aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 27, 2011

Cinta



Dengan kuasa cinta. Cinta mengubah segalanya. Cinta menjadikan kita bermotivasi.

Sesungguhnya aku lemah dan juga pernah layu.

Namun, aku tidak pernah lupa yang aku ada satu cinta.

Cinta ini mampu mengubah hidup aku.

Cinta ini mampu menghalang aku.

Cinta ini mampu membuatkan aku bangkit kembali.

Izinkan aku bercinta dengan setulus hatiku.

Cinta ini selalu memberi , selalu memberi...

Cinta ini selalu memberi yang terbaik kepada sesiapa yang menyintainya..

Semoga aku layak untuk bercinta lagi...


Ampunkan lah aku..terimalah taubatku...

"semoga ini bukan hanya kata-kata indah"............

Masuk bab baru

Dah dua bulan mengajar.

Dan  saya baru merangkak-rangkak nak masuk bab 3. Sesunggunya saya mengajar terlalu lambat. Saya terasa sangat pelik kenapa cikgu lain boleh mengajar laju samapai dah masuk bab 4 .

Saya ke yang lembap? Atau pelajar yang lambat menyalin nota dan banyak keranah, sehingga saya terpakse habiskan byk masa utk berleter didalam kelas?

Ujian kali ini, saya yang buat. Nasib baik. So, senang la saya nak adjust dengan apa yang saya mengajar.

Saya tekad utk mengajar tanpa membuang masa bermula esok. Saya tekad.. Hush..1 2 3 go go...
Tak de lagi nak berleter banyak. Namun, saya tak akan laju mcm kilat bila mengajar. Saya nak pelajar faham. Bukan laju menyalin nota.

Saya perlukan banyak effort utk mereka. Saya perlu bimbing mereka dengan lebih efektif.
Masalah displin mereka sangat lah baik ..terbaik dari ladang.

Sampaikan saya jadi cikgu singa hari2...

Macam-macam cara saya guna. Saya tak boleh putus asa. Cara yang terbaru saya , adalah, saya tak akan benarkan pelajar rehat atau balik, jika tidak siap menyalin nota saya atau latihan saya.

 Sekurang-kurangnya, pergi sekolah, bawak buku, bawak pen, salin nota dan buat latihan.

Memang cara saya buat menjadi..hehe..tahniah diri sendiri.. !...hehe

Saya rasa sangat sedih sejak kebelangan ini tengok pelajar-pelajar saya. Saya terpaksa ubah fikiran saya. Mengajar diorang bukan nak diorang cemerlang. Tetapi, mengajar supaya dia dapat ilmu itu dan dia menjadi orang berguna. Penjual burger yang berjaya ....~ dengan menggunakn konsep sains yang dipelajari...hehe


Kat sekolah plak, dah banyak benda2 negatif saya dengar. Baru saya tahu macam2..Tak baik betul utk kesihatan mengetahui segalanya itu. Lebih baik saya tak tahu dari saya tahu. Saya rasa lebih baik macam tu. So, saya boleh bekerja tanpa ada bad expectation towards them or something..hmmm..


Bersangka baik banyak-banyak. Saya kena macam tu. Kalau tak, kita akan diselubungi rasa yang negatif itu.. Sudah sudah..

Hm..

Menjadi cikgu yang terbaik utk pelajar. Jangan bandingkan dengan orang lain sangat. Saya kena pengang prinsip ni.

Cikgu pj dan sains yang terbaik utk pelajar saya. Bukan di sekolah saya. Tapi utk diri sendiri, kena buat yang terbaik. Jangan asyik fikir masalah masalah...

Fokus pada apa yang nak dikerjakan..Yeah!......bersemangat..


Hehe...

Wednesday, February 9, 2011

Nafas baru

Ketika ini, saya barus sahaja makan ubat selsema, painkiller, paracetamol, ubat batuk dansapu ubat Mucopolysaccharide .

Banyak betul ubat. Belum campur dengan ubat yang dah bekal dari kampung. Kenapa perlu makan ubat ?..sungguh tak larat melihat ubat-ubat ini.


Nafas baru. Hari ini berjumpa dengan penulis novel terkenal di sekolah. Cikgu2 lain kata , penulis terkenal. Tapi kenapa aku tak kenal dia.Hm, mungkin sebab dia tulis novel . Dah lama tak baca novel. Dan tak ada niat lagi buat masa ini , untuk beli novel dan baca sesungguh hati.Orang bagi free pun, rasa macam tak nak baca.


Kenapa?..


Aku pun tak tahu .


Semasa jumpa dengan dia, sempat jugak aku tanya pasal nak terbitkan buku. Kononnya nak terbitkan buku la.:P


Sebenarnya, dulu pernah jugak impian aku untuk menulis buku. Tapi semakin hari, semakin jauh. Namun tanpa disedari, blog ini sedikit demi sedikit aku tulis kerana rindu pada menulis yang pernah aku lakukan pada zaman persekolahan.

Kalau bukukan apa yang ada dalam blog ini , ada ke orang nak baca?...
Mesti berkualiti karya kita, baru ada orang nak baca. Oleh itu, jangan berangan jauh sangat . Kenapa perbaiki lagi.

Mungkin boleh terbitkan buku satu hari nanti, siapa tahu ?

Bercakap tentang menulis buku. Kalau seller abes, memang buat duit.
Dan ramai jugak orang berkecimpung dalam dunia ini kerana DUIT...nak duit lebih , nak duit tambahan..

Tiba-tiba tadi, aku terfikir sorang-sorang...boleh ke niat macam tu..bagi aku tak salah..Namun, adalah lebih baik niat pertama , untuk memberikan ilmu kepada orang lain. Dengan kata lain , IKHLAS dalam membuat sesuatu. Pebetulkan niat ...Perbetulkan niat...Kerana dengan cara itu, kita akan dapat balasan yang sewajarnya dariNya...inshaAllah.

Oleh kerana sudah lama tak berblog, sejak kerja ini. Dengan ini, saya mengharapkan diri saya ini rajin menulis kembali. Betapa berharganya jika kita menulis dan menulis, bukan untuk kita seorang tapi untuk orang ramai.

Saya lebih cenderung untuk menulis tentang motivasi . Nak tulis cerpen, boleh. Tapi kena merangkak2 kembali kerana sudah lama tidak menulis cerpen mahupun sajak yang bagus-bagus.

Selamat kembali Aniza!...

Monday, February 7, 2011

Berusaha untuk kuat

Kita adalah manusia yang mampu.
Kita mampu buat.
Kita mampu melakukannya.
Kita mampu berfikir.

Namun dalam kebolehan kemampuan kita, yang kita fikir hebat.
Kita sebenarnya tidak hebat jika kita kurang rasa berserah pada DIA..

Semoga, hari-hari akan datang, hidup lebih bertenaga kerana Dia.
Semoga , hari-hari akan datang , hidup lebih rasa berserah kepada DIA.

Lambat atau cepat hikmah disebalik kejadiaan yang telah diaturkan ini, adalah terbaik buat KITA semua.
Percayalah..percayalah...

Ya Allah...berikan kami ketabahan dalam melalui segalanya yang telah Engkau aturkan ini...

Ya Allah, Engkau lebih tahu apa yang terbaik buat kami..

Ya Allah....