aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 12, 2011

Esok Hari Istimewa

Setelah mengetahui penyakit sebenar . Baru saya berlapang hati menerima segalanya. Barulah saya tahu kenapa sejak akhir-akhir ini asyik rasa nak jatuh bila berdiri dan rasa keletihan yang amat.

"Puan menghidapi penyakit tekanan darah rendah:" kata doktor

Dari saat itu barulah saya sedar betapa saya tidak menjaga kesihatan diri , tidak menjaga kesihatan yan Dia bagi.

Makan tak jaga dan mungkin pengurusan masa yang lemah sehinga tidak mempunyai masa yang berkualiti untuk berehat.

Alhamdulillah, disebalik rentetan satu persatu ujian yang datang. Rasa diri ini sangat kecil disisiNya. Dia mampu lakukan apa sahaja.

Kenapa esok hari yan teristimewa?

Sebab, inshaAllah, suami saya berhijrah ke selangor . Kenapa selangor?..Kenapa tak duk diam-diam kat negeri tumpah darah kami...KERANA disini Dia bagi kami rezeki.

Bercakap tentang rezeki, teringat kata-kata suami saya.
"Abang tak pernah risau tentang rezeki, tapi abang pelik dengan orang sekeliling yang terlalu risaukan abang tentang rezeki abang,..."
"Kita berusaha sahaja, biar dia tentukan..." tambah suami lagi


Biasanya kami banyak bercakap berdiskusi dan seterusnya bertukar pandangan di dalam kereta.

Biasanya topik hangat kami adalah rezeki, pendidikan , kerjaya dan tentang rumah tangga.

Kami banyak bercakap tentang teori dan praktikal . Rasa beruntung, sebab dia  juga memahami tentang tugas guru . Jadinya, bila saya mengadu tentang keranah pelajar-pelajar. Dia mudah faham dan banyak memberikan semangat baru untuk saya yan selalu tidak bermotivasi sejak akhir-akhir ini.

Untuk ahmad zamir,

Selamat Berhijrah ke sini....semoga penghijrahan kita di sini dirahmatiNya...
Kita mulakan hidup yang baru di sini.
Pelbagai ujian akan menunggu kita di hadapan.
Semoga kita saling ingat-mengingati agar kita sentiasa diredhaiNya..
pernikahan kita bukanlah tempat untuk mencari kesempurnaan..
pernikahan kita adalah tempat untuk menjadi catalyst pada peningkatan ibadatt kita.


:)



Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan yang istimewa



Ramadhan pertama sebagai isteri
Ramadhan pertama bergelar seorang guru.
Ramadhan yang teristimewa.
Alhamdulillah...

Dan ramadhan yang mulia ini jua akan bermulalah episod yang baru bagi saya dengan suami. Kami akan hidup sebumbung tak lama lagi.

Dan ramadhan ini jua menjadi sejarah, dimana bermula episod baru baru suami di tempat kerja baru.

selamat menyambut ramadhan al mubarak..

semoga kita sama-sama sentiasa pertingkatkan ibadatt di bulan mulia ini...

Rindu nak berpuasa di kampung......