aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 9, 2011

Nafas baru

Ketika ini, saya barus sahaja makan ubat selsema, painkiller, paracetamol, ubat batuk dansapu ubat Mucopolysaccharide .

Banyak betul ubat. Belum campur dengan ubat yang dah bekal dari kampung. Kenapa perlu makan ubat ?..sungguh tak larat melihat ubat-ubat ini.


Nafas baru. Hari ini berjumpa dengan penulis novel terkenal di sekolah. Cikgu2 lain kata , penulis terkenal. Tapi kenapa aku tak kenal dia.Hm, mungkin sebab dia tulis novel . Dah lama tak baca novel. Dan tak ada niat lagi buat masa ini , untuk beli novel dan baca sesungguh hati.Orang bagi free pun, rasa macam tak nak baca.


Kenapa?..


Aku pun tak tahu .


Semasa jumpa dengan dia, sempat jugak aku tanya pasal nak terbitkan buku. Kononnya nak terbitkan buku la.:P


Sebenarnya, dulu pernah jugak impian aku untuk menulis buku. Tapi semakin hari, semakin jauh. Namun tanpa disedari, blog ini sedikit demi sedikit aku tulis kerana rindu pada menulis yang pernah aku lakukan pada zaman persekolahan.

Kalau bukukan apa yang ada dalam blog ini , ada ke orang nak baca?...
Mesti berkualiti karya kita, baru ada orang nak baca. Oleh itu, jangan berangan jauh sangat . Kenapa perbaiki lagi.

Mungkin boleh terbitkan buku satu hari nanti, siapa tahu ?

Bercakap tentang menulis buku. Kalau seller abes, memang buat duit.
Dan ramai jugak orang berkecimpung dalam dunia ini kerana DUIT...nak duit lebih , nak duit tambahan..

Tiba-tiba tadi, aku terfikir sorang-sorang...boleh ke niat macam tu..bagi aku tak salah..Namun, adalah lebih baik niat pertama , untuk memberikan ilmu kepada orang lain. Dengan kata lain , IKHLAS dalam membuat sesuatu. Pebetulkan niat ...Perbetulkan niat...Kerana dengan cara itu, kita akan dapat balasan yang sewajarnya dariNya...inshaAllah.

Oleh kerana sudah lama tak berblog, sejak kerja ini. Dengan ini, saya mengharapkan diri saya ini rajin menulis kembali. Betapa berharganya jika kita menulis dan menulis, bukan untuk kita seorang tapi untuk orang ramai.

Saya lebih cenderung untuk menulis tentang motivasi . Nak tulis cerpen, boleh. Tapi kena merangkak2 kembali kerana sudah lama tidak menulis cerpen mahupun sajak yang bagus-bagus.

Selamat kembali Aniza!...

No comments:

Post a Comment