aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 28, 2009

Berkongsi sebelum tidur

Semakin hari, semakin tumpul skill untuk menulis. Setiap kali nak menulis hanya sekerat jalan je. Selepas tu brek dan terus down...What happenz on me ????

Ok..

Astghafirullahalazim..

Ku tulis ini untuk berkongsi. Bukan pula untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali mencari publisiti murahan...

............................................................................................................................................................................

Hampir tiga bulan sudah saya di kampung . Selepas tamat sahaja praktikal saya di Subang Jaya. Saya terus pulang dan menghabiskan cuti saya dirumah.

Banyak benda yang saya belajar dan hadapi. Saya bekerja, saya jaga nenek saya, saya jadi babysister utk 2 anak saudara, saya masak, saya kacau-kacau adik-adik saya dan banyak lagi..

Semua tu pengalaman.

Seribu satu kenangan.

Ada manis, ada jualah pahitnya...=)

Tiap-tiap malam saya sebelum tidur. Saya dan adik-adik selalu bersembang-sembang atas katil

Oleh kerana, kami jarang tengok tv selepas pukul 10, so banyak la masa kami berbual-bual.

saya bersama adik-adik saya =)


Bermacam-macam topik kami berbual. Dari topik yang kecil hinggalah melarat ke cabang-cabangnya.

Lama-lama saya sedari, kami bukan berbual kosong. Tapi berisi. Bagi saya ianya banyak mengingatkan saya. Dan dari berbual-bual itu, saya tahu siapa adik saya. Dan adik saya, tahu siapa saya.

Pada suatu malam..saya adakan satu permainan refleksi...

Dimana semua kena cakap. Oleh kerana saya ni yang paling tua. Saya yang yang cakap dulu.

Mula-mula saya cakap apa kekurangan yang saya sedari dalam diri saya. Saya banyak berkata tentang hormon dan emosi. Rupa-rupanya perkara ni juga dialami oleh adik-adik saya.

Kami berkongsi rasa apa emosi yang dirasai bila "datang bulan" dan kami kongsi cara nak hadapinya.

Oleh kerana, kami semua dari kaum istimewa, Allah jadikan sedikit kelemahan dalam tubuh wanita. Itu kita berfikir... Kami tak jadikan kelemahan itu sebagai halangan. Namun kami berusaha pertingkatkan diri agar kelemahan itu tidak menjadi satu halangan yang besar buat kami.

"Kalau ayu, bila datang emosi tak stabil. Ayu mesti naik basikal petang-petang." luah ayu..

"Kakak pulak, kakak kuat berzikir dan kalau tengok kakak duk sorang-sorang tu. Tu tandanya kakak tengah berlawan dengan emosi.Bukan menangis. Cuma cuba tenangkan diri sendiri" luah saya..

Begitulah kami berempat.

Perbezaan umur antara kami bukan penghalang..

Kadang-kadang, saya suka cerita tentang kehidupan di Universiti. Sehingga adik saya takut plak. Dan menyimpan cita-cita nak masuk maktab seperti adik saya yang pertama.

Namun saya selalu kata macam ni..

"Kalau Allah hantar kita kat mana-mana pun, sebenarnya tempat tu kte boleh adapt dan boleh survive.. Cuma kita mungkin tak bermotivasi untuk tahan ujian yang dihadapi.."

"Dulu masa kakak kat matrikulasi, kakak pernah fikir nak keluar. Tensionya melampau.. Rasa nak menjerit. Jauh dari mak ayah..Tapi selalu ingatkan diri yang Allah tak bebankan hambanya jika hambaNya tak mampu lalui..Alhamdulillah, semuanya ok.."

Sebagai seorang kakak saya tak terlepas ingatkan adik-adik saya tentang soal cinta. Soal hangat saya kira dengan umur kami ini.

Kadang-kadang apa yang kami dengar kat surau. Saya bincangkan balik di bilik kami..

"Ingat tak ustaz Azhar cakap apa tadi?" tanya saya kepada adik-adik saya..

"Bercinta sebelum kahwin itu haram kan kak..."jawab salah satu adik saya.

Saya bukan kakak yang terbaik untuk dicontohi. Saya garang....kerana saya juga manusia bukan malaikat!...

Namun, saya tak sanggup tengok saudara yang kusayangi tidak dilandasan yang betul.




Saturday, December 26, 2009

Pesawat mainan yang hilang..




Saya rasa ini post kali terakir untuk tahun ini. Kalau ada pun maybe satu post lagi kut.

Pagi tadi, saya ada baca surat khabar pasal enjin pesawat negara kita hilang. Sebelum tu, saya dah tahu info tu. Tapi tak jelas sangat. Ianya membabitkan kos 50 juta. Mungkin anda dah semua tahu..kalau tak tahu lagi..anda boleh search kat google dengan menaip enjin pesawat pejuang boleh hilang.

Saya rasa sedih pulak jadi rakyat Malaysia ni.

Kenapa?

Sebab ada yang orang atas-atas dari kita yang senang nak cakap pemimpin kita la..yang tak "boleh diharap"

Bukan nak cakap pasal politik sangat.

Cuma rasa semua ni, patut dihebohkan. Malangnya..kat tv tak la bising-bising sangat. Biasalah..kalau isu kerajaan ni, memang selalu tak nak rakyat tahu.

Pelik tapi benar.

Enjin pesawat bukan seperti enjin pesawat mainan budak. Ni enjin pesawat PEJUANG..

Kalau enjin pesawat mainan budak, bolehlah letak dalam poket.

Kalau orang yang tak ada kuasa, mana mungkin enjin tu sudah terjual di Eropah.

Mesti ada DALANG YANG POWER!

Sebelum ni, saya rasa tak perlu saya cakap pasal isu semua ini disini. Tapi sekarang, saya rasa kalau benar dan ianya bermanfaat untuk orang lain tahu. TAK SALAH SAYA nak menulis disini.

Kat suratkhabar tu jugak, ulama pesan kat blogger. Kalau nak tulis sesuatu biarlah berhati-hati. Kadang-kadang blogger ni main hentam je..Tak tahu kesahihanya, tak ada bukti pastu mengata-ngata. Tak ke FITNAH namanya tu!...


.......................................................................................................................................................................



tidur...(gambar ni saya ceduk dari blog langitilahi.com)..hope dia tak kisah=)



Tuesday, December 22, 2009

Rasa ITU



percaya dan terus percaya.....

Terasa sangat gembira saat ini. Walaupun dah sampai masa untuk tidur. Dan perlu tidur.

Tapi rasa tak puas kalau tak menaip lagi.

Bila Allah bagi perasaan gembira kepada kita, kita syukuri. Walaupun secara tak sedar, banyak sangat kurniaan yang melimpah ruah kepada kita telah DIA bagi. Dan patut disyukuri. Cuma kita je, tak fikirkan segala kurniaan itu..Hanya mengharap yang lebih dari apa kita ada.

Contohnya..

Allah bagi kita makan. Ada orang sakit tak boleh makan. Sebab mulut ulser..atau bahasa saya..mulut "netup"


Bila Allah bagi kita sedih. Sehingga rasa sangat-sangat tak gembira dengan hidup ini..

Apa anda buat?

Terjun bangunan ker?..Kalau saya, saya sedaya upaya nak kikis nak remove perasaan yang sedih bangat tu.. The best part , bila kita sedih. Kita menangis.

Ya kita menangis..Menangislah sepuas-puasnya. Kerana airmata dapat meleburkan hati yang keras.

semoga sihat =)

Selepas menangis..andai rasailah sendiri..tak tahu rasanya?..

Rasanya hebat sekali..hebat..

Rasa tenang, kembali kuat..dan semakin tabah..inshaAllah..

Mungkin sebab itulah Allah suruh kita bangun malam hari, dan menangis padaNya. Mengadu kepadaNya..dan terus mengadu..

Mungkin sekarang, Allah pinjamkan kegembiraan itu untuk saya. Mungkin esok lusa, rasanikmat gembira itu bertukar sedih kembali.

Namun ingatlah, yang langit tak selalunya cerah. Selepas cerah, pasti datangnya mendung, dan mungkin jua hujan..Mungkin jua hujan renyai-renyai ataupun hujan berserta kilat ..Dan mungkin menyebabkan banjir yang berhari-hari lamanya...

Semoga kita semua semuanya dalam keadaan baik. =)

Semoga kita semua percaya apa yang patut kita perlu percaya.

Pesanan buat ibu bapa


budak ni dibuang dalam tong sampah dekat komuter , sebab ayah dia curiga kat mak dia..(kureng asem betul ayah).








didiklah anak-anakmu dengan kata-kata yang terbaik

Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"


Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.


"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w


"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN

Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

4 Muharram 1431 H

21 Disember 2009

........................................................................................................................................

Entri ini diambil dari artikel ustaz zaharuddin.. Saya sangat suka artikel ini. Etah lah..sejak dua menjak ni..rasanya, artikel-artikel seperti ini mendapat perhatian dari saya.

Kita baca, kita belajar..

Kita ambik , kita muhasabah...

Mungkin, kalau kita anak..kita perbaiki diri untuk menjadi anak yang baik.

Mungkin, kalau kita bapak atau mak.., kita perbaiki diri untuk menjadi ibubapa yang baik.


Monday, December 21, 2009

Ilham itu MILIKNYA..



"Niza tulis blog, buat draft ker dulu?"

" Tak ..Terus tulis apa yang nak ditulis. Idea tu datang dari macam-macam. Kebanyakan rutin harian la..."

Memang saya menulis tak ada draft. Saya akan terus menulis apabila datang idea. Tapi kalau datang idea masa masak ker masa tengah tgok TV ker. Saya akan simpan dulu. Dan cuba ingat apabila mengadap laptop ni.

Sebenarnya nak menulis susah jugak. Bagi saya, sumber inspirasi saya nak menulis disini apabila saya banyak membaca. Bila saya banyak baca. Banyak jualah nak kongsi atau nak tulis disini.

Saya banyak baca buku. Buku pun pelbagai. Dan saya jugak akan baca blog-blog orang juga.

Kalau nak membaca untuk cari ilham tu, saya pilih pelbagai jenis blog dan buku. Tak kira dia siapa . Yang penting saya dapat ilham.

Kadang-kadang tu, buku teks adik saya tingkatan 3 pun saya baca jugak.



Bagi saya, kalau nak ilmu kita boleh MEMILIH. Kalau memilih sangat, memang sempitlah kita punya ruang dan peluang untuk mendapatkan ILMU.

Satu lagi. Saya cuba tak pandang enteng buku-buku orang yang kita tak suka. Contohnya, kalau kita tak suka falsafah orang "puteh". Kita tak baca langsung buku falsafah orang "puteh"..Sedangkan ada satu hadith mengatakan yang kutiplah dimana jua ada mutiara di muka bumi ini...







Kalau kita dah set mind kita, tak lih baca tu tak boleh ni.. Kita dengan secara tak sengaja..Memang tak boleh hadam buku yang kita tak suka.


Sedangkan banyak sangat ilmu dalam buku tu.


Kalau kita sudah berjaya menulis plak..Janganlah fikir kita hebat sangat...Sebab yang datangkan ilham menulis semuannya datang dr Allah..


Sunday, December 20, 2009

Itu ini



Tazkirah diri:


Allah bagi kita penyakit, lalu kita lemah.

Allah bagi kita kesihatan yang baik, kita kuat.

Ada Allah bagi hambaNya dengan kesihatan yang baik. Jarang ditimpa sakit. Tapi hambaNya jarang betul-betul gunakan peluang itu untuk beribadat kepadaNya.

Ada pula, Allah menguji hambaNya dengan pelbagai penyakit, seribu satu sakit. Tapi masih jua tidak berfikir dengan batu-batu ujian yang dilemparkan itu.

Kadang-kadang Allah lemparkan banyak ujian kepada hamba-hambaNya agar menyedari yang lebih berkuasa adalah DIA.

Begitulah hidup...

Jangan mengeluh...Allah jadikan semua benda adalah bersebab. Allah jadikan sakit, adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Dan disamping itu membuatkan kita berfikir.
.......................................................................................................................................................................


"Mak, kenapa asyik pening-pening je sekarang"

"Esok pergi check la, mungkin darah rendah kut" balas emak

"Sakit ni pelik la..ker sebab "spek"..?"

Hm..tu la pakai spek suke hati je. Bila sakit baru nak pakai spek. Kesian kat mata.

Tak baik betul. Allah bagi mata, tapi tak jaga betul, Sampai sakit2 dia.

Friday, December 18, 2009

Tuhan pun TAHU




Tadi tengok tv yang dilakonkan oleh shiela rusly dan afdlin shauki.

Bukan nak tulis sinopsis cerita kat sini. Cuma nak kongsi apa yang saya fikir dan kesimpulan dari cerita itu.

Bagi saya cerita itu BANYAK membuat saya terfikir dan bagi yang lain saya rasa tak kurang juga..banyak "moral values" yang boleh kita ambik dan fikirkan.

Cerita yang mengisahkan CINTA yang tak ada tujuan, tak arah yang betul.

Mula-mula, perkahwinan mereka itu antara shiela dan afdlin adalah bahagia. Namun bila dah usia pekahwinan mereka semakin meningkat. Iaitu makin banyak tekanan, tanggunjawab dan masalah. Mereka mula gelisah dan mencari-cari..adakah ini dinamakan cinta sejati?..

Si isteri sibuk melayani anak-anak. Si isteri dahagakan kasih sayang dan juga perhatian dari si suami.

Manakala, si suami pula tertekan dengan tanggujwab seorang suami mencari nafkah tanpa menyedari dia melupakan untuk memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak dan suami.

Lebih parah lagi, apabila si suami sakit yang menyebabkan semuannya terbatas. Si isteri mula berasa bosan dengan rutin hariannya termasuk menguruskan si suami yang sakit. Si isteri yang kurang bimbingan agama ini, mudah sahaja tergelincir dari landasan yang betul. Dia mula liar dan tak dapat dikawal..
..........................................................................................................................................................................


Cerita ini adalah cerita yang saya kira barangkali adalah REALITI kebanyakan kehidupan artis zaman sekarang. Bahkan kebanyakan orang biasa yang kurang didikan agama.

Semalam semasa berbual-bual dengan mak saya depan TV..Tiba-tiba mak mengatakan

"Patutlah bercerai-berai, tak kawin lagi tapi aksinya macam dah kahwin. Bila dah kahwin, cari makan dari sumber haram pulak. Pastu bagi anak bini makan dengan hasil titik peluh haram. Bila adalah masalah sikit, memanglah senang untuk ambik jalan singkat jer..Terus cerai je .."

Bila dengar orang nak kahwin, semua nak kahwin. Fikirnya mudah. Tak fikir panjang. Memanglah Allah ada memberi rezeki. Namun kita ?..adakah bersedia dengan senjata untuk menghadapinya?..

Lagikan ulat dalam batu pun Allah bagi makanan. Apatah lagi manusia. Itu bab rezeki. Tapi Allah takkan bagi makanan kat ulat tu tanpa ulat itu mengorek-gorek lubang untuk cari makanan..

(Wah nak masuk bab cinta lagi ker?..aishh..=P)

Saya bukan anti cinta. Tapi saya suka cinta. Tanpa cinta tiadalah saya.

Tanpa cinta Allah , tiadalah kita.

Cinta bukan adalah perasaan seronok bila berdua tanpa ikatan yang sah.

Cinta bukan adalah perasaan yang sangat tenang apabila menikmati malam yang indah sambil bersaksikan bulan dan bintang bersama insan yang teristimewa..

Cinta memerlukan kasih,

kasih memerlukan ilmu,

ilmu perlu diguna,

GUNA PADA TEMPATNYA...

Andai mandi tak basah kerana cinta. Saya kira salah perumpaan tu. Mana ada mandi tak basah. Mandi tak bawak ketenangan ada lah.. Biasanya kan kalau sudah mandi, rasa lega sikitkan?

Hmmm, kalau sebelum kahwin fikir tak nak anak. Saya rasa tak yah kahwin kut. Nanti anak tu jadi mangsa pulak.

..........................................................................................................................................................................

Mengapa si isteri tadi boleh kata macam ni

"Saya bosan dengan kerja saya memasak, mengurus anak-anak lah ..awk silap..saya TAK perlukan kereta yang mahal, barang-barang yang mahal...tapi saya perlukan kasih sayang awk.."

Saya kira, mungkin si isteri rasa sangat penat. Rasa tak dihargai. Saya pun kadang-kadang rasa penatnya buat kerja. Tak ada upah pun..

Tapi ingatlah..itukan tanggunjawab kita semua..Tanggunjwab seorang isteri. Membantu si suami menjaga keluarga dengan baik. Tanpa ikhlas pasti kita rasa bosan dan tak dihargai..

Namun, bagi saya adalah tidak patut si suami langsung tidak menghiraukan penat lelah si isteri, Hargailah dia.. Dengan pelbagai cara. Memberi senyuman, pujian adalah the simple things yang saya kira boleh dilakukan. Yang boleh membangkitkan rasa sayang antara suami dan isteri..

..............

K la dah terpanjang..

Andaikata nukilan ini ada cacat cela. Boleh komen dengan menggunakan akal..

Dan andaikan tak cukup bernas saya tulis ni..maafkan saya..saya menulis bukan dasar pengalaman saya. Namun hanya hasil pembacaan saya. Saya insan biasa..



=)



Thursday, December 17, 2009

Mengapa ayah ceraikan ibu?



"Kenapa tak buat kerja sekolah ni" tanya saya sewaktu saya bekerja sebagai guru ganti sebulan yang lalu...

"Ala cikgu ni..."jawab Damia Syazwina.

"Damia, dah banyak awk tak buat kerja sekolah saya bagi" saya bersuara lagi sambil menahan sabar yang amat.

Dia diam sambil bermain dengan alat-alat tulis dia di atas meja. Lagaknya tak pedulikan saya. Lagaknya saya ni tunggul.

Selepas mengetahui perkara sebenar yang berlaku pada Damia. Saya lebih berfikir panjang untuk bercakap dan slow talk dengan dia. Dia menjadi mangsa keruntuhan rumah tangga ibubapanya. Mana mungkin dia memahami erti perceraian antara kedua ibuabapanya. Mana mungkin dia dapat menerima dengan baik kisah perpisahan ibubapanya.

Dia masih kecil.

Anak kecil yang berumur 8 tahun yang dahagakan belaian kasih sayang ibubapanya.

Sangat memerlukan perhatian orang yang disayangi di sampingnya.

Suatu hari, saya terasa begitu hangin dengan Damia Syazwina. Tiba-tiba, suara saya meninggi tak seperti sediakala. Tangan saya mengigil. Rasa nak cubit sekuat hati. Mata saya panas bila melihat dia. Degupan jantung saya pantas berdegup.



Tiba-tiba, kerana perasaan sejuta kali bersalah kepada anak kecil ini muncul.

Masa tu, barulah saya mula beristighfar. Memandang keluar bilik darjah. Dan terduduk sambil mencari kekuatan saya supaya berkelakuan relevan sebagai seorang guru.

Bila kekuatan itu datang...Saya pergi dapatkan Damia.

"Damia, kenapa awak tak buat kerja saya"..

"Kenapa cikgu kisah sangat saya buat atau tak..?.."

"Sebab saya sayang awk"

Die mencebik..Mungkin dia rasa saya berlakon dan dialog saya guna same je dgn guru lain.

"Saya bukan sayang awk seorang je..Saya sayang semua anak murid saya." saya saje menambah.

"Damia, awk rindu mak awk ker?.."

Dia memandang saya dengan wajah pelik.

"Cikgu tahu ker ibu saya kat mana?"

"Saya tahu. Ibu awk kat KL kan?..Cantikkan?...Heheh...Putih..?"

"Macamaner cikgu tahu"..

"Saya kan cikgu. Mestilah kena tahu serba serbi. Kat sekolah, saya pun awk ibu awk gak"..

Dia tergelak.. "Cikgu, cikgu tak kahwin lagikan?"

"Aah.kenapa?"

"Cikgu kahwin dengan ayah saya la. Boleh jadi ibu saya kat rumah. Saya sunyi tak ada ibu..Orang lain ada ibu. Lagipun, cikgu ni macam muke ibu sayalah..."

Saya tergelak. Macam-macam Damia.

"Awk sanggup ker saya ganti tempat ibu awk.Awk tak sayang mak awk ker"

" Sayang sangat. Tapi ibu bukan ada kat sini. Pastu telefon pun jarang-jarang. Kalau cikgu jadi ibu saya. Kita boleh shopping, cakap-cakap, tolong saya buat kerja sekolah kat saya..masak untuk saya.."

Saya terdiam..Seribu kali diam. Memang sah Damia sangat rindukan mak dia. Rindukan belaian seorang ibu.

Perlahan-lahan..saya gosok kepala Damia yang dilitupi tudung putihnya. Dia kelihatan bahagia dengan senyumannya...

.........................................................................................................................................................................

Sebenarnya saya rindukan murid-murid saya dan juga pelajar-pelajar saya.

Yang mana saya pernah berpraktikal (SAMBEST, USJ 5) dan juga bekerja sebagai guru ganti (SK LADANG, KUALA TERENGGANU) baru-baru ini. Banyak pengalaman yang tak akan dapat oleh orang yang bukan bergelar seorang GURU.

Sehingga kini, wajah-wajah keriangan serta mimik muka yang suka duka mereka terbayang di minda saya.

Banyak saya belajar dari mereka.

Mereka mengajar saya erti SABAR.

Berbalik kes Damia. Dimana hampir setiap hari, bila saya ada masa. Saya berborak-borak dengan dia.

Lama-lama kami jadi baik. Dan saya memahami hatinya. Mungkin tak sedalam keperitan yang dilaluinya.

Dia selalu mengajukan persoalan yang pelbagai tentang ibu dan ayahnya kepada saya. Yang kadang-kadang saya terpaksa jawab dengan penuh berhati-hati.

Saya selalu cuba memberi motivasi kepadanya. Cuba buat yang ada lagi yang masih menyayanginya. Dan juga, cuba mengatakan yang ibunya sangat mencintainya. Sehinggakan saya kadang-kadang terpaksa mereka-reka cerita tentang kisah kawan saya yang mangsa perceraian ibu dan ayahnya, tapi sangat berjaya dalam hidupnya.

Saya bukan penceramah motivasi sehebat Dr fadzilllah kamsah. Jauh sekali. Tapi saya cuba. Kerana dia murid saya. Oleh itu, itu tanggunjawab saya. Tanggunjawab saya yang tak boleh dilepas begitu sahaja.

"Semoga Damia Syazwina sihat, dan Ya Allah, berikan kekuatan kepadanya agar dapat dilalui sepenjang perjalanan kehidupannya..."


Wednesday, December 16, 2009

Bukan yang terbaik


Bila mana ada antara kita bercakap tentang agama. Terus kita memandang tinggi padanya. Seterusnya mengatakan dalam hati yang dia sempurna. Dia yang terbaik. Bila mana ada cacat cela pada dia, terus kita melabelkan dia " cakap je lebih, buatnya tak".


Kita seolah-olah mengatakan yang golongan yang suka memberi nasihat tentang agama ini sangat sempurna hidupnya. Sedangkan mereka juga manusia biasa jua. Manusia yang bisa membuat dosa. Bukan manusia yang maksum.

Suka melabel sana sini, seringkali dijadikan satu isu atau topik hangat. Tanpa ada sekelumit perasaan bersalah, lemparan fitnah atau kata-mengata kepada manusia yang suka bercakap pasal agama ni. Tiada satu positifnya, yang negatif sahaja sanggup mereka berfikir dan menyebarkannya.

Bila mana manusia yang baik ini membuat kebaikan. Lalu golongan yang terlebih mulut ini akan terus mempergiatkan senjata-senjata apinya untuk menembak dan membalas bertalu-talu.

Keji?..memang keji.

"Alah, nak tunjuk baik la tu. Dia je yang baik. Masuk syurga la tu..."

"Saje je tu buat baik. Kat belakang macam ****!


Etah mengapa ini merunsingkan saya.

Semasa tahun kedua saya di kampus. Saya hampir putus asa. Hampir tenggelam. Hampir lemas. Hampir nyawa-nyawa ikan bak kata-kata bisa ini.

Baik sangat ker?..tak pernah terlintas SAYA CONTOH TERBAIK. Bukankah gelaran itu hanya layak untuk Rasululullah s.a.w.

Kadang-kadang kita bersuara bukan bukan busybody tak tentu pasal. Bukan nak rampas hak yang dia ada. Bukan nak rampas kegembiraan yang mereka ada. Tapi kita busybody sebab kita sayang mereka. Namun, kasih sayang yang tersalah anggap ini, menyebabkan kita dilabelkan "BUSYBODY".Namun ustaz pahrol joui memberi gelaran itu dengan baik.."busybody cara Islam!..halal lagi terjamin.

Semoga kawan-kawan disana tabah melalui cabaran yang pelbagai di luar sana.

Andai mahu menangis, menangislah padaNya,

Kerana Dia selalu bersedia untuk kita.

Kerana Dia yang Pemberi Ketenangan.

Dan kerana Dia Maha Agung....





Monday, December 14, 2009

POST KE 100: Special edition from sucimurni



"terima kasih kerana membaca blog yang serba kekurangan ini" =)


Alhamdulillah. Saya kira hari ini adalah yang terbaik untuk saya menulis kembali dengan nafas baru. Sebelum ni saya ada tulis nak bercuti 8 hari untuk segala kegiatan saya dengan internet.

Namun, saya kira tak perlu lama-lama sangat. Mungkin masa saya yang akan datang tak selapang hari ini. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menulis kembali.

Seperti tajuk diatas, kali ini adalah entri ke 100 saya. Agak teruja nak menulis untuk entri ke 100.
Sangat berhati-hati pun ada. Perjalanan blog ini, inshaAllah saya akan tingkatkan dari semasa ke sema. Mungkin background blog ni perlu ditukar. Ada siapa-siapa yang nak offer diri tak , nak tolong tukarkan untuk saya?..hehe,

Saya bukan sahaja pentingkan CONTENT blog saya, namun saya kira sekarang adalah masa terbaik untuk menukar backgroud or wallpaper blog ni dan masukkan element-element yang lebih interaktif untuk saya dan pembaca. Wah, cam ramai sangat je yang baca blog kamu ye ?.hehe

Tak kisah ramai atau tidak yang membaca blog saya. Keikhlasan dan kesungguhan menulis dengan bertujuan agar sedikit pengkongsian ini dapat kita manfaatkan bersama.

Hmm apa lagi ya?

Saya tak cukup besar dan saya tak cukup kuat (pinjam ayat wonderpet kejap)... Saya perlukan orang sekeliling saya untuk sama-sama menjayakan blog ini. Jika ada sebarang idea mahupun teguran adalah digalakkan untuk menulis disini..post la kat chat box ker mahupun part comment dibawah ni. Kalau nak lebih privacy ..di email saya..

alieya123@yahoo.com


hah kenapa saya bercuti kononnya>?..saje je ...saya bukan bercuti pergi pulau pangkor jauh sekali pergi London ..

Saya kat rumah je. Cuma saya kurang sikit mengadap laptop. Saya lebih banyak berfikir, bermuhasabah, cuma menanam perasaan memaafkan orang lain dengan lebih cepat mahupun menanam sifat memberi dengan penuh keikhlasan.

Apa lagi ya?...

Saya nak dedikasikan sebuah sajak ni. Dah lama benar dalam hphone saya. Saya tulis dan simpan kat draft.. Saya dah lupa saya tulis bile dan kenapa.

Takdir akan berbicara, Bila sampai masanya, Usah risau, Wahai hati, Teguhkan hati, Untuk menghadapi apa jua keadaan, Yang mungkin menyebelahi kita, Yang mungkin tidak menyebelahi kita, Namun sedarilah, Itulah yang terbaik buat kamu...

sucimurni,
kuala terengganu,
terengganu malaysia..,
sucimurni.blogspot.com

dedicated for me especially...just enjoy it...boleh copy and paste..tapi jangan lupe letak name blog ni ye..heheh...


Friday, December 11, 2009

Menjauhkan diri

InshaAllah, selama 8 hari bermula hari ini. Saya tidak akan membuat sebarang entri baru.

Saya juga tidak akan buka ym mahupun facebook untuk tempoh itu.

Bukan nak pergi mana-mana pun. Ada sebab tersendiri saya buat macam tu..=)
(Jgn fikir -ve part ).

Mungkin masa 8 hari nanti. Saya akan banyak habiskan masa dengan buku yang baru saya beli.



Need to recharge my battery.........


sucimurni

Thursday, December 10, 2009

Meneliti setiap satunya




Ustaz hasrizal jamil mengajak kita di internet supaya menghayati hadith "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, berkatalah yang baik atau DIAM SAHAJA". Setiap huruf yang ditaip sama ada menjadi Pahala bekal ke Syurga, atau Dosa bara api di lubuk Neraka. Tiada yang pergi sebagai debu tanpa nilai...(ni shout ustaz hasrizal kat facebook)


Suka dengan shout ni. Bagus ustaz. Memang tepat pada waktu. Saya pula baru-baru ni lain plak kesnya, ada terima komen di facebook yang menghentam saya. Malas nak cerita. Mungkin pada dia, dia je lah betul. Atau mungkin silap saya tak menghuraikan maksud saya. Yela , tak kan nak tulis panjang2 kat facebook.

Saya mengambil keputusan utk tidak membalas dan delete terus shout saya itu.

Bukan mengalah KALAH. Tapi mengalah supaya tak PARAH.

Wednesday, December 9, 2009

Bukan hanya kata-kata indah


Tadi masa berchatting dengan adik saya. Tiba-tiba saya menaip.

"Kalau kakak jadi arwah, bacalah blog ni. Blog ini paling berharga buat kakak."

Kita tak tahu apa yang akan berlaku esok atau lusa. Cuma kita mampu merancang. Berfikir tentang kematian tak melemahkan kita. Tapi makin membuatkan kita lebih menghargai masa-masa yang ada.

Kita akan rasa mahu gunakan sebaik mungkin detik-detik yang ada sebaik-baiknya.
.........................................................................................................................................................................

Masa saya melayari internet tadi. Jumpa satu cerpen. Tak tahu la cerpen tu betul ke tak. Memang buat saya tergamam. Sucinya sangat watak perempuan tu. Lelaki tu sama.

Memang susah nak cari zaman sekarang ni seperti kisah cerpen tu. Atau mungkin saya je yang tak tahu kewujudan kisah2 seperti itu.

Memang betul, yang soleh akan dapat solehah.

Konteks soleh dan solehah pun besar. Macam-macam definasi. Bagi saya, yang taat pada Allah itu soleh dan solehah.

Adakah kita mampu mengapai bintang yang tinggi , jika kita tak sehebat bintang di langit?

Bintang , berada tinggi disana...

Berkelip-kelip cantik..

Tenang...

Ciptaan Allah untuk manusia berfikir. Berfikir untuk menuju kefahaman. Kefahaman agar lebih mantap iman dan taqwa.

Tuesday, December 8, 2009

Rindu


hafiz(anak buah saya)..dan sepupu saya..dan saya atas tangga melayan tetamu datang


Bila berjauhan, rindu bertandang lagi.

Saya rasa , saya susah nak hidup tanpa dengar suara mak. Tapi saya kena belajar untuk tidak mendengar suara emak..saya kena bersedia..

Saya rasa, masa terbaik untuk muhasabah diri bila berjauhan.

Saya rasa, saya ni jenis memang tak boleh jauh2 dengan famili.

Saya rasa, banyak hikmah ALLAH hantar saya belajar jauh2 dari kampung saya.

Wednesday, December 2, 2009

Kering tapi belum kontang lagi


Kesian betul blog ni tanpa entri baru. Dah lebih seminggu lebih tinggalkan blog ini. Rasanya banyak sangat nak cerita sepanjang sepeninggalan blog ini.

Salah satu sebab tak update sebab sibuk dengan urusan mengurus perkhawinan abang saya. Sebab lain mungkin sebab saya banyak tulis entri yang skerat2 dan tak sempat nak post. Ada je rasa gusar nak pUBLISH. Lagipun, kalau entri yang tak lengkap ni , bahaya juga. Bahaya pada pembaca. Takut tak faham. Salah faham.

Ok.

Sekarang saya mahu tulis sedikit tentang perkhawinan. Masa kAhutbah akad nikah tempoh hari. Saya betul-betul tertarik dengan bacaan tok kadi yang lebih kurang seperti ini

''Nanti bila dah kahwin, pelbagai dugaan dan cabaran yang tak pernah terfikir pun oleh kita sebelum ini bakal ditempuhi oleh kamu. "

Masa tok kadi cakap gitu, saya terus memandang mak saya.

Dalam hati..

"Mak mesti dah lalui banyak cabaran yang dimaksudkan tok kadi nanti. Saya nanti bagaimana?..Mampukah saya lalui? Mampukah?

Saya tertunduk. Tiba-tiba pilu sedikit dan sedikit gementar masa time abang saya nak akad nikah. the same things happens masa along akad nikah. Takut plak.

Bila dah selesai proses ijab kabul. Baru reda semua rasa tu.

Saya bukan nak cerita tentang perasaan saya disini. Disini saya nak tekankan tentang erti sebuah pekahwinan. KENAPA PERLU BERKAHWIN?. apa itu sebuah pernikahan?..

Bukan bunga telur, hantaran, mas kawin sahaja yang penting dalam pekahwinan tu. Tapi ianya lebih dari itu. Apa yang lebih penting?. Adakah diri kita sudah sedia untuk tempuhi DUGAAN yang disebut oleh tok kadi tadi?..

Bagaimana nak hadapi dugaan itu?...

Bukankah ILMU itu penting dalam menghadapi bahtera?.