aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 6, 2008

Produk White Rabbit Creamy Candy disah positif melamin

Produk White Rabbit Creamy Candy disah positif melamin


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua rangkaian produk White Rabbit Creamer Candy dan Ego White Ra

bbit Creamy Candy ditarik balik dari pasaran

serta dimusnahkan setelah dianalisis positif meng

andungi melamin.


Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan ujian yang dilakukan makmal kesihatan kementerian yang mendapati produk itu mengandungi melamin melebihi standard iaitu 135 bahagian per sejuta.

“Jadi kementerian mengeluarkan arahan serta-merta bagi mana-mana pasar raya untuk menarik balik produk yang tercemar itu daripada rak-rak di pasar raya mereka sebagai langkah keselamatan dalam melindungi pengguna.



Kementerian juga telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kesihatan negeri untuk memusnahkan produk berkenaan. Kegagalan berbuat demikian, pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1983,” katanya kepada pemberita selepas melawat Makmal Kesihatan Awam Sungai Buluh, dekat sini, hari ini.

Liow berkata setiap produk yang dihantar ke makmal untuk dianalisis akan mengambil masa dua hari untuk diuji kandungan melamin.

Beliau berkata bermula 15 September lalu sehingga kini, 64 sampel makanan sudah dianalisis kandungan melamin bagi tujuan penguatkuasaan dan pemantauan yang dijalankan Makmal Jabatan Kimia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, serta Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Kementerian Kesihatan.

Jumlah penyitaan produk makanan yang disyaki mengandungi melamin di pasaran tempatan di seluruh negara pula ialah 2,719 yang terdiri daripada 775 produk makanan.

Beliau berkata kementerian juga telah meminta kerjasama Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) dan bercadang menambah dua lagi makmal di Johor Baharu serta Kota Kinabalu secepat mungkin bagi membantu mempercepatkan analisis dilakukan.

Sementara itu, Liow berkata hasil ujian terhadap produk ’Cheese Packet’ yang diperbuat daripada creamer dan cheese powder yang diimport dari New Zealand mendapati ia bebas daripada melamin.

Mengenai laporan beberapa media di Republik Korea terhadap kemungkinan sayuran serta buah-buahan dalam pasaran yang diimport daripada China mengandungi melamin, Liow berkata produk berkenaan masih dalam peringkat pemeriksaan tahap empat dan kementerian tetap memantau kemasukan semua hasil pertanian dari China.

Sementara itu, 64 produk makanan yang dianalisis dan didapati mematuhi standard bagi melamin termasuklah Chocolate Coated Wafer (Passion), Oreo White Chocolate Wafer Stick (Kraft), Mini Cornetto Chocomint dan Tiramisu Flavoured (Wall’S), Moo Soft Cookie Sandwich (Wall’s), Susu Tepung 123 Honey (Dutch Lady), Susu Berperisa Strawberi (Dutch Lady).

Baby Bites Carrot (Take One), Mini Poppers Strawberry and Vanilla Flavoured (Wall’s), Susu Tepung Penuh Krim (Dailylac), Yogurt Jelly (Strong), Milk Chocolate (M&M), Candy (Kong Chui), Menthos Yogurt dan Chocolate Eggs Rolls (Tongxi Foods). - Bernama



No comments:

Post a Comment