aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 30, 2011

Mengisi Hati

"Sudah lama aku tunggu kawan macam dia, sekarang baru jumpa" tiba-tiba rangkap ayat ini membuatkan hati saya yang menangis.

"Lain betul bile dia mengaji...sejuk betul tgok dia, Tingkahlaku dia, " kawan saya meneruskan cerita dia lagi.

Saya nampak perubahan pada diri dia. Dengar azan, terus cepat2 nak solat.

"Rasa sangat tenang bila dah solat" dia meluahkan selepas solat.

Saya bersyukur dia ada fikrah seperti itu. Mahu pada kebaikan. Mahu memperbaiki diri.

Sepanjang perbualan kami yang hampir 6 jam . Banyak cerita demi cerita keluar, salah satu topik hangat adalah jodoh. Saya yang tak berapa expert ini sempat jugak jadi tukang jawab soalan-soalan yang macam penjuru keluar dari mulut dia.Tapi sejak akhir-akhir ini, ayat-ayat saya tak berapa power..hehe..mungkin kurang membaca.

Namun saya terkesan dari perbualan kami yang panjang itu. Sangat terkesan.  Secara tak langsung , saya memandang diri yang sangat pelupa , dan sangat cepat mengeluh bila diuji.

Sesungguhnya, saya sangat berterima kasih pada Allah, menghantar dia berjumpa saya pada hari itu, dan banyak iktibar yang memotivasikan diri saya.

Manusia cepat lupa. Sangat cepat lupa. Sebab itulah, penyucian hati kena selalu kita lakukan.

Kadang-kadang kerana terlalu sibuk dengan bermacam hal dalam kehidupan, kita lupa pada siapa yang mengerakkan segala tubuh badan kita untuk menyelesaikan hal dalam kehidupan kita.

Dengan bercakap atau berdiskusi , kadang-kadang boleh membawa diri kita bermuhasabah.
Namun tengok pada isi yang dibincangkan.

Tak semestinya kita perlu mencari orang yang sangat berilmu dan alim . Namun bagi saya, siapa sahaja yang diantara kita. Mungkin bila mendengar cerita mereka, boleh mengingatkan kita tentang ujian-ujian Allah.

Contohnya

"Hampir tiap-tiap bulan kena buat rawatan kat darul syifa, sebab ada benda yang asyik mengacau aku "
luah seorang teman.

Mungkin dalam keadaan situasi ini, kita rasa bersimpati dengan apa yang terjadi pada kwn kita. Dan pada masa merasakan mengagumi kekuasaan Dia. Dia menguji hambaNya dengan kemampuan hambaNya.DIA lebih TAHU..


"SEMPENA hari buruh, saya sempat jugak postkan satu artikel kat sini..hehe..harapnya, lepas ni keaktifannya bertambah..semoga saya tidak cepat mengeluh dengan kekangan masa yang ada sekarang. Sesungguhnya saya yang tidak menggunakan masa secara baik, sebab itulah saya tidak dapat menulis disini dengan baik lagi..smoga saya cepat pulih daripada segala sifat2 mazmumah itu...

Sunday, April 3, 2011

Saya dan mengajar...





THERE IS NO POINT THE PICTURE ABOVE..

dah lama tak menaipan disini. Kenapa malas nak tulis blog?. Tadi masa majlis ilmu, macam-macam idea  keluar. Tapi bila mengadap laptop terus tak tahu nak menulis.

hmm, Masa begitu pantas berlalu. Bekerja pun dah hampir 4 bulan lebih....

Mcm -mcm2 pengalaman dapat.

eSOK kena ikut jadual baru. Jadi form teacher lain plak. Kelas lagi ok. Tapi, rasa sayang plak kat kelas yang pegang hari itu. Memang , mula-mula worst sket la mase metadbir urus kelas itu. Tapi lepas tu , ok je.

.........................

Tata,:)