Alhamdulillah lama benar tak dapat berpuasa satu bulan di rumah. Tahun ini, Allah bagi keizinan utk saya berpuasa di rumah.
Sangat gembira.
Ada yang kata bulan puasa tak perlu buat kerja2 berat. Cukuplah sekadar biasa-biasa je , kerana badan kita letih, pastu malam kena tarawikh plak pastu kena bangun sahur lagi.
Betul ke macam tu ?...
Pada pagi ramadhan pertama ..
"Semalam terawikh kat masjid saya habis pukul 920.." kata seorang perempuan yang saya kenali.
"Oo, kat surau kat rumah, habis pukul 11,sebab ada tazkirah tambah2 ada muqadimah sikit sempena tazkirah antara terawikh," kata saya ..
"Tazkirah apenyer bulan2 puasa ni..orang letih tak larat. lepas bulan puase , sambung lah balik..kesian kat orang..." jawab perempuan tadi...
Terkesima saya...
Adakah saya salah dengar?..Atau saya yang jahil?????
Bukankah mendengar tazkirah juga adalah ibadat?...
Kenapa disempitkan ibadat hanya pada puasa dan solat?...Atau dia berkata-kata sedemikian rupa kerana SESUATU?....
Bukankah peperangan Badar dan pembukaan kota Makkah berlaku di bulan ramadhan?
Saya teringat kata-kata seorang ustaz di racncangan tanyalah ustaz,TV9..
Ada penonton bertanya , yang mana lebih afdal bersolat untuk bersolat tarawikh..?
Ustaz tu cakap
"Adalah lebih afdal berjemaah, tapi kne ingat dia adalah ibadat sunat..bukan wajib..tapi sangat digalakkan buat di bulan ramadhan. Kerana ramadhan hanya datang sekali je setahun. Satu lagi carilah tempat yang boleh menambahkan kekusyhukkan.."
Dia menambah lagi
"Adalah baik jika dalam kita bersolat terawikh ada tazkirah diantara solat tarawikh. "
Dia menambah lagi
" Jika banyak itu tak berkualiti buat apa, baik sedikit tapi berkualiti..sama jualah semasa solat terawikh. Waalaupun hanya 8 rkaat , tapi, ianya lebih khusyuk dan mengerjakan solat dalam tenteram , tak pula..terkerja-kerja..."
Hmm...fikir-fikirlah..
mood: mengantuk :(
No comments:
Post a Comment