aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 5, 2008

Rebut peluang yang ada


Jika ramai pendakwah2 pentingkan diri pasti tak ramai yang rajin nak menulis dalam blog, kerana menaip utk post2 di blog agak memakan masa. Tapi apa erti jika hidup tidak pada memberi. Apa erti jika kita pentingkan diri sendiri. Apa ertinya jika kita tidak hiraukan orang-orang disekeliling kita. Apa ertinya jika berjimat tetapi saudara kita yang lain sedang bertahan lapar.

Samalah jugak dalam erti persahabatan , ukhwah, persaudaraan...

Kerana berkira , kita tidak menjalinkan silaturahim. Betulkah itu?

"Harga minyak dah naiklah, susahlah nak pergi surau sekarang" kata seorang kaki surau, namun sekarang dia sudah menjadi kaki TV akibat kenaikan harga minyak.

Sesungguhnya, apabila kita menolong agama Allah, Allah pasti permudahkan urusan kita yang lain juga.


HARGAILAH


Sikap tidak menghargai masa yang kita ada pada hari ini juga menyebabkan sindrom bertangguh-tangguh terus merebak pada masyarakat kini.

"Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai atau tidak di jambatan itu?'

Sudah menjadi kebiasaan, bila ianya sudah tidak di depan kita, baru kita sibuk mencarinya, sedangkan peluang itu sudah lama Allah kurniakan pada kita. Dengan pelbagai alasan, kita katakan kita tak berpeluang untuk melakukanya pada masa itu.

Apabila orang yang kita sayangi sudah tiada kita tangisinya. Sedangakan, pada waktu hidupnya insan itu, kita tidak mengadakan waktu untuk bertanya khabar berita padanya.

Apakah itu kita betul-betul menyayangi orang itu sedangkan kita langsung tidak mengendahkan semasa hayatnya?

Sebenarnya, apa-apa jua bentuk pekerjaan, jika kita malas dan tak mengadakan waktu itu, pasti ianya tak akan wujud.

Ramadhan..

Sebulan waktu Allah kurniakan pada kita sebagai bonus untuk kita. Melakukan ibadat di sepanjang bulan ini, akan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda. Namun, jangan pula kita hanya menjadi ALIM SEKEJAP di bulan mulia ini.

Sepatutnya, berjemaah di surau bukan hanya di bulan ramadhan tapi di galakkan juga di bulan-bulan lain. Namun, kebanyakan kita berpusu-pusu memenuhi surau dan masjid di bulan ramadhan.

Semoga kita dikalangan yang beristiqamah melakukan ibadat kepadaNya..

No comments:

Post a Comment