aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 14, 2012

Anak saya suka berfesyen

"Legging itu pemberian ibu"
"Anak saya memang suka berfesyen, saya selalu belikan baju yang cantik-cantik sejak dia kecil lagi"

Aduh ...Hamoi...

Kadang-kadang orang yang terlampau pandai , boleh jadi orang yang paling bodoh .

Rasanya, apa yang saya tulis di atas , sudah cukup merujuk kepada orang yang ingin saya perkatakan.

Bukan mahu mengaibkan dia. Cuba mahu kita semua celik jiwa dan minda.

Dan berhati-hati dengan kata-kata kita, kerana setiap kata-kata kita , melambangkan kejahilan kita. Walaupun setinggi mana akedemik seseorang itu, tapi kalau jahil agama, dari percakapannya , akan jelas tang tang hendaknya.

Jika saya menjadi seorang ibu, saya bercita-cita untuk mempunyai anak yang pandai dan semestinya bukan berjaya di dunia sahaja namun di akhirat jua.

Jika ada pilihan untuk memilih sama ada berjaya dunia atau akhirat. Sudah pasti, saya memilih akhirat.

Kerana di sana adalah lebih lama.

Namun di dunia ni, kita boleh berusaha untuk berjaya di dunia dan akhirat. Adalah amat rugi dan lagi merugikan jika kita hanya mengejar atau mendidik ZURIAT kita untuk berjaya didunia.

Membelikan pakaian anak-anak yang mendedahkan aurat untuk yang dah baligh,adakah itu salah satu cara didikan untuk mendidik anak berjaya di akhirat?

Untuk anak yang sudah baligh dan dikurniakan akal yang amat sempurna dan genius di katakan.....

"adakah anda tidak dapat membezakan yang mana salah atau betul bila pakaian tidak menutup aurat di pakai di luar rumah?..Sepatutnya , anak yang genius ini , bijak mengambil pemberian ibu itu dan menerangkan pada ibunya , yang pakaian sebegini, salah sama sekali disisi agama. ....

Lagipun, tidak menjadi kewajipan kepada si anak yang sudah baghlil untuk menuruti  arahan ibu jika, arahan itu salah disisi hukum agama Islam.

Wednesday, April 11, 2012

Diari Hamil

Semalam selepas ke klinik an nisa , jalan budiman, suami ajak saya jalan-jalan.

Oleh kerana dah malam, dan tak tahu mana dah nak pergi. Kami ambik keputusan pergi giant seksyen 13. Kat situ mcm2 ada.

Tak masuk giant pun, cuma pergi booth2 kat luar je. Macam biasa , mata ni pantang tgok baju dan tudung2. Cuma kali ni, cuci mata je.

Kena bertahan untuk membeli. Dah ambik budget utk joli. So, duk diam2 je...hehe.

Yang best kat giant ni, ada kedai buku MPH. hmm, kecik je tapi boleh lah kalau nak beli buku sebijik dua,

Masuk je kedai tu, nampak buku diari hamil. Apa lagi, terus capai dan baca untuk beberapa minit.
Macam menarik plak. Sebenarnya dah lama jumpa buku ni dan booth2 tepi masjid shah alam. Tapi kali ni, seperti rasa nak beli sgt2. Beli je la. Walaupun hakikatnya, saya tak hamil lagi..hehe..

2 3 minggu lepas beli buku anakku cemerlang anakku soleh by ustaz zahazan.Heheh..so utk gaji bulan ni saje, dah 2 bijik buku beli tentang "anak".. Teruja membaca buku2 ni.
Tak salah beli buku, walaupun tak ada anak lagi. At least , nanti, boleh beramal.

Dulu pun, sebelum nikah lagi, dah baca tentang rumahtangga . Alhamdulillah, sangat helpful bila dah kahwin ni.

Bila iman lemah, dan ingat balik apa yang kita baca, inshaAllah, ianya dapat menguatkan kita balik.

Tentang diari hamil ni. Sebenarnya banyak dah tahu jugak. Terumatnaya helaian awal2 tu.Sebab sudah terbiasa baca di internet sebelum ni.

Anyway, tak pelah, nanti dah lekat..boleh terus gune buku sebagai catatan jugak..hehe...

happy day ...public holiday - best duk rumah...cuci hati..cuci tgn , cuci baju je belum..hehe...:)




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Sunday, April 1, 2012

a b c

" Dah masuk bulan 4 "

:)

Senyumlah wahai diri :)

Sekejap sangat masa berjalan..

Esok sekolah, Lusa sekolah. Cikgu rasa nak bercuti je ni,

Rasa suka duk rumah, walaupun xde orang pun kat rumah ni.

Best duduk rumah je. :)