aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 25, 2012

18 september


18september 2012, adalah ulangtahun kelahiran saya.

Tahun ini genap 25 tahun saya hidup di bumi Allah ini.

Alhamdulillah, pada umur 25 tahun , saya berkerjaya , bersuami seorang hamba Allah, memiliki kelurga yang semakin membesar dan banyak lagi nikmat yang Allah yang tak terkira itu.

Walaupun masih ada impian di hati tak tercapai. Tapi saya redha , dengan sususan kehidupan yang pastinya semua ini adalah dari Allah .

Alangkah cepatnya masa belrlalu, bila baca balik entry ulangtahun kelahiran saya sebelum saya kahwin, saya rasa baru semalam mnulis .
Ruginya jika , kita bermalas-mlasan.

Ruginya, jika mengikut emosi untuk sedih .
Sedangkan masa berlari terlalu pantas. Dan alangkah ruginya, jika tidak menghargai orang-orang yang menyayangi kita disekeliling kita.

Semasa hari ulangtahun kelahiran saya, saya rasa begitu gembira. Macam budak kecil yang akan bakal dapat hadiah dari kawan-kawan atau ahli keluarganya.

Saya rasa begitu istimewa dengan tarikh itu. Tarikh dimana , tarikh seorang ibu bertarung nyawa untuk melahirkan puterinya.


Pada pagi hari ulangtahun tu, saya terkejut dapat sms dari ibubapa saya. Selama ini saya  tak pernah dapat  sms wish bewday dari ibubapa . Biasanya, mak yang telefon .Tu pun, adik2 yang ingatkan kut..hehe..mak dah tua, anak pun ramai. Saya tak terasa pun kalau dia tak ingat. Jasa dia lagi banyak kat saya. Tak terbalas dgn bukit emas sekalipun.

Di facebook, saya cuba membalas dengan seikhlas mungkin semua wish yang diberi. Dan cuba ingat balik karakter sang pemberi ucapan.

Semoga Allah memberkati umur ini.

25 sudah...

semoga lebih matang selari dengan ilmu.
Semoga dapat tingkatkan ibadat dan lebih sempurna dalam beribadat :)





Wednesday, September 19, 2012

Janji yang pasti

Assalamualaikum..


Sekian terbiar, penuh dengan lalang.

Alhamdulillah update sikit la ye..

PMR semakin hampir. Sebagai cikgu yg mengajar tingkatan 3, debaran cukup terasa.
Kadang-kadang rasa risau  dengan segala usaha yang dilakukan.
Apabila tengok result trial baru2 ni, rasa sangat dukacita. Namun, alhamdulillah, ada orang2 yang positif dan yang sentiasa ingatkan, yang kena betulkan niat untuk mengajar.

"Niat yang utama kena tanam dalam hati, kerana Allah,dan ingat bukan kerana nak ramai yang lulus dan cemerlang" kata suami , setiap kali saya merungut tentang betapa sedih tengok keputusan pelajar yang saya ajar.

"Allah tak pandang hasil dia, tapi Allah pandang usaha kita..baca balik surah yassin tu molek2"pesan suami lagi

Kadang-kadang lupa dengan niat yang suci yang patut kena selalu ingat ..

Cikgu Aniza,

1. Ingat niat yang pertama menjalankan tanggunjawab sebagai guru adalah kerana Allah.
2. Usaha, kena bersungguh-sungguh, tapi tawakal pun kena tinggi.
3. Selepas usaha, jangan nak sedih yang melampau kalau betul2 tawakal kat Allah.
4. Allah tak kan bagi semua yang kita nak, kalau Allah bagi semua yang kita nak, mungkin musnahlah kita...
5. Ingat, tanggunjawab sebagai isteri adalah lebih besar .
6. Banyakkan istighfar dan selawat kalau rasa geram sgt, sedih sgt, benci sgt-pengetua saya pesan td kat saya..hehe...:)
7.Allah sayang kita lebih dari segalanya..:) Ingatlah Allah selalu, pasti hati jadi tenang :)


jom..sambung kerja balik...

sabar ye cikgu aniza...: