Biasa kita dengar dialog seperti di bawah ini
" Bangun pagi, inshaAllah dimurahkan rezeki"
Benar kata itu, cuma kadang-kadang, kita tak nampak rezeki yang datang itu.
Kenapa kita perlu bangun awal pagi(Selepas subuh)?
Sesungguhnya dijadikan siang itu , untuk kita berkerja , dan malam itu untuk waktu kita berehat atau tido. Namun sebaliknya berlaku kepada kita, lebih-lebih lagi pelajar mahupun orang-orang bujang yang menjadikan rutin pagi sebagai waktu paling terbaik untuk tidur.
Menurut kajian, kita lebih banyak waktu tidur daripada menjalankan aktiviti seharian.
Pagi adalah waktu paling best untuk tidur kerana udara dan suhunya yang nyaman dan sejuk.
Sepatutnya, pada waktu ini, kita menikmati anugerah kurniaan Illahi secara sedar dan melakukan aktiviti harian dengan penuh bersemangat. Biasanya, insan-insan yang selalu sakit kepala dalam konteks malaysia jarang diserang waktu pagi, ini berkemungkinan kerana nyamannya waktu pagi itu.
Hakikatnya, Allah telah menjadikan siang dan malam yang silih berganti untuk kita mengatur hidup kita sebaiknya.
Selain itu, mungkin kita bole sentiasa berfikir, alangkah ruginya kita di dunia ini yang hanya sekejap cuma ini, apabila kita banyak tidur.
Demi masa, sesungguhya manusia itu kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran- Al-'Asr.
p/s: beristiqamah bangun pagi ya sucimurni!..chayok-chayok
Sunday, February 15, 2009
Sunday, February 8, 2009
Diberi nafas ini Untuk Dinikmati
Hari ini, Allah bagi lagi kurniaan yang tak terkira dengan memberi lagi nyawa yang tak ternilai harganya untuk teruskan hidup ini.
Suasana hujung minggu ini yang agak panjang ini, memang dipenuhi dengan semua aktiviti, yang telah ditentukan Allah dan hanya dirancang oleh manusia.
Oleh kerana rindu sangat kat mak dan sesi keluarga di terengganu. Saya letak beberapa gambar disini yang diambil masa cuti semester bulan 12 hari itu. Gambar saya tuanpunyer blog tak da, sebab tuan punya blog ni tukang ambik gambar. Ada pun , gambar-gambar yang agak tak sesuai untuk dihidangkan di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)