aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 17, 2008

Merenung kembali

Alhamdulillah, saya selamat sampai pulang ke kampung untuk menghabiskan masa cuti mid sem saya pada pagi sabtu semalam. Kepulangan saya di rumah ini di sambut oleh famili dgn kemesraan cara kami. Balik kali ini, saya banyak bersembang dengan mak. Banyak mak kongsi cerita-cerita dengan saya.

Malam ini baru saya sedari, saya sudah lama tidak betul-betul membaca saifulislam.com, zaharuddin.net dan iluvislam.com. Mungkin kelapangan masa dan ketenangan itu tidak ada di shah alam.

Bagi saya, penghayatan semasa membaca sangat penting. Tambahan lagi, membaca tentang yang melibatkan iman ini. Bila tiada penghayatan, di situ tiada hadir kesedaran dan berfikir dengan mata hati.

Bila renung kembali saya di shah alam, hati ini mula rasa diri ini sudah mula berkarat kembali. Di rumah kecil ini, seperti satu penyucian hati. Fokus untuk berfikir dengan mata hati dan beribadat adalah lebih apabila di rumahku ini.

Mungkin di sini pentingnya biah solehah yang pernah diperkatakan sahabat saya. Menegur, menasihati dan berbincang tentang agama sesama kita adalah dapat kita menghalangi kita dari melakukan kemungkaran.

Ujian tidak akan putus, dan kuat lah hati melalui ujian itu, dan kerana CINTA nya, aku masih di bernyawa, dan aku juga perlu kuat dimana sahaja aku berada.

Pasti, sabar itu adalah yang akan lorongkan cahaya yang kita idamkan.

Ramadhan…..

Bila direnungkan kembali ramadhan-ramadhan yang lalu. Ramadhan semasa aku masih bangku sekolah adalah ramadhan paling bermakna. Pada ramadhan yang lalu itu, saya banyak menghabiskan masa dengan kakak angkat saya, yang juga jiran saya. Dia seorang yang warak dan banyak mempengaruhi hidup saya sekarang. Bila tibanya ramdahan, saya sungguh seronok kerana menunaikan solat tarawikh dan subuh secara berjemaah. Semasa dengan dia, saya mengenal solat tasbih dan berqiamulail di malam hari.

Di siang hari, bila kami berlapangan, kami akan ke majlis-majlis ilmu bersama. Buku dan pen selalu bersama saya jika ke majlis ilmu. Dia lah mengajar saya tentang aurat perempuan. Masih segar dalam ingatan, semasa mula-mula saya berjinak-jinak untuk memakai sarung kaki.

Dia meminjamkan saya sarung kakinya. Dan selepas itu, dia menghadiahkan sepasang sarung kaki yang baru pada saya. Saya tak salahkan mak saya kerana banyak tentang aurat saya pelajari bukan dari mak. Saya bangga ada mak saya. Mak tak pernah melarang, namun mengalakkannya.


Renung merenungi diri...

No comments:

Post a Comment