Tuesday, November 22, 2011
Bertaburan kata-kata
Tanpa membaca , mana mungkin kita dapat idea yang bernas.
Sepanjang saya jadi pengawas peperiksaan SPM. Sempat juga saya membawa buku sebagai peneman. Mula-mula takut juga nak baca semasa bertugas kerana sudah diberi peringatan tidak buat itu dan ini. Salah satunya tidak boleh membaca buku .
Macam tak relevankan? TAK BOLEH itu dan ini.
Pengalaman pada hari pertama sebagai "runner " semasa pengawasan peperiksaan sudah cukup mengajar saya yang saya memerlukan sesuatu untuk dibaca.
Saya ingat lagi pada hari pertama itu, tugas saya yang sebagai runner dikehendaki duduk dikoridor luar kelas . Bila ada pelajar nak pergi bilik air, saya kena mengiringinya..dan kalau ada apa2 kes saya akan bergerak ke bilik utama pusat saya.
Pada hari pertama itu adalah kertas bahasa melayu. Tak ada masalah. Tak ada seorang pelajar pun keluar pergi bilik air. Tiba-tiba ternampak banyak nota-nota ditinggalkan diluar kelas. Saya membelek2 dan teruja untuk membaca .
"Wah,penulisannya sangat hebat!"
Lagi mengagumkan lagi, hasil penulisan itu adalah pelajar cina. Malu saya. Saya tak mampu nak buat ayat sebegitu bagus. Kosa kata yang hebat.
Keesokannya, saya mebawa buku untuk dibaca. Tapi taklah membaca sampai tak sedar pelajar angkat tangan. Membaca sekadar untuk mengelak dari mengantuk..hehe.
Alhamdulillah , bila membaca, rasa sangat berinspirasi!...Hari-hari seterusnya, saya membawa buku.
Sekolah yang saya ditugaskan ini adalah sekolah menengah jenis kebangsaan Cina. Mereka tekun menjawab soalan-soalan yang diberikan.Kebanyakkannya menulis sampai saat yang terakhir.
Mungkin ada yang mempersoalkan apa yang dilakukan.
Mungkin ada yang kata.
"Alah, budak Cina...bukan pandai sangat BM..menghafal je ..sebab tu ayat2 diorang power"...
Tanpa membaca dan seterusnya menghafal, mana mungkin mereka dapat menulis sehebat itu.
Ketika itu, teringat pada blog ini. Saya menulis pun jarang. Membaca pun tak konsisten sekarang. Sebab tu lah faktor utama blog ni macam senyap je...hehe.
Kalau rajin membaca, perasaan berkobar-kobar nak menulis tu selalu hadir.
Tapi sekarang , kita suka mengomen difacebook , membaca status2 di facebook daripada membaca bahan-bahan ilmiah yang membawa kita selalu berfikir dan seterusnya mendapat keredhaanNya,,
Ada beberapa hari lagi saya perlu mengawas pelajar SPM. :)
InshaAllah 7hb 12 adalah hari terakhir buat saya bertugas sebagai pengawas SPM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment