aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 17, 2010

Bila hati berbicara

"Apa yang aku buat selama hampir 3 bulan di rumah" tiba-tiba hati berbicara.

"Adakah apa yang dirancang sebelum habis belajar lagi sudah terlaksana"

Masa belajar hari tu, tak sabar nak habis belajar ,masa tu macam-macam plan nak buat.

1. Nak beli buku, nak baca buku. Nak baca balik buku-buku yang telah dibaca..
2. Nak belajar menjahit.
3. Nak Cuci gambar2 yang ambik masa kat UiTM..
4. Nak belajar memasak..hehe..
5. Nak cari kawan-kawan lama..nak tanya khabar..
6. Nak tanam pokok..
7. Nak mengaji..banyak2...
8.Banyak lagi...rahsia...secret recipe!


Hmmm..ada yang dah terlaksana dan ada lagi belum terlaksana.

Bab baca buku pun satu. Saya rasa , kehebatan membaca buku saya semakin berkurang. Patutlah nak tulis dalam blog terasa sangat tumpul dan idea bernas tak datang.

Biasanya kalau membaca buku, saya suka kaitan dengan diri. Maksudnya, muhasabah balik apa yang kita buat. Buku yang maksudkan disini, buku-buku ilmiah. Saya tak beli novel. PERNAH beli sekali. Selepas SPM...tp sekarang, saya tidak gemar membaca novel lagi. Mungkin saya rasa bila kita baca novel, khayalan saya etah kemana. Satu lagi panjang berjela. Nak jugak baca balik novel. Nak cari novel English, so secara tak langsung boleh tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris saya.

Bab menjahit. Alhamdulillah, saya berjaya belajar. Cuma dua hari ni saya g belajar. Jahit kat rumah je. Hm...kononnya lebih tenang menjahit di rumah. Tapi ada sesuatu yang menggangu...secret recipe!..

Sungguh tak lih nak muntahkan idea-idea yang datang semalam ke sini.

Setiap kali nak menaip nak menyusun ayat-ayat disini. Satu perkara itu menganggu.

La Tahzan...

Tapi bila tak menaip disini. Rasa tak puas.

Sejak dua menjak ada je post yang sekerat-sekerat macam ni.

Maafkan wahai pembaca. Saya pun tak gemar dengan aktiviti menulis post yang seperti ini. Tidak berkualiti. LAGI susah difahami.

Maafkan wahai blogku. Aku tak betah menulis seperti dulu. Menulis bukan sekadar menulis. Berkongsi bukan sekadar berkongsi..

..........................................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment