu jualah yang memujuk..

"Sapulah airmata mu, sesungguhnya orang yang merindui majlis-majlis ilmu serta rumah-rumah Allah, akan di berikan ganjaran diakhirat kelak".

Ketika dirinya dipilih Allah menjadi tetamu ke rumah nya..

Hati jualah tidak berhenti2 bersyukur..

"Alhamdulillah..tenangnya aku..'

Kaki-kaki jua menjadi saksi ..Ya menjadi saksi..

Menjadi saksi ketika berpijak-pijak di bumi ini ke majlis-majlis ilmu..

Tangan yang betah menulis. Agar satu hari nanti, apa yang ditulis ini menjadi peringatan untuk dirinya..

................................................................................................................................................................

Namun, kadang-kadang hati betul-betul terluka..sedih tak terperi...

Di waktu itu, hati jua kena bangkit segera. Agar tompak-tompak hitam tidak dipenuhi...

Friday, July 9, 2010

Kami merempit kerana bosan

Semalam saya berpeluang menonton rancangan 999 bersama keluarga di rumah.

Tak sabar-sabar nak tunggu segmen aksi-aksi merempit di Kuala Terengganu.

Mata saya membulat melihat aksi-aksi mereka di jalan raya.

Macam-macam aksi.

Memang kreatif dan berani si mat-mat rempit dijalanraya.

"Tak jatuh ke tertonggeng macam gitu?" tanya saya kat abang saya.

Abang saya menjawab
"Kadang-kadang jatuh jugak.nasib la..Semua tu bergantung pada "pro" ke tak..Kalau nasib tak baik..masuk kubur awal la"

Perempit-perempit ini biasanya merempit pada malam jumaat dan sabtu. Ini kerana pada hari Jumaat , terengganu cuti. Mereka menunggang motosikal secara bahaya dan mengganu ketenteraman awam. Saya rasa kamu tahu macam mana bunyi yang tak enak dan keadaan mereka menunggang kan?..

Jalan-jalan yang biasanya mereka merempit biasanya di jalan durian burung dan jalan sepanjang stadium gong badak.

Melihat aksi-aksi mereka, membuatkan kami mengucap panjang.

Tak lama selepas itu, wartawan ada menemubual perempit2 dan bengkel yang selalunya si merempit pergi renovate motorsikal mereka nak bagi lagi "power".

Saya mengetahui lokasi bengkel yang jelas dipaparkan. Bengkel itu tak jauh dari rumah saya.

Semasa sesi temebual itu...
(lebih kurang apa yang ditemubualkan)

Wartawan dan tuan punya bengkel.

"Kenapa ramai sangat suka merempit secara bahaya ini?"

" Kat sini mana ada pawagan-pawagan..tak ada hiburan sini. Sebab tu mereka merempit. Bosan tak ada apa2 kat sini. kalau ada pawagan-pawagan boleh jugak berhibur kat situ."

Terkejut saya, mendengar statement ni.

Saya dan abang saya saling berpandangan. Terkejut dan akhirnya tergelak.

Boleh plak sebab tak ada pawagan jadi alasan nak pergi merempit.

Tiba-tiba teringat lirik lagu ..

"Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah"

Kalau berhibur dan akhirnya kesan berhibur itu memberi kesan buruk atau tidak memberi manfaat kepada kita, adakah itu dikatakan hiburan yang "terbaik" itu kita?


Pawagan ?..kenapa kalau ada pawagan tak merempit la.?..Statement kelakar la bos bengkel ni...

Bgai saya, negeri2 yang tidak ada pawagan ni , mereka ni sudah dapat mengelak banyak benda yang boleh membawa kesan tidak baik pada mereka.

Satu, buang masa. Kedua, buang duit. Ketiga , dapat elak dari maksiat2 yang lain. Contonhya, bawak bf or gf ke pawagan dengan memboceng motosikal or ape jenis kenderaan( berdua-duaan)

Kalau macam tu..apa hiburan yang baiknya?

Sebelum tu, nak tanya , kenapa nak berhibur?

" Nak mngisi masa lapang" jawab seoarang mat rempit yang sudah terlantar di hospital.

" Hmmm, yela, hujung-hujung minggu nak rehat-rehatkan otak..tak nak fikir pasal kerja. Stress la fikir pasal kerja je..." jawab mat rempiut yang "pro" dan masih panjang umur.

Yang pasti kita, berhibur untuk tenangkan fikiran kita.

Yang pasti jua, kita berhibur untuk melepaskan lelah yang sudah kita hadapi dan mencari kedamaian agar sekembali kita pada kerja kita, kita semakin lebih bersemangat untuk melakukannya lagi.

Kalau macam tu..bagaimana nak menmghasilkan ketenangan dan kedamaian itu ?

Jawabnya...

Sebenarnya...

Ianya dekat dengan kamu..kembali padaNya..

Mungkin kita terlalu pandai dan bijak menghitung hiburan-hiburan dunia untuk menciptakan kedamaian yang kita idamkan. Sehinggakan kita lupa, hiburan yang Allah jadikan utk kita abaikan dan memandang sebelah mata.


Untuk berhibur tiada salahnya...yang terbaik..pilihlah hiburan yang membawa kita ingat padaNya..







Thursday, July 1, 2010

Kerana CINTA

Bila seseorang cinta pada sesuatu, sudah pasti lautan luas sanggup direnangi.

Begitu jualah cinta manusia pada sesuatu..pada sesama manusia atau sebagainya.

Ada yang tengah dalam dilamun cinta sanggup menipu kedua-dua orang tua, semata-mata mahu berjumpa kekasih hati yang berada jauh dengannya.

Tapi ada jua yang cintakan ilmu, sanggup buat apa saje untuk mencari ilmu dan keredhaanNya..
Cinta ILMU, cinta yang hebat.


Saya begitu kagum dengan makcik-makcik yang sekarang menjadi teman saya setiap malam dan pagi jumaat..

Rajin mencari ilmu.

Tidak pernah mengeluh.

Tidak menjadikan tanggunjawab yang mereka ada di rumah sebagai halangan untuk ke surau atau majlis ilmu.

Pandai menguruskan masa. Lagi hebat dari seoarang pakar yang arif dalam memberi syarahan pengurusan masa, namun dia sendiri kelemasan dek kurang pengurusan masa yang efektif.


Saya ditemukan dengan mak cik-mak cik yang HEBAT. Walaupun mereka suri-rumah sepenuh masa. Tapi kata-kata mereka bernas dan begitu menyentuh hati saya.

Kenapa saya tak serajin mereka menuntut ilmu. Sedangkan saya tidaklah sesibuk atau seletih mereka menguruskan kehidupan seharian.

"Esok pagi-pagi buka la tv, ada ceramah kat tv" pesan mak cik yang saya kagumi.

Saya mengiyakan sambil menganggukkan kepala.

"Hm..mak cik ni, kalau tak paksa diri nak baca quran lepas subuh, mesti tak ada masa dah nak mengaji. Banyak sangat kerja kat rumah," luah makcik itu.

Saya bersetuju dengan apa yang mak cik itu kata. Dalam proses mentarbiyahkan diri kita, kita perlu ada sikap memaksa diri dalam perbuatan yang baik itu pada peringkata awal. Contohnya, seperti apa yang mak cik tu lakukan. PAKSA DIRI untuk mengaji.

Saya yakin dia sekarang sudah menjadi rutin membaca quran selepas subuh.

Teringat kata-kata Pakcik semasa usrah,

"Kalau tak boleh menangis semasa berdoa...Kamu kena paksa diri kamu menangis. Lama-kelamaan, akan hadir satu naluri yang begitu halus yang menyebabkan kamu menangis keranaNya...."