Setelah mengetahui penyakit sebenar . Baru saya berlapang hati menerima segalanya. Barulah saya tahu kenapa sejak akhir-akhir ini asyik rasa nak jatuh bila berdiri dan rasa keletihan yang amat.
"Puan menghidapi penyakit tekanan darah rendah:" kata doktor
Dari saat itu barulah saya sedar betapa saya tidak menjaga kesihatan diri , tidak menjaga kesihatan yan Dia bagi.
Makan tak jaga dan mungkin pengurusan masa yang lemah sehinga tidak mempunyai masa yang berkualiti untuk berehat.
Alhamdulillah, disebalik rentetan satu persatu ujian yang datang. Rasa diri ini sangat kecil disisiNya. Dia mampu lakukan apa sahaja.
Kenapa esok hari yan teristimewa?
Sebab, inshaAllah, suami saya berhijrah ke selangor . Kenapa selangor?..Kenapa tak duk diam-diam kat negeri tumpah darah kami...KERANA disini Dia bagi kami rezeki.
Bercakap tentang rezeki, teringat kata-kata suami saya.
"Abang tak pernah risau tentang rezeki, tapi abang pelik dengan orang sekeliling yang terlalu risaukan abang tentang rezeki abang,..."
"Kita berusaha sahaja, biar dia tentukan..." tambah suami lagi
Biasanya kami banyak bercakap berdiskusi dan seterusnya bertukar pandangan di dalam kereta.
Biasanya topik hangat kami adalah rezeki, pendidikan , kerjaya dan tentang rumah tangga.
Kami banyak bercakap tentang teori dan praktikal . Rasa beruntung, sebab dia juga memahami tentang tugas guru . Jadinya, bila saya mengadu tentang keranah pelajar-pelajar. Dia mudah faham dan banyak memberikan semangat baru untuk saya yan selalu tidak bermotivasi sejak akhir-akhir ini.
Untuk ahmad zamir,
Selamat Berhijrah ke sini....semoga penghijrahan kita di sini dirahmatiNya...
Kita mulakan hidup yang baru di sini.
Pelbagai ujian akan menunggu kita di hadapan.
Semoga kita saling ingat-mengingati agar kita sentiasa diredhaiNya..
pernikahan kita bukanlah tempat untuk mencari kesempurnaan..
pernikahan kita adalah tempat untuk menjadi catalyst pada peningkatan ibadatt kita.
:)
No comments:
Post a Comment