aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 28, 2010

Sedih dan sedih



Pernah tak rasa sedih dan teramat sedih?

Pernah tak rasa "useless" je hidup ni?


**********************************************************************************

Kenapa susah sangat nak meluahkan?nak menulis ?..ibarat perigi kering kontang...

Aliya insyirah berkata sendirian kepada dirinya...

La tahzan...manusia tetap manusia. Dia bukan malaikat..tapi dia juga hamba Allah.

Allah lebih mengetahui hati hambaNya.

Bukanlah sia-sia jika berkongsi duka dengan sahabat. Tapi Dia lebih memahamiNya.

Hanya Allah yang layak mengakses hati manusia, tahap keikhlasan hati manusia..

Bukan waktu sedih, baru mahu pulang kepadaNya. Tapi bila gembira, ingatlah padaNya.

Tuesday, January 19, 2010

How do I care?

How do I care?????...jerit aliya insyirah didalam hati. Dia tidak bisa menjerit untuk melepaskan apa yang dia rasa pada masa itu.

Aliya Insyirah diam dan mengumpul kekuatan untuk bercakap seperti biasa.

Alhamdulillah kekuatan itu datang.

Fesyen ke..tutup aurat yang lebih penting?

Kalau ada yang mengatakan kamu old school ker..skema ker, gaya macam orang tua ker..ko kena cakap kat diri cepat HOW DO I CARE ?...ok..

Kepada Aliya Insyirah yang ku sayangi:

Bersabarlah seboleh yang kamu mampu. Kamu sudah lama menghadapi semua ini. Kenapa hari ini, saya tengok kamu lemah?..Kamu kuat!..Saya tahu kamu siapa...Kamu boleh buat..Kamu boleh lalui ujianNya dengan baik.

Beristiqamah di jalanNya. Walaupun ianya amat payah untuk memulakan dan mengamalkannya.

:(

Friday, January 15, 2010

Mengharap pada yang tak pasti



Selagi ada harapan. Kita boleh berharap dan terus berharap. Harapan itu mesti disusuli dengan kerja kuat untuk mencapainya.

Walaupun harapan itu tak pasti milik kita. Kita jadikan harapan itu semangat untuk hidup. Kita gantung harapan itu sepenuhnya padaNya, bukan pada langit..he2..

Jika harapan itu bukan milik kita. Apa daya kita.. Namun , kerana harapan itu sudah bersandar pada Allah. InshaAllah, walaupun harapan itu milim kita. Kita pasti dapat menerima harapan yang tak tercapai itu..

Ya Allah, hanya padaMu Ku berharap dan mengharap. Kerana aku insan lemah. Aku hanya bergantung pada Mu, agar harapan "itu" tercapai....

=)

Thursday, January 14, 2010

Lagu

Saya manusia biasa. Bisa suka lagu-lagu jiwang. Lagu-lagu nasyid pun saya layan. Cuma lagu rock rock mental je saya memang tak layan langsung.

Kali ini lagu yang saya suka mengisi ruang blog ini. Dah lama saya suka. Tapi lagu ini sesuai bila seorang wanita itu sudah dipilih untuk dijadikan isteri. Tak kisah lah.

Oleh kerana, saya dah jarang-jarang update disini. Saya rasa kekok dan otak saya tak kurang susah nak memproses bahasa-bahasa yang perlu ditulis disini. Begitulah nasib diri, kalau kita ada bakat sekalipun, tapi tak asah . Lama-lama bakat itu hilang dan yang tajam pasti tumpul.

Bercakap pasal bakat. Saya dikejut oleh satu sms dari kawan baik saya dari UPM.


"Niza, ingat tak lagi *****S , budak kelas kita yang pendiam dalam kelas kiter?

"Hmm, ingat. Kenapa dengan dia?.."

"Tadi aku g forum kat kolej aku. Dia jadi pengerusi forum tu. Gaya dia macam ustaz yang kat al kuliyyah, siap wat kelakar lagi.."

"Yeke?..biar betul. Bukan budak tu dulu, tak ramai kawan ker?..Senyap je dalam kelas.."

"Tula pasal, aku pun terkejut ni..."

Ini antara perbualan kami melalui sms yang bercakap tentang kawan saya yang dalam kelas mase sekolah tak banyak "mulut"..tapi memang dah nampak kealimanya. Alhamdulillah, bila kat universiti dia dah jupa platform untuk menunjukkan bakat yang terpendam dalam dirinya..
.....................................................................................................................................................................



Wanita Yang Kau Pilih

Malam selalu panjang
Di waktu aku merindukanmu
Kau bisa menjaga aku
Hingga diriku merasa teduh

Aku seperti kamu
Menginginkan dan memerlukanmu
Karena kita tak mampu
Selalu pergi menjauh

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun tlah aku minta
Setia sepertiku

Aku percaya penuh
Kau kan buatku bahagia
Karna cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun tlah aku minta
Setia sepertiku

Friday, January 8, 2010

Beku lagi

I love to share, but right now, i dont have enough time to share here..


Semester baru dah bermula. Oleh kerana semester terakhir buat saya di sini. Banyak jualah asgmt dan tesis yang mantap2 yang perlu dibuat dan dihantar untuk dinilai.

Kalau kat rumah, otak saya tak tertekan dengan kerja-kerja asgmt yang berlambak2.

Tapi kat sini..space kat otak ni..banyak je kena guna untuk berfikir untuk asgmt + minus makan minum.

Banyak benda kena fikir. Mungkin dah terlalu lama bercuti. Rasa susah plak nak adapt...

Namun, saya sedaya upaya untuk mengupdateblog ni. Mungkin saya kena pandai uruskan masa saya dgn lebih sistematik..

K la..itu saja utk kali ni:(

Sunday, January 3, 2010

Tahun baru+Maal Hijrah

Terpaksa meninggalkan blog lama masa yang lama sejak 30hb hari tu.

Banyak benda yang telah berlaku sejak 30hb...

Kali ni , update blog just nak inform. Tahun ni, smester ini, semester akhir saya di UiTM shah alam..