aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 26, 2010

Sebulan lebih sudah


Sebelum akad nikah di masjid wilayah...berkopiah..abg no-2, baju putih -pengantin =)


Memandangkan saya tak selalu update tentang aktiviti harian saya disini. Selalunya saya update secara overall dan kadang-kadang langsung tidak mengupdate tentang apa yang saya buat sekarang dLL..

Ok...6 June 2010...selamat sudah abang terakhir saya diijabkabulkan. Dia anak yang ke-3 dari 8 org adik beradik. Sekarang tinggal lagi 5 orang puteri. Semua putera2 sudah selamat berumahtangga,,Didoakan agar bahagia melayari bahtera didunia sehingga ke syurga.

Pesan ustaz Saifuddin semalam.
"lepas kahwin, jangan plak tak pergi surau langsung"...

Allah sudah menganugerahkan apa yang kita mahu dalam hidup. Kemudian, kita kembali bersyukur dengan anugerah itu dan meneruskan pencarian ilmu utk dekatkan diri kita padaNya.

Mungkin selepas berkahwin, banyak kekangan demi kekangan yang akan dialami..

Nak honeymoon la, nak pergi beli barang la..nak pergi umah saudara mara la...

Namun, kita sebagai manusia bisa mengatur masa dengan bijak. Carilah masa utk pasangan, masa utk beramah mesra dengan keluarga baru, dan jangan lupa utk mencari ilmuNya.

Lumrah utk semua manusia, bila sudah "double" , banyak benda yang perlu kita fikirkan..

Kata ustaz pahrol, kita sekarang sama belajar dan memperbaiki diri. Yang menulis pun masih jua mengingatkan dirinya sendiri.

12 June 2010..kenduri majlis perkahwinan abang saya diadakan. selamat ..alhamdulillah..

Diantara waktu-waktu itu, saya diserang demam. Mula-mula sakit tekak biasa. Namun ianya berubah semakin parah.

Doktor kata "perubahan cuaca"..

Mungkin jugak..Balik je dari KL (rumah pengantin perempuan)..saya mula sakit tekak.

Mase kenduri, saya layu semacam. Memang tak larat. Berbijik2 ubat terpakse ditelan utk gah membuat keje.

Ok..

p/s:Gunakan setiap detik yang kamu ada dengan berbuat benda berfaedah...

Bermukabuku ada masa, tapi nak menulis atau membaca benda2 yang meningkatkan ilmu langsung tidak ada....REMINDER!..

No comments:

Post a Comment