aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 21, 2009

Demam denggi

Minggu lepas iaitu 9hb januari 2009, saya telah di sahkan menghidap demam denggi. Pengesahan demam denggi itu telah dibuat apabila suhu badan saya yang menjangkau 39 darjah celcius, walaupun sudah makan ubat demam sehari suntuk. Selepas membuat ujian darah , didapati platlet saya sudah mulai merosot kepada 118 platlet sahaja. Orang normal biasenya platletnya 150.

2 Hari menahan sakit, dan ke hulur ke hilir ke PPUM dan Pk Uitm , saya gagal jua untuk memasuki wad. Platlet saya yang semakin menurun pada ketika itu, amat merisaukan saya. Sehinggalah pada 13hb , saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung, Kuala terengganu.

Dengan keadaan yang kurang stabil itu saya telah menaiki bas express malam 13 hb itu.Esoknya, saya telah dimasukkan ke wad HSNZ (hospital besar KT). Masa tu, platlet dah merosot kepada 57 platlet. Masa tu mata saya dah mulai bengkak, dan kaki rasa sangat sakit untuk berpijak.

Walaubagaimanapun, saya lega apabila saya selamat sampai di terengganu. Sekurang2nya, ada yang sentiasa boleh diharapkan untuk menjaga saya. Keajaiban telahberlaku , kerana biasenya demam denggi seperti ini, ambik masa yang agak lama untuk sembuh. Namun selepas 3 hr saya di wad, platlet sya mulai melonjok ke 117 platlet dan dibenarkan pulang.

Alhamdulillah..

Sekarang, saya kembali ke shah alam untuk meneruskan rutin harian saya sebagai pelajar.

Namun, sejak sembuh dari demam denggi ini, saya rasa cepat mengantuk dan hilang semangat untuk melakukan rutin harian sbg seorang pelajar.

No comments:

Post a Comment