aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 25, 2009

Kita adalah siapa ya?

"Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?"

Petikan ayat-ayat diatas, saya ceduk dari saifulislam.com. Selepas baca artikel di blog itu. Saya betul-betul tertarik dengan ayat itu. Memandangkan sekarang tengah panas dengan isu palestin, dengan boikot barangan ISRAEL dan sekutunya Amerika dan ada pula yang tidak lupa dengan mewujudkan bermacam-macam tabung untuk satu tujuan iaitu SAVE GAZA.





Namun dalam peristiwa itu, ramai juga yang mula melihat jauh tentang persoalan-persoalan yang timbul mengenai ISRAEL vS PALESTIN ini.

Adakah kita betul-betul mengkaji hadith-hadith kita?..

Rasulullah S.W.t pernah bersabda yang lebih kurang..ajarkan anak-anakmu 3 perkara:
1) menaiki kuda-
2)memanah-(versi sekarang-menembak)
3)berenang-boleh tahan nafas di dalam air, bukan ajar sampai boleh wakil negara.

Sedangkan hadith ini, telah dikaji oleh orang-orang yahudi dan seterusnya mengaplikasikannya untuk melawan musuh mereka. Bijak tak mereka?

Sekarang mereka telah menyemat di hati-hati anak-anak mereka benci musuh mereka dengan hebat.

Kita?

Adakah kita betul-betul benci musuh kita?

Adakah kita betul-betul boikot barangan mereka?
Atau hanya boikot kerana tengah isu panas?

Melihat isu boikot pula, saya rasa terpanggil untuk mengatakan, ada sesetengah dari kita, yang tak betul2 faham , kenapa kita perlu boikot barangan musuh-musuh kita. Senang cerita, ini berlaku, sebab kita tak cinta.. TAK cinta?

Kenapa?

Sebab MUNGKIN kita tak ikut perkembangan semasa mungkin, kita tak sibuk nak kaji sejarah palestin, kita tak sibuk mengira syahid-syahid di palestin, kita tak sibuk merenung dan muhasabah diri tentang palestin ..etc

Mungkin pula...

Kita sibuk dengan isu Memey dan Norman hakin..Mawi dan Ikin..

Mungkin itulah akibat dan munasabab lahirnya golongan yang kurang faham ini tentang isu boikot dan seterusnya boikotnya hanya separa separa sahaja. Tak pun hanya di perjalanan isu yang tengah HOT ini.

No comments:

Post a Comment