"Legging itu pemberian ibu"
"Anak saya memang suka berfesyen, saya selalu belikan baju yang cantik-cantik sejak dia kecil lagi"
Aduh ...Hamoi...
Kadang-kadang orang yang terlampau pandai , boleh jadi orang yang paling bodoh .
Rasanya, apa yang saya tulis di atas , sudah cukup merujuk kepada orang yang ingin saya perkatakan.
Bukan mahu mengaibkan dia. Cuba mahu kita semua celik jiwa dan minda.
Dan berhati-hati dengan kata-kata kita, kerana setiap kata-kata kita , melambangkan kejahilan kita. Walaupun setinggi mana akedemik seseorang itu, tapi kalau jahil agama, dari percakapannya , akan jelas tang tang hendaknya.
Jika saya menjadi seorang ibu, saya bercita-cita untuk mempunyai anak yang pandai dan semestinya bukan berjaya di dunia sahaja namun di akhirat jua.
Jika ada pilihan untuk memilih sama ada berjaya dunia atau akhirat. Sudah pasti, saya memilih akhirat.
Kerana di sana adalah lebih lama.
Namun di dunia ni, kita boleh berusaha untuk berjaya di dunia dan akhirat. Adalah amat rugi dan lagi merugikan jika kita hanya mengejar atau mendidik ZURIAT kita untuk berjaya didunia.
Membelikan pakaian anak-anak yang mendedahkan aurat untuk yang dah baligh,adakah itu salah satu cara didikan untuk mendidik anak berjaya di akhirat?
Untuk anak yang sudah baligh dan dikurniakan akal yang amat sempurna dan genius di katakan.....
"adakah anda tidak dapat membezakan yang mana salah atau betul bila pakaian tidak menutup aurat di pakai di luar rumah?..Sepatutnya , anak yang genius ini , bijak mengambil pemberian ibu itu dan menerangkan pada ibunya , yang pakaian sebegini, salah sama sekali disisi agama. ....
Lagipun, tidak menjadi kewajipan kepada si anak yang sudah baghlil untuk menuruti arahan ibu jika, arahan itu salah disisi hukum agama Islam.
No comments:
Post a Comment