aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 3, 2009

Buat baik di balas baik

Sebenarnya sebelum saya nak bercerita pengalaman saya semasa saya menaiki teksi dari Damansara ke Shah Alam. Panjang ceritanya...

Bermula pada saya yang pergi menemani kawan saya ke rumah sewanya di Damansara dan seterusya, kami pulang menaiki teksi kerana banyak sangat barang yang terpaksa diusung untuk membawa pulang ke sini (Shah Alam). Walaupun pada mulanya hajat kami untuk menaiki train sahaja, namun selepasdipelawa dan dipujuk oleh driver teksi yang kami naiki di Damansara, kami akur. Lagipun, tangan da belakang saya mula sakit-sakit mengusung barang dari rumah apartmen tingkat 5 ke bustop berhampiran.

Tapi tak la pula nak mengeluh dengan semua itu. Tak ikhlas la pula. Lagipun memang niat nak tolong. Tak kira la apa nak jadi, kena la hadapi semuanya.

Sebenarnya ni baru muqadimah..

hehe..

Berbalik pada tujuan asal nak bercerita, pak cik driver teksi banyak pula mengomel dan bercerita.

Saya pula pada awalnya, yang agak kepenatan hanya menjadi pendengar setia.

Cuma kawan saya je yang betah bercakap dan bercerita itu dan ini.

Tiba-tiba, saya terfikir apasalahnya saya interview sikit pak cik driver ni. Mesti dia banyak pengalaman , al maklum la dia makan " banyak garam" dari saya

" Pak cik, nak tanya boleh..."
"Boleh "
"Sepanjang Pak Cik bawa teksi ni, ada tak kena rompak ker, penumbang tak bayar ker?
saya cuba mencetuskan satu isu barangkali.

" Tak da . Alhamdulillah setakat ini tak da lagi kena kat pak cik. Tapi Pak cik percaya pada satu prinsip kalau kita buat baik kat orang ,inshaAllah kita pun selamat juga. "

hmmm

Pak cik menambah lagi

" Pak cik tak de nak ambik mahal sangat kat penumpang pak cik. Ada foreigner yang pernah naik teksi pakcik cakap, ada teksi lain ambik RM 90 untuk pergi kerja, sedangkan kalau dengan pakcik pak cik kenakan kat diorang RM 5. Macam pelanggan lain jugak."

ala penat la..nak citer lagi..nanti sambung balik

Sunday, March 1, 2009

Sekadar menulis

Ruangan yang lama sudah tak terisi ini. Baik saya menulis jer.. Sesuai dengan tajuk sekadar menulis dan plus plus ada test n kuiz esok. Ingin saya kongsi dan ingatkan kita semua terutamanya saya sendiri.

Kita boleh menghabiskan masa berjam-jam untuk mengulangkaji pelajaran tapi kita jam lamaboleh membaca al quran serta tafsirnya berjam lamanya..

kenapa? tepuk dada tanya Iman..

Sesibuk mana kita, ingatlah bahawa yang memberi rezeki dan yang menjadikan apa yang kita nak hanyalah Allah s.w.t..


Tak akan jadi sesuatu kejadian itu tanpa keizinanNya..

Solat tak di awal waktu sebabnya stay up malam nyer..tu la, kita kata jer sayang n cintakan Allah, tapi sebenarnya tak..

Jangan ciptakan ayat-ayat cinta kepadaNya, jika cinta kita tak seikhlas dan sekukuh mana....