banner yang dibuat sempena majlis resepsi sebelah suami saya |
Assalamualikum...
Hari ini adalah hari ketiga saya bercuti. Cuti umum sempena cuti maulidur rasul. Esok jua, adalah cuti umum .
Hari ini, adalah lebih baik dari semalam. Semalam agak tak banyak aktiviti dibuat. Walaubagaimanpun, saya selalu cuba untuk baut sesuatu yang bermanfaat.
Semalam aktiviti yang boleh dibaggakan, pergi berjalan cepat di taman setia alam. Kiranya beriadah sikit. Malamnya dengar ceramah kat masjid.
Saya selalu cakap kat diri dan banyak jua bagi nasihat kat orang lain, agar membuat sesuatu yang berfaedah dan redha dengan takdir yang Allah berikan kepada kita. Kerana Dia yang menjadikan kita dan Dia tahu apa yang terbaik buat kita.
Namun kadang-kadang saya kalah dengan kata-kata saya dan dengan pegangan saya.
saya manusia biasa. Saya bisa menangis, dan saya jua bisa bersedih hati.
Sejujurnya, bila kita bersedih dan terus bersedih, tanpa berlawan dengan nafsu kesedihan, kita akan akan terus lemah dan selemahnya.
Bagi saya , salah satu cara yang mungkin kita pulihkan rasa sedih adalah bersenam. Kerana bila kita bersenam ataupun beriadah, terhasilnya atau hormon endorfin akan dirembeskan,
Apa itu hormon endorfin itu?
Hormon endorfin yang saya faham adalah membolehkan kita lebih ceria atau boleh jua menghilangkan stress.
"Buatlah sesuatu yang sepertimana esoknya tiada lagi buat kita"
SENYUMLAH :)
No comments:
Post a Comment