aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 26, 2010

Sebulan lebih sudah


Sebelum akad nikah di masjid wilayah...berkopiah..abg no-2, baju putih -pengantin =)


Memandangkan saya tak selalu update tentang aktiviti harian saya disini. Selalunya saya update secara overall dan kadang-kadang langsung tidak mengupdate tentang apa yang saya buat sekarang dLL..

Ok...6 June 2010...selamat sudah abang terakhir saya diijabkabulkan. Dia anak yang ke-3 dari 8 org adik beradik. Sekarang tinggal lagi 5 orang puteri. Semua putera2 sudah selamat berumahtangga,,Didoakan agar bahagia melayari bahtera didunia sehingga ke syurga.

Pesan ustaz Saifuddin semalam.
"lepas kahwin, jangan plak tak pergi surau langsung"...

Allah sudah menganugerahkan apa yang kita mahu dalam hidup. Kemudian, kita kembali bersyukur dengan anugerah itu dan meneruskan pencarian ilmu utk dekatkan diri kita padaNya.

Mungkin selepas berkahwin, banyak kekangan demi kekangan yang akan dialami..

Nak honeymoon la, nak pergi beli barang la..nak pergi umah saudara mara la...

Namun, kita sebagai manusia bisa mengatur masa dengan bijak. Carilah masa utk pasangan, masa utk beramah mesra dengan keluarga baru, dan jangan lupa utk mencari ilmuNya.

Lumrah utk semua manusia, bila sudah "double" , banyak benda yang perlu kita fikirkan..

Kata ustaz pahrol, kita sekarang sama belajar dan memperbaiki diri. Yang menulis pun masih jua mengingatkan dirinya sendiri.

12 June 2010..kenduri majlis perkahwinan abang saya diadakan. selamat ..alhamdulillah..

Diantara waktu-waktu itu, saya diserang demam. Mula-mula sakit tekak biasa. Namun ianya berubah semakin parah.

Doktor kata "perubahan cuaca"..

Mungkin jugak..Balik je dari KL (rumah pengantin perempuan)..saya mula sakit tekak.

Mase kenduri, saya layu semacam. Memang tak larat. Berbijik2 ubat terpakse ditelan utk gah membuat keje.

Ok..

p/s:Gunakan setiap detik yang kamu ada dengan berbuat benda berfaedah...

Bermukabuku ada masa, tapi nak menulis atau membaca benda2 yang meningkatkan ilmu langsung tidak ada....REMINDER!..

Wednesday, June 23, 2010

bila waktu telah berakhir



bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi

by :OPICK


Seribu impian didunia akan menjadi debu bila waktu itu hadir.

Segala harta yang dimiliki didunia akan ditinggalkan buat selamanya...

Segala keseronokan dunia akan ditinggalkan..

by : aniza


Tak mudah untuk selalu tersentuh dengan dari mana kita ini dijadikan. Tidak mudah untuk bermuhasabah diri sehingga air mata peneman terbaik.

Ada yang insaf sedetik cuma. Bermusim...Mengikut suasana..

"Mengingatinya setiap detik, setiap waktu..itulah ketenangan terbaik...."luah seorang ustaz..

"Namun hanya ilmu yang mampu mengangkat diri kita utk berfikir dan menjalankan amal..."

"Banyaknya dosa"..jerit seorang insan itu dihatinya..

"Aku mahu suasana ini sentisa ada dihatiku...aku lebih tenang begini..."kata-kata terdetik dihatinya.

............................................................................................................................

"Aku, bila habis belajar ni, nak sambung lagi sampai PhD.."luah seorang student tahun akhir

"Aku nak buka business besar2"luah seorang kawannya

"Kamu semua, lepas belajar, jgn lupa sambung belajar lagi...." kata seorang pensyarah kepada pelajarnya.


Semuanya tak salah..Tapi mana cita-cita untuk bekal ke sana?.

Mana, tanggunjawab yang wajib keatas kita.


Ustaz azhar berkata

"Tanggunjwb org Islam bukan setakat puasa, solat je..tapi lebih dari itu...



To be continue...

=(



Sunday, June 20, 2010

Dia dengan kehidupannya





Setiap kali pergi belajar menjahit. Satu emosi saya terganggu dengan satu suasana dan bila say afikir nasib seorang hamba itu. Hamba itu manusia biasalah. Umur dia dalam lebih kurang 30 an dah nak masuk 40 an kut. Masa muda saya kenal jugaklah dia. Dan sekarang, Allah ketemukan kami kembali.

Dulu, mase die belum kahwin. Bagi saya, dia lelaki yang baik, berakhlak dan terurus hidupnya. Walaupun kerjanya biasa2 saje. Mungkin akhlak atau lebih senang citer perangai dia baik. Sya yang masih kecil masa tu, terus melabelkan dia memang seorang yang baiK.

Lepas tu , saya dengar dia kahwin dengan janda. Masa tu saya tak plak nak fikir benda negatif. Masa saya kecik, saya fikir itu jodohnya. Lepas tak lama dari itu means dah beranak pinak. Dia bercerai. Menurut orang yang saya percayai MENGATAKAN isteri dia dan keluarga belah isteri dia kurang baik dan mintak cerai.

Dia sangat berkerja keras semasa mengahwini perempuan tu. Siap beli tanah dan rumah dan letak nama tu atas isteri dia. Last2, macam dianiaya. Dia terpaksa menceraikan isteri dia tu , sebab mak mertua dia x habis suruh dia menceraikan isteri dia tu. Masa tu, saya sedih sangat tahu cerita tu. Dan berdoa, Allah bagi yang lebih baik utk dia.

Last2, saya dengar dia kahwin lain lepas bercerai dengan isteri first dia. Alhamdulillah ok. Tapi bila saya belajar menjahit kat situ. Saya dapat tahu secara kebetulan tentang dia. Macam2 orang mengata dia. Bila saya tengok keadaan dia sekarang, saya pula rasa susah hati. Terus, saya rasa macam apa yang saya imagine selama ini x sama.

Setiap kali saya tengok keadaan dia juga...saya rasa macam hidup ni sekejap cerah, sekejap mendung..dan kadang2 ianya boleh jadi mendung selamanya..kadang dia bertukar2..

Kenapa keadaan dia sekarang seperti something wrong somewhere menyebabkan hati saya rasa susah hati.

Muka dia pun dah berubah sekarang. Mungkin dah tua. Tapi muka dia nampak risau. Sedih...

Bukan busybody, tapi ini hanya luahan hati saya. Dan keadaan dia menyebabkan saya berfikir panjang tentang kehidupan.

Walaupun dia bukan siapa-siapa pada saya. Namun dalam hati kecil saya , saya doakan dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang.

Macam tulisan karangan budak2..tapi inilah sebenarnya bermain dalam kepala saya.

Saturday, June 19, 2010

Terlalu lama...

Bila terlalu lama...yang subur akan jadi tidak lagi subur..
Tambahan lagi, bila tak diletak baja dan air ..

Terlalu lama saya meninggalkan blog.Bercuti dah hampir sebulan. Sibuk tak la sibuk mana.

Tapi ni semua sbb penyakit malas.

Sepanjang saya tidak mencoret disini. Majlis perkahwinan abang saya telah diadakan.

Alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar.

fullstop..sambung malam ni inshaALLAH,,,=(