aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 12, 2012

Morning sickness???

Alhamdulillah, sayangku dah 6 minggu 1 hari di dalam rahim bonda.

Sepanjang hamil setakat ni, tak pula mengalami masalah morning sickness yang teruk sgt. 
Cuma, macam mengada-ngada je kut.

Semalam, kali pertama, saya muntah masa makan. Dah la kat kedai makan. Orang belanja makan. Ada kenalan plak dalam kedai tu.

Nasib la. Nampaknya, baby ni nak semua orang tahu dia ada kat dalam. Selama ni ok je makan . Cuma mual sikit je la.

Oleh karana, dah setahun lebih baru lekat baby ni, rasa teramat menghargai kurniaan ni. Sampai asyik fikir baby ni je kalau lambat makan. 

Pada mulanya, rasa sangat lapar, nak makan tak berhenti, sekarang, macam rasa sgt tak berapa selera nak makan. Kalau makan pun, sebab risau perut masuk angin, dan baby tak cukup nutrient.

Mengidam?, rasanya tak ada sangat.cuma rasa nak makan yang mengade2 je kut. Kalau craving betul tu tak ada.

Suka sangat makan asam skrg, sbb mual sgt. kalau tak lidah rasa pahit sgt. Walau bagaimanapun, tak makan beterusan. Kawal jugak pemakanan asam ni. Tak bagus kan...

Hm ..detik-detik upt positif!!!!!!

Setelah sekian lama menunggu, setelah berpuluh batang upt dibeli , akhirnya, upt positif.

Ceritanya macam ni...
Pada mulanya, saya sudah berat hati untuk membuat upt lagi. Dah lah time raya haji ni. Rosak je mood nak bersuka ria di kampung.

Tapi, dengan nasihat dan dorongan suami, siap dia kata, nak tlg check dan nak rahsiakan lagi..supaya saya tak begitu keciwa,

So, pada malam hari raya aidiladha yang pertama, saya gagahkan jua g guardian kat giant tu. Seperti biasa beli yang murah je. ASekali beli 2 batang terus...

Malamnya, rasa sangat dokrok, sampai, daging satay bbq pun jampah satu dua btg je. Olehkerana, suami nak g main futsal, di eksportnya isterinya ini di rumah maknya yang tak jauh pun dari situ..huhu.

Tak banyak cerita, masuk je , rumah mertua, terus basuh kaki n tidur, penat kut. X larat nak sembang dahhh..

Paginya, macam biasa, jam hset saya kunci 2 kali 5 lebih dan pukul 6. Tak sedar langsung jam bunyi kul 5, keju2 dah kul 6 10 , bangun cepat2 dan meraba cara upt. Pergi toilet check.

Mula-mula check ,timbul single line, hampir seminit kut. Then , saya cakap sorg2, dah agak dah../

Tak lma slps tu, macam timbul line tapi x jelas sgt. Sya gosok mata saya byk2 kali..yela, mata baru bgn tdo kan macam kabur sket kan. Bila tgok ade tak ade je ni..betul ke ni..aduii..thn timbul purple yang sangat kabur. 

"hah, betul ke ni?, jerit saya sorg2 dlm yoilet.
Terus masuk bilik dptkan suami....

"Abangggggg,bukak lah mate tu, bukak lah mate, cepat2..."

"mende"

"Aci tgok ni, ade line 2 ker ni?'

"hmm, betul r ni...saya ngandung ooo.alhamdulillah......."

terus tubik airmata, nanges terharu....

Sebenarnya, tak harap sangat dah kali ini, sbb dah byk kali check negatif. Dah masuk hari ke 49, alhamdulillah, miracle do happen..huhu...yela, hari ke 30 sampai 36 saya buat upt asyik negatif je..

Bilre fikir balik, Allah nak bg macam2, boleh berlaku.



Thursday, November 8, 2012

Aku ingin mencintaimu setelusnya

Tuhan Betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-Mu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena
Sementara engkau beri aku kesempatan berulang kali, agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakan-Mu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-Mu…
.
Aku ingin mencintai-Mu setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-Mu selamanya, sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu denganmu ya robbi


Lirik lagu yang menyentuh hati. 
Betapa , Allah sangat baik pada kita walaupun kita bersifat macam tak kenang budi.
Bila sedih, duk merayu2 dengan Allah.
Tapi bila gembira, sukarnya nak merayu2.
mACAM CONFIRM MASUK SYURGA.
Allah tengok je kita sokmo. Tapi kita buat tak endah je.
Suka hati solat lewat. Dalam sehari nak istighfar 100 kali pun susah. Macam kita ni maksum.
Nak macam-macam dengan Allah, baru nak solat hajat. Baru duk muhasabah.
Tapi bila Allah uji dgn kesenangan, nak sedekah rm 10 pun sayang.
Macam duit boleh bawak kat akhirat. Boleh bawak duit pergi beli pizza kat akhirat.
Bila kita lebih dari orang , suka sangat kita nak menghina orang lain sesuka hati.Padahal , org yang kita hina tu, jauh lebih baik dari kita.
Bila nak pergi majlis ilmu, alasan kita pelbagai. Kalau pergi pun, berlagak tak habis. Macam bagus sangat. Ingatlah, Allah tahu segala apa yang dalam hati kita.