Biasa kita dengar dialog seperti di bawah ini
" Bangun pagi, inshaAllah dimurahkan rezeki"
Benar kata itu, cuma kadang-kadang, kita tak nampak rezeki yang datang itu.
Kenapa kita perlu bangun awal pagi(Selepas subuh)?
Sesungguhnya dijadikan siang itu , untuk kita berkerja , dan malam itu untuk waktu kita berehat atau tido. Namun sebaliknya berlaku kepada kita, lebih-lebih lagi pelajar mahupun orang-orang bujang yang menjadikan rutin pagi sebagai waktu paling terbaik untuk tidur.
Menurut kajian, kita lebih banyak waktu tidur daripada menjalankan aktiviti seharian.
Pagi adalah waktu paling best untuk tidur kerana udara dan suhunya yang nyaman dan sejuk.
Sepatutnya, pada waktu ini, kita menikmati anugerah kurniaan Illahi secara sedar dan melakukan aktiviti harian dengan penuh bersemangat. Biasanya, insan-insan yang selalu sakit kepala dalam konteks malaysia jarang diserang waktu pagi, ini berkemungkinan kerana nyamannya waktu pagi itu.
Hakikatnya, Allah telah menjadikan siang dan malam yang silih berganti untuk kita mengatur hidup kita sebaiknya.
Selain itu, mungkin kita bole sentiasa berfikir, alangkah ruginya kita di dunia ini yang hanya sekejap cuma ini, apabila kita banyak tidur.
Demi masa, sesungguhya manusia itu kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran- Al-'Asr.
p/s: beristiqamah bangun pagi ya sucimurni!..chayok-chayok
No comments:
Post a Comment