Assalamualaikum..
Sekian terbiar, penuh dengan lalang.
Alhamdulillah update sikit la ye..
PMR semakin hampir. Sebagai cikgu yg mengajar tingkatan 3, debaran cukup terasa.
Kadang-kadang rasa risau dengan segala usaha yang dilakukan.
Apabila tengok result trial baru2 ni, rasa sangat dukacita. Namun, alhamdulillah, ada orang2 yang positif dan yang sentiasa ingatkan, yang kena betulkan niat untuk mengajar.
"Niat yang utama kena tanam dalam hati, kerana Allah,dan ingat bukan kerana nak ramai yang lulus dan cemerlang" kata suami , setiap kali saya merungut tentang betapa sedih tengok keputusan pelajar yang saya ajar.
"Allah tak pandang hasil dia, tapi Allah pandang usaha kita..baca balik surah yassin tu molek2"pesan suami lagi
Kadang-kadang lupa dengan niat yang suci yang patut kena selalu ingat ..
Cikgu Aniza,
1. Ingat niat yang pertama menjalankan tanggunjawab sebagai guru adalah kerana Allah.
2. Usaha, kena bersungguh-sungguh, tapi tawakal pun kena tinggi.
3. Selepas usaha, jangan nak sedih yang melampau kalau betul2 tawakal kat Allah.
4. Allah tak kan bagi semua yang kita nak, kalau Allah bagi semua yang kita nak, mungkin musnahlah kita...
5. Ingat, tanggunjawab sebagai isteri adalah lebih besar .
6. Banyakkan istighfar dan selawat kalau rasa geram sgt, sedih sgt, benci sgt-pengetua saya pesan td kat saya..hehe...:)
7.Allah sayang kita lebih dari segalanya..:) Ingatlah Allah selalu, pasti hati jadi tenang :)
jom..sambung kerja balik...
sabar ye cikgu aniza...:
No comments:
Post a Comment