aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 18, 2012

Semangat sket

Kenapa rasa layu sgt bila nak upadate blog ni?

Padahal tadi , berkeliaran  benda2 nak tulis.

First : ESok result PMR keluar.
Second: Malam ni, balik trganu lagi
Third: Mummy love baby..hehe.
Fourth : Tengah dgr lagu istikharah cinta. Tiba-tiba teringat zaman sebelum nikah. Serabut dengan pilihan konon..hehe..Yup, serius agak keliru sebelum jumpa jodoh yang kini jadi suami. Nangis pun ada, sbb tak tenteram jiwa dan raga.


A fews days to go, my baby inside my womb reach 12 weeks...Means, it will be end of 1 st trimester in pregnancy.

Mummy still vomt and x de selera makan..kembung2, tak kira masa.
Sometines, moody.
Sometimes feel very fatigue. No craving.


Baby, ni gambar mummy and daddy masa awal2 kawen dulu. Kami tak pergi honeymoon pun, sbb kami ni sgt busy masa tu. All plannned had been cancelled ..huhu..Tapi, bahagia jugak..tambah2, kami ni kaya sgt.
hehe..

Tak pa, yg penting berkat dan sentiasa dirahmatiNya .InshaAllah rumahtangga bahagia dan membahagiakan



ok, ni kat putrajaya, daddy datang shah alam, sbb nak interview, mummy balik sama, sbb nak key in markah pertengahan tahun kat skolah.
Inai masih dijari, menangis2 tanda kertas exam, sbb skolah telefon suruh key in. Sedangkan bila nak g key in, ramai gila lagi yang tak key in markah..Kenapa, saya yang baru kawen ni, tak lebih pun lagi due date duk call mcm2 ckp..huh...begang sekejap.Tak pernah kut..buat kerje lebih dr due date..

Selepas sgala urusan, kami pergi putrajaya, sbb daddy tak kenal lagi..

Ok la..setakat itu sahaja utk update..:)

Monday, November 12, 2012

Morning sickness???

Alhamdulillah, sayangku dah 6 minggu 1 hari di dalam rahim bonda.

Sepanjang hamil setakat ni, tak pula mengalami masalah morning sickness yang teruk sgt. 
Cuma, macam mengada-ngada je kut.

Semalam, kali pertama, saya muntah masa makan. Dah la kat kedai makan. Orang belanja makan. Ada kenalan plak dalam kedai tu.

Nasib la. Nampaknya, baby ni nak semua orang tahu dia ada kat dalam. Selama ni ok je makan . Cuma mual sikit je la.

Oleh karana, dah setahun lebih baru lekat baby ni, rasa teramat menghargai kurniaan ni. Sampai asyik fikir baby ni je kalau lambat makan. 

Pada mulanya, rasa sangat lapar, nak makan tak berhenti, sekarang, macam rasa sgt tak berapa selera nak makan. Kalau makan pun, sebab risau perut masuk angin, dan baby tak cukup nutrient.

Mengidam?, rasanya tak ada sangat.cuma rasa nak makan yang mengade2 je kut. Kalau craving betul tu tak ada.

Suka sangat makan asam skrg, sbb mual sgt. kalau tak lidah rasa pahit sgt. Walau bagaimanapun, tak makan beterusan. Kawal jugak pemakanan asam ni. Tak bagus kan...

Hm ..detik-detik upt positif!!!!!!

Setelah sekian lama menunggu, setelah berpuluh batang upt dibeli , akhirnya, upt positif.

Ceritanya macam ni...
Pada mulanya, saya sudah berat hati untuk membuat upt lagi. Dah lah time raya haji ni. Rosak je mood nak bersuka ria di kampung.

Tapi, dengan nasihat dan dorongan suami, siap dia kata, nak tlg check dan nak rahsiakan lagi..supaya saya tak begitu keciwa,

So, pada malam hari raya aidiladha yang pertama, saya gagahkan jua g guardian kat giant tu. Seperti biasa beli yang murah je. ASekali beli 2 batang terus...

Malamnya, rasa sangat dokrok, sampai, daging satay bbq pun jampah satu dua btg je. Olehkerana, suami nak g main futsal, di eksportnya isterinya ini di rumah maknya yang tak jauh pun dari situ..huhu.

Tak banyak cerita, masuk je , rumah mertua, terus basuh kaki n tidur, penat kut. X larat nak sembang dahhh..

Paginya, macam biasa, jam hset saya kunci 2 kali 5 lebih dan pukul 6. Tak sedar langsung jam bunyi kul 5, keju2 dah kul 6 10 , bangun cepat2 dan meraba cara upt. Pergi toilet check.

Mula-mula check ,timbul single line, hampir seminit kut. Then , saya cakap sorg2, dah agak dah../

Tak lma slps tu, macam timbul line tapi x jelas sgt. Sya gosok mata saya byk2 kali..yela, mata baru bgn tdo kan macam kabur sket kan. Bila tgok ade tak ade je ni..betul ke ni..aduii..thn timbul purple yang sangat kabur. 

"hah, betul ke ni?, jerit saya sorg2 dlm yoilet.
Terus masuk bilik dptkan suami....

"Abangggggg,bukak lah mate tu, bukak lah mate, cepat2..."

"mende"

"Aci tgok ni, ade line 2 ker ni?'

"hmm, betul r ni...saya ngandung ooo.alhamdulillah......."

terus tubik airmata, nanges terharu....

Sebenarnya, tak harap sangat dah kali ini, sbb dah byk kali check negatif. Dah masuk hari ke 49, alhamdulillah, miracle do happen..huhu...yela, hari ke 30 sampai 36 saya buat upt asyik negatif je..

Bilre fikir balik, Allah nak bg macam2, boleh berlaku.



Thursday, November 8, 2012

Aku ingin mencintaimu setelusnya

Tuhan Betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-Mu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena
Sementara engkau beri aku kesempatan berulang kali, agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakan-Mu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu…
.
Aku ingin mencintai-Mu setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-Mu selamanya, sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganmu ya robbi


Lirik lagu yang menyentuh hati. 
Betapa , Allah sangat baik pada kita walaupun kita bersifat macam tak kenang budi.
Bila sedih, duk merayu2 dengan Allah.
Tapi bila gembira, sukarnya nak merayu2.
mACAM CONFIRM MASUK SYURGA.
Allah tengok je kita sokmo. Tapi kita buat tak endah je.
Suka hati solat lewat. Dalam sehari nak istighfar 100 kali pun susah. Macam kita ni maksum.
Nak macam-macam dengan Allah, baru nak solat hajat. Baru duk muhasabah.
Tapi bila Allah uji dgn kesenangan, nak sedekah rm 10 pun sayang.
Macam duit boleh bawak kat akhirat. Boleh bawak duit pergi beli pizza kat akhirat.
Bila kita lebih dari orang , suka sangat kita nak menghina orang lain sesuka hati.Padahal , org yang kita hina tu, jauh lebih baik dari kita.
Bila nak pergi majlis ilmu, alasan kita pelbagai. Kalau pergi pun, berlagak tak habis. Macam bagus sangat. Ingatlah, Allah tahu segala apa yang dalam hati kita.

Tuesday, September 25, 2012

18 september


18september 2012, adalah ulangtahun kelahiran saya.

Tahun ini genap 25 tahun saya hidup di bumi Allah ini.

Alhamdulillah, pada umur 25 tahun , saya berkerjaya , bersuami seorang hamba Allah, memiliki kelurga yang semakin membesar dan banyak lagi nikmat yang Allah yang tak terkira itu.

Walaupun masih ada impian di hati tak tercapai. Tapi saya redha , dengan sususan kehidupan yang pastinya semua ini adalah dari Allah .

Alangkah cepatnya masa belrlalu, bila baca balik entry ulangtahun kelahiran saya sebelum saya kahwin, saya rasa baru semalam mnulis .
Ruginya jika , kita bermalas-mlasan.

Ruginya, jika mengikut emosi untuk sedih .
Sedangkan masa berlari terlalu pantas. Dan alangkah ruginya, jika tidak menghargai orang-orang yang menyayangi kita disekeliling kita.

Semasa hari ulangtahun kelahiran saya, saya rasa begitu gembira. Macam budak kecil yang akan bakal dapat hadiah dari kawan-kawan atau ahli keluarganya.

Saya rasa begitu istimewa dengan tarikh itu. Tarikh dimana , tarikh seorang ibu bertarung nyawa untuk melahirkan puterinya.


Pada pagi hari ulangtahun tu, saya terkejut dapat sms dari ibubapa saya. Selama ini saya  tak pernah dapat  sms wish bewday dari ibubapa . Biasanya, mak yang telefon .Tu pun, adik2 yang ingatkan kut..hehe..mak dah tua, anak pun ramai. Saya tak terasa pun kalau dia tak ingat. Jasa dia lagi banyak kat saya. Tak terbalas dgn bukit emas sekalipun.

Di facebook, saya cuba membalas dengan seikhlas mungkin semua wish yang diberi. Dan cuba ingat balik karakter sang pemberi ucapan.

Semoga Allah memberkati umur ini.

25 sudah...

semoga lebih matang selari dengan ilmu.
Semoga dapat tingkatkan ibadat dan lebih sempurna dalam beribadat :)





Wednesday, September 19, 2012

Janji yang pasti

Assalamualaikum..


Sekian terbiar, penuh dengan lalang.

Alhamdulillah update sikit la ye..

PMR semakin hampir. Sebagai cikgu yg mengajar tingkatan 3, debaran cukup terasa.
Kadang-kadang rasa risau  dengan segala usaha yang dilakukan.
Apabila tengok result trial baru2 ni, rasa sangat dukacita. Namun, alhamdulillah, ada orang2 yang positif dan yang sentiasa ingatkan, yang kena betulkan niat untuk mengajar.

"Niat yang utama kena tanam dalam hati, kerana Allah,dan ingat bukan kerana nak ramai yang lulus dan cemerlang" kata suami , setiap kali saya merungut tentang betapa sedih tengok keputusan pelajar yang saya ajar.

"Allah tak pandang hasil dia, tapi Allah pandang usaha kita..baca balik surah yassin tu molek2"pesan suami lagi

Kadang-kadang lupa dengan niat yang suci yang patut kena selalu ingat ..

Cikgu Aniza,

1. Ingat niat yang pertama menjalankan tanggunjawab sebagai guru adalah kerana Allah.
2. Usaha, kena bersungguh-sungguh, tapi tawakal pun kena tinggi.
3. Selepas usaha, jangan nak sedih yang melampau kalau betul2 tawakal kat Allah.
4. Allah tak kan bagi semua yang kita nak, kalau Allah bagi semua yang kita nak, mungkin musnahlah kita...
5. Ingat, tanggunjawab sebagai isteri adalah lebih besar .
6. Banyakkan istighfar dan selawat kalau rasa geram sgt, sedih sgt, benci sgt-pengetua saya pesan td kat saya..hehe...:)
7.Allah sayang kita lebih dari segalanya..:) Ingatlah Allah selalu, pasti hati jadi tenang :)


jom..sambung kerja balik...

sabar ye cikgu aniza...:

Tuesday, July 24, 2012

Cinta hingga ke SYURGA

Sepanjang pernikahan kami, saya tak pernah update tentang macam mana saya boleh bersuamikan seorang hamba Allah ni.

Dan macam mana pula majlis pertunangan saya.

Suami dan saya adalah orang biasa-biasa sahaja. Namun kami mempunyai impian yang mengunung akan kehidupan rumahtangga kami diberkati Allah.

Sebelum bertunang, kami memilih untuk bertunang tidak memberitahu orang ramai tentang pertunangan kami.

Dan paling penting , kami memilih untuk beramal dengan apa adanya ilmu yang kami ada.

Kami berdua, berusaha untuk berbincang dengan keluarga masing-masing agar apa yang kami pilih ini mendapat penjelasan yang jelas.

Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami menerima seadanya cadangan-cadangan yang kami usulkan.

Dalam tempoh sebelum dan selepas bertunang, kami cuba sedaya upaya tidak berjumpa.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu, kami tidak pernah keluar bersama.

Jika ada urusan, suami saya akan datang dengan mak dia , atau seorang diri ke rumah saya.

Seingat saya, suami datang hantar kertas soalan dan borang untuk menikah je .

Masa dia hantar borang je, saya sempat bercakap secara live dengan dia.

Huh...memang berdebar masa tu,dia banyak menerangkan tentang borang tu, saya menanyakan sesuatu tentang borang tu. Masa itulah, kali pertama kami berbual , itu pun macam mesyuarat yang serius.

Macam mana pula "calling2 dan bersms2". Sepanjang tempoh tu jua, sekali sahaja, kami berbual dalam telefon.
Itu pun, ingin menyelesaikan masalah peribadi kami. Tak ada gelak tawa sepanjang perbualan tu. Serius lagi!


Sms?..ada, tu pun menjurus tentang proses merisik, bertunang dan pernikahan..

Tak nak sireh, tak tu , tak nak ni, nak ni, nak tu....

Hadiah?..Tak ada hadiah dia bagi, Dan tiada hadiah yang saya bagi sepanjang tempoh tu.

NO teddy bear and whatever yang boleh dikenang2..Bagi saya, kalau bagi hadiah yg boleh peluk2  macam tu, sedikit dan sebanyak boleh melalaikan hati saya terutamaya. Bukankah niat nak bercinta ke syurga?

Jadi, jika permulaan sudah lalai, takut2, semakin jauh impian itu...

Opss, suami ada bagi saya pen merah. Oleh kerana saya ni cikgu, suami pun masa tu cikgu, kami faham yang cikgu memang byk guna pen merah..

Suami saya agak r*******, cara dia nak bagi hadiah selalunya dengan cara yang tak disangka !

Semasa majlis perkahwinan abang saya ketiga, dia ada hadir untuk makan dan tolong. Sebab, dia ni kawan dengan abg saya tu.

Sebelum dia balik, dia bagi sms,

"Awk, saya tertinggan makanan mister potato kat gerai belakang rumah awk..awk ambik la, makan la."

Saya bergegas ke tempat tu, dan terus ambik makanan tu.

Masuk ke dlm rumah, bersorak adik2 dan kak long nak makan jugak.

Dan hampir suku kami makan, tiba-tiba saya nampak kulit plastik warna merah..rupa-rupanya, coklat DAIM!.. korek punyer korek, ada pen merah dua batang plak.

Alahai, rupanya, nak bagi pen merah dan coklat daim. Sampai macam tu dibuatnya. Hehe..

Sampai hari ini, kalau tgok bekas potato kat pasaraya, kami tersenyum.


Wednesday, July 18, 2012

Rezeki yang bukan milikku

Alhamdulillah, hari ini sudah genap seminggu saya keguguran.

Saya tidak sedar saya mengandung.

Tidak ada perubahan apa-apa yang berlaku pada diri ini sewaktu hamil.

Namun, dengan izin Dia jua, janin itu hanya bertahan 5 atau 6 minggu di rahim bondanya.

Walaupun tidak sempat untuk bergelar ibu, saya bersyukur seadanya dengan pinjaman yang sebentar itu.

Ramai sangat yang tanya punca keguguran saya. Saya buntu nak bagi jawapan yang sebetulnya.

"Stress ke?"
"Makan ape, sampai gugur?"
"Tak perasan ke hamil?"
"Keje workholic sgt ker?"




Macam-macam tekaan yang diberi. Sesungguhnya, saya tidak tahu punca sebenar.

Hanya Allah yang tahu sebab munasababnya.

Sebagai hamba , hanya redha dengan takdir itu.

..................................................................................................................................................

Hanya satu hari masuk wad dan tiada rawatan diberikan.Sebabnya, janin dah keluar sepenuhnya. Bila doktor scan, tiada apa lagi tertinggal di dalam rahim saya.

Saya diberikan MC selama 2 minggu selepas keluar wad.
Cuti yang diberikan saya gunakan untuk berpantang di kampung. Namun, hampir tiap malam, saya mimpi tentang sekolah . Macam banyak benda tak diselesaikan lagi.

Walaubagaimanapun, saya perlu berehat untuk memulihkan kembali kesihatan dan rahim saya agar saya boleh mengandung lagi..hehe..

Sepanjang di wad, rasa tak sabar nak keluar, sebab tak tahu nak buat apa. Hanya baring, makn minum dan baca buku.

Mujurlah, ada satu buku yang saya bawa dari klang semasa pulang ke Terengganu.


Semasa diwad juga, kelihatan ramai rupanya senasib dengan saya. Dan ada yang lebih teruk.

Kebanyakkan mereka masuk wad, sebab nak cuci rahim selepas keguguran.

Saya dapat tahu dari kawan di wad, semasa nak cuci rahim , tak sakit, sebab dibius tapi selepas tu, si ibu akan rasa sakit. Dan ada yang akan muntah-muntah, kesan dari dibius.

Selepas keluar dari wad, saya berpantang di rumah ibu bapa saya.

Rasa macam dijaga seperti orang yang lepas bersalin. Sebab makan minum dijaga sepenuhnya oleh mok saya.

Tapi saya sedikit aktif..Ada jugak bawak kereta sekali sekala..hehe..Harapnya, tiada apa kesan jangka panjang dan pendek.


Banyak betul makanan orang berpantang. Itu tak boleh, ini tak boleh.

Adat berpantang pun ada.

Alahai..yang paling buat saya terfikir, kenapa tak boleh lalu bawah pokok pisang ape tah...lupe..

Mak cakap
" Sebab , kebiasannya, pokok pisang tu ada penunggu..."


Hujung minggu ini, ramadhan akan menjelma.

Ramdhan kali ini, adalah ramadhan kedua saya sebagai isteri.
Tahun lepas, sambut awal ramdhan seorang diri di rumah sewa.

Tahun ni, best sedikit, sambut di kampung bersama suami.


Untuk zuriat-zuriatku nanti,

Tak sabar ummi nak jadi ummi untuk kamu semua ~





 

Monday, July 16, 2012

Yang terindah

Saya baru sahaja  keguguran.Setelah sethun menunggu dgn penuh teka-teki dan debaran. Saya disahkan mengandung 5 atau 6 minggu .Itu setelah keguguran berlaku pada saya.    

Friday, May 11, 2012

saya perlukan CUTI!!!!!!!!!!!!!!

Kalau ikut hati dan nafsu ni, rasa tak nak je pergi sekolah hari ni. 

Rasa kaku je tubuh ni.

Walaupun tak drive DARI pangkor..Tapi, penat duk dalam bas ..
Cerita tentang pangkor, iaitu tempat induksi, cakap je pergi kursus kat pangkor, nak pergi kat pantai pun tak sempat.
Hm..walaupun tak studi bermatian, tak membakar minyak di tengah malam untuk stdi, ..tubuh ni rasa letih je, otak rasa cramp, kaki rasa serabut, hati rasa etah pape...
Orang lain duk sibuk mengafal nota dan berbagai2 soalan spot. Aku rilex je..hehe.
Siap termenung sini, termenung situ..kosong je...tingting

Orang lain, berlambak2 soklan spot, buku la, contoh2 soklan , nota dari kwn2 la..aku , satu pun xde...aku ade sekeping due nota yang diprint dari cd yang bahagian induksi bagi..
Malas nak cerita panjang, yang penting semua dah berlalu. Kalau fail, maknanya sebab tak berusaha bersungguh2..hhehe


Ni gambar sape ???


Ni gambar suami mase kecik..hehe..ni je gambo mase silam dia yang dpt ditengok.Katanya, dah hilang masa  kehidupan nomad dia.

Masa belajar dulu, dia x suka bergambar.

Nasib masa kawen , dia nak jugak bergambar..kalau tak, gambar candid je la jadinya.

Tapi, dah kawen , dia tak kisah plak :D


Gambar kat bawah ni untuk apa plak...iNI UNTUK  orang diatas. 
awat jiwang sgt?..Annvsry dah nak dtg...all the good moments in this month flying in my mind now..english tunggang langgang ..hauhua...suke ati la...

Teringat first time dating, first time naik kereta bersama, teringat first time berlari kat pantai...teringat first time makan sama2..teringat first day masa jadi makmun , teringat masa pertama kali lelaki kata ilov u.., teringat  pertama kali makan dengan keluarga dia..teringat masa pertama kali tangan ni disentuh,,,.semua masa first day selepas akad..


Sesungguhnya cinta selepas nikah adalah sesuatu yang sangat bermakna..:)

Kenapa tajuk entry "saya perlukan cuti?..tapi isi menda lain...

Sebab saya nak cuti yang berkualiti!...

yang boleh sy renew balik lesen inspirasi hidup ini..

apa2 je la..yang penting cuti berkualiti..cuti berkualiti boleh didefinisikan sebagai cuti yang memberi makna dalam hidup ini, yang menambah rasa kuat cinta padaNya..

alaaa...takkan nak dekatkan nak dekatkan diri dgn Allah, perlu cuti kut,,,?

setiap olang tak sama, bagi aku, aku memerlukan masa tu, dan bila engin dah dipanaskan, mudah dan tenang hidup ini..


:)


Semoga Allah kurniakan cuti berkualiti itu kepadaKu....:)

Monday, May 7, 2012

Hadapilah dengan senyuman


"Yokk" awat air mata meleleh leleh ni

"Yok"  sejuk basah je pipi ni....

Tiba-tiba bercakap sorang diri dalam kereta.

Etah pape.. Macam orang tak betul je.

Cepat-cepat alih channel radio.

Mudahnya airmata menangis bukan kerana Dia. Mudahnya tidak mensyukuri apa nikmat yang diberi.

Mudahnya lupa kurniaan yang diberiNya


Hehe..mukqadimah je tu.

I'M happy today. So happy.

Bangun pagi-pagi.Tengok muka suami.

Senyum.

Dalam hati...

Ini adalah pemberian Allah yang tak ternilai. Kadang-kadang , kita lupa menghargai apa yang dihadapan kita. Tiba-tiba hati terasa begitu bahagia, bila teringat kata-kata seorang kawan..

"Beruntung dapat suami yang baik, bukan kaki pukul, mengutamakan keluarga , hargai isteri , mendidik kita kearah yang baik, .dan bla bla"..

"Dik,...kalau dapat lelaki kaya, tapi dari sudut rohani kurang terisi, kita akan rasa kosong jugak..."

Semasa kakak tu bercerita tentang hal rumah tangga, tiba-tiba rasa sangat beruntung, syukur dengan kelebihan.

Dulu asyik tulis dan baca tentang rumah tangga. Sekarang, dapat dirasai secara realiti kehidupan rumah tangga yang sebenarnya.

Ianya begitu indah , bagi yang tahu mengadunkan keindahan itu didlm rumah tangga.




hmm..esok pergi Pangkor.

Bukan untuk bercuti..tapi untuk berkursus,

Sabarun...3 hari 2 malam...




Saturday, April 14, 2012

Anak saya suka berfesyen

"Legging itu pemberian ibu"
"Anak saya memang suka berfesyen, saya selalu belikan baju yang cantik-cantik sejak dia kecil lagi"

Aduh ...Hamoi...

Kadang-kadang orang yang terlampau pandai , boleh jadi orang yang paling bodoh .

Rasanya, apa yang saya tulis di atas , sudah cukup merujuk kepada orang yang ingin saya perkatakan.

Bukan mahu mengaibkan dia. Cuba mahu kita semua celik jiwa dan minda.

Dan berhati-hati dengan kata-kata kita, kerana setiap kata-kata kita , melambangkan kejahilan kita. Walaupun setinggi mana akedemik seseorang itu, tapi kalau jahil agama, dari percakapannya , akan jelas tang tang hendaknya.

Jika saya menjadi seorang ibu, saya bercita-cita untuk mempunyai anak yang pandai dan semestinya bukan berjaya di dunia sahaja namun di akhirat jua.

Jika ada pilihan untuk memilih sama ada berjaya dunia atau akhirat. Sudah pasti, saya memilih akhirat.

Kerana di sana adalah lebih lama.

Namun di dunia ni, kita boleh berusaha untuk berjaya di dunia dan akhirat. Adalah amat rugi dan lagi merugikan jika kita hanya mengejar atau mendidik ZURIAT kita untuk berjaya didunia.

Membelikan pakaian anak-anak yang mendedahkan aurat untuk yang dah baligh,adakah itu salah satu cara didikan untuk mendidik anak berjaya di akhirat?

Untuk anak yang sudah baligh dan dikurniakan akal yang amat sempurna dan genius di katakan.....

"adakah anda tidak dapat membezakan yang mana salah atau betul bila pakaian tidak menutup aurat di pakai di luar rumah?..Sepatutnya , anak yang genius ini , bijak mengambil pemberian ibu itu dan menerangkan pada ibunya , yang pakaian sebegini, salah sama sekali disisi agama. ....

Lagipun, tidak menjadi kewajipan kepada si anak yang sudah baghlil untuk menuruti  arahan ibu jika, arahan itu salah disisi hukum agama Islam.

Wednesday, April 11, 2012

Diari Hamil

Semalam selepas ke klinik an nisa , jalan budiman, suami ajak saya jalan-jalan.

Oleh kerana dah malam, dan tak tahu mana dah nak pergi. Kami ambik keputusan pergi giant seksyen 13. Kat situ mcm2 ada.

Tak masuk giant pun, cuma pergi booth2 kat luar je. Macam biasa , mata ni pantang tgok baju dan tudung2. Cuma kali ni, cuci mata je.

Kena bertahan untuk membeli. Dah ambik budget utk joli. So, duk diam2 je...hehe.

Yang best kat giant ni, ada kedai buku MPH. hmm, kecik je tapi boleh lah kalau nak beli buku sebijik dua,

Masuk je kedai tu, nampak buku diari hamil. Apa lagi, terus capai dan baca untuk beberapa minit.
Macam menarik plak. Sebenarnya dah lama jumpa buku ni dan booth2 tepi masjid shah alam. Tapi kali ni, seperti rasa nak beli sgt2. Beli je la. Walaupun hakikatnya, saya tak hamil lagi..hehe..

2 3 minggu lepas beli buku anakku cemerlang anakku soleh by ustaz zahazan.Heheh..so utk gaji bulan ni saje, dah 2 bijik buku beli tentang "anak".. Teruja membaca buku2 ni.
Tak salah beli buku, walaupun tak ada anak lagi. At least , nanti, boleh beramal.

Dulu pun, sebelum nikah lagi, dah baca tentang rumahtangga . Alhamdulillah, sangat helpful bila dah kahwin ni.

Bila iman lemah, dan ingat balik apa yang kita baca, inshaAllah, ianya dapat menguatkan kita balik.

Tentang diari hamil ni. Sebenarnya banyak dah tahu jugak. Terumatnaya helaian awal2 tu.Sebab sudah terbiasa baca di internet sebelum ni.

Anyway, tak pelah, nanti dah lekat..boleh terus gune buku sebagai catatan jugak..hehe...

happy day ...public holiday - best duk rumah...cuci hati..cuci tgn , cuci baju je belum..hehe...:)




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Sunday, April 1, 2012

a b c

" Dah masuk bulan 4 "

:)

Senyumlah wahai diri :)

Sekejap sangat masa berjalan..

Esok sekolah, Lusa sekolah. Cikgu rasa nak bercuti je ni,

Rasa suka duk rumah, walaupun xde orang pun kat rumah ni.

Best duduk rumah je. :)


Monday, March 19, 2012

Jurnal kesyukuran



Di facebook banyak tentang ciri-ciri suami yang patut dimiliki.

Namun saya bersyukr dengan apa yang saya miliki.

Bagi saya yang saya miliki sudah lebih apa yg sy doakan. Kelebihan dan kekurangan. Semua org ada.

Yang penting kita mesti bersykur dengan apa yg kita miliki.


Bila kita tak tahu, dia bagithu..bukan memerli sesuka hati..

Bila dia lupa, kita cuba ingatkan dan terima bukan memarahi.

YANG penting, semoga yang baik2 dan ditambahbaikan dan terus beristiqamah buat. Bukan sehari dua je :)

Rotan

Hari ini dengan jayanya, saya berjaya tidak bawa rotan.

Tidak ada niat khusus untuk tak bawa rotan.

Tapi bila sedar miss bawa rotan untuk satu kelas tu. Rasa hebat plak.

Kenapa rasa hebat?..Sebab dpt kawal kelas tanpa rotan. Semua pelajar duduk dan dengar saya bercakap.

Dan hampir semua ikut arahan yang diberi. Kadang kala perlu jugak bagi peluang kat pelajar untuk rasa mengancam nyawa mereka. hehe.

Mungkin ada pelajar rasa nyawa mereka terancam bila saya bawa rotan. Jadinya, saya rasa tak perlu bawa selalu. Hanya waktu-waktu tertentu sahaja perlu bawa rotan.

Hari isnin= banyak waktu terluang dan berpeluang untuk banyak bernafas tapi bukan sepanjang waktu. Bila lepas waktu rehat..bermula nyawa-nyawa ikan...hehe.

Namun, tak terasa banyak masa. Sebab banyak je keje itu ini perlu buat. Ya perlu buat.

Ni pun tgh frustrated dgn system saps. asyik ckp kata laluan saya not match je user id..padahal tadi ok je..

Sabar je la  :)

jadilah seperti kaktus, hanya perlukan sedikit kasih sayang untuk hidup...



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, February 7, 2012

Monday, February 6, 2012

Transformasi Diri

banner yang dibuat sempena majlis resepsi sebelah suami saya

Assalamualikum...


Hari ini adalah hari ketiga saya bercuti. Cuti umum sempena cuti maulidur rasul. Esok jua, adalah cuti umum .

Hari ini, adalah lebih baik dari semalam. Semalam agak tak banyak aktiviti dibuat. Walaubagaimanpun, saya selalu cuba untuk baut sesuatu yang bermanfaat.

Semalam aktiviti yang boleh dibaggakan, pergi berjalan cepat di taman setia alam. Kiranya beriadah sikit. Malamnya dengar ceramah kat masjid.

Saya selalu cakap kat diri dan banyak jua bagi nasihat kat orang lain, agar membuat sesuatu yang berfaedah dan redha dengan takdir yang Allah berikan kepada kita. Kerana Dia yang menjadikan kita dan Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

Namun kadang-kadang saya kalah dengan kata-kata saya dan dengan pegangan saya. 

saya manusia biasa. Saya bisa menangis, dan saya jua bisa bersedih hati.

Sejujurnya, bila kita bersedih dan terus bersedih, tanpa berlawan dengan nafsu kesedihan, kita akan akan terus lemah dan selemahnya.

Bagi saya , salah satu cara yang mungkin kita pulihkan rasa sedih adalah bersenam. Kerana bila kita bersenam ataupun beriadah, terhasilnya atau hormon endorfin akan dirembeskan,

Apa itu hormon endorfin itu?

Hormon endorfin yang saya faham adalah membolehkan kita lebih ceria atau boleh jua menghilangkan stress.

"Buatlah sesuatu yang sepertimana esoknya tiada lagi buat kita"

SENYUMLAH  :)

  


Dalam pada itu...

Yang paling utama...Bila bersedih, ingat selalu yang ALLAH iaitu pecipta kita tahu kita sedih...

Saturday, January 14, 2012

Cuba

Hari ini, ada mesyurat yang dikira sebagai LADAP 1.

Mahu menghapuskan segala duka. Mahu hargai segala yang telah Dia kurniakan.

Nak sihat. Nak gembira. Nak beri manfaat pada orang lain.


Semoga semua niat itu semua kerana Allah..

Kurang bercakap dan berimiginasi . Banyakkan bekerja ke arah melaksanakan arah KEHIDUPAN yang lebih bermakna...:)

Friday, January 13, 2012

Tunduk Dan Mendongak

Ya Rabb.............


Tunduk dan mendongak..

Ya Rabb............
Titipkan rasa redha di hati ini.

Ya Rabb..

Ya Rabb....
Engkau kurniakan aku bermacam2 kurniaan dan nikmat yang tak terperi..
Aku tak mahu jadi hamba yang tidak bersyukur...

Ya Rabb..

Sebaik-sebaik tempat bergantungan adalah pada Mu...
Sebaik-sebaik tempat mengadu adalah padaMU..