aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 26, 2010

Tangan ini Hati ini




-sila mintak kebenaran jika ingin mengambil gambar ini -

Ya Rabbi beri kami
Cahaya penerang digelapnya hati
Jauh sudah langkah kaki
Lewati jutaan detik tak kembali

Ilahi ampuni kami
Dosa-dosa mewarnai diri
Hati lupa kadang terlena
Mimpi dunia menggoda sang jiwa


Andai waktu memanggilku
Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hati ‘kan memohon di kemahaan-Mu


Tangan ini hati ini
Hari-hari berlalu ‘kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta



-sila minta kebenaran, jika mahu mengambil gambar ini -
......................................................................................................................................................................
Lagu di atas bertajuk : Andai Waktu Memanggil
Penyanyi : Opick Ft Fira FLO

Setiap bait-bait liriknya seperti panah-panah menusuk kalbu . Bukan sekadar mendengar , namun setiap panah-panah itu boleh membawa kita untuk bermuhasabah.

Mungkin sudah lama pohon-pohon kita layu. Tidak basah. Tanah pun sudah kera

..............................................................................................................................................................


macam pelik je artikel kali ini, dengan gambar yang letak link blog ini, siap saya bagi warning kat situ , kalau nak ambik minta izin tuan rumah dulu.

Kenapa saya bertindak demikian?

Terkesan dengan artikel ustaz Hasrizal, dimana gambar keluarganya, dengan senang hati ada pihak yang tidak bertanggungjawab ambik tanpa pengetahuannya . Siap buat banner!.

Walaupun, blog ini tak seberapa, adalah lebih baik saya cuba mengambil iktibar dari cerita itu,

Selama ini, kebanyakan gambar tersiar, ada yang pakai ceduk dalam tenet, ada gambar anak-anak saudara kawan saya. Bahaya jugak la, kalau gambar tu jadi banner ke..mati saya mak ayah dia saman saya..lepas ni..semua kena letak warning dan name kat gambar..dan kalau saya nak ambik gambar kat blog lain pun, the same things kena buat. Minta izin.

Mudah-mudahan hidup yang beretika dapat dipratikkan =)



Saturday, September 25, 2010

Menguji tahap kesabaran

Seminggu lebih ini, dengan kurangnya update di blog ini, adalah salah satu sebabnJustify Fullya kerana komputer rumah buat hal.

Etah virus mane yang hinggap, bile nak masuk je blog sendiri, terus dilink kan ke jentayu.com.

Ingat background blog ni bermasalah. Last-last, tukar la background blog. Dari cantik punya latar belakang ke sangat lesu dan jemu latar belakang blog ni. Inilah dinamakan perubahan dari zaman cantik ke zaman sungguh lesu dan lesi.

Tup tup..selepas adik saya yang sgt rajin scan selalu komputer yang berumur hampir 10 tahun kut ni, tiba-tiba...dah boleh masuk blog saya balik. Tak kira..nak tulis jugak kisah sedih ini..

Ok..sambung lagi..

Satu kisah lagi. Biasanya, online or update blog, guna laptop acer yang berumur 2 tahun pada 7 syawal 1431. Namun, laptop kesayangan telah dipinjam oleh akak ipar plak .,sebab kenapa dipinjam..tak perlu cerita kut.

Kedua-dua fenomena yang berlaku telah sedikit sebanyak bagi kesan. Kesan positif lagi banyak dari negatif . Positifnya...bila laptop tak ada..malas nak buka tenet. Kedua banyak masa membaca buku-buku atau ape sahaja yang boleh dibaca...Negatifnya..hmm..belum dikenalpasti...

Wah, macam dapat kuasa baru bila dah lame tak menaip sebegini rupa. Serius nak dikata, bila banyak pembacaan kita, idea mencurah-curah datangnya. Tapi jangan plak membandingkan artikel kali ini dengan tahap pembacaan saya. Hancur rasanya =)

Artikel ini, seperti berunsur melepaskan geram kerana sudah lama jari-jari ini tidak menari-nari di keypod hitam yang mengeluarkan bunyi yang sangat merdu.

Sebelum pergi pada penutup , nak sentuh sikit pasal kes Sosilawati. Sekadar pengkongsian sahaja.

Dua tiga malam yang lepas, mimpi Sosilawati. Duduk atas kerusi, tak bercakap , muke lesu dan pucat. Tapi dia senyum tak berkata..

Bila tersedar dan paginya bercerita kat mak. Mak tersenyum dan buat kelakar..dan satu perkataan biasa yang dia selalu cakap kalau mimpi orang sudah meninggal adalah

" Rohnya nak kita doakan dia la tu"

Fikir punya fikir, dia saudara seislam..memang patut kita berdoa agar rohnya aman dan ditempatkan ditempat orang-orang soleh..

Fikir punya fikir lagi. Mungkin mimpi ini terjadi kerana setiap hari baca paper pasal Sosilawati. Tengok berita Sosilawati. Kat dapur , tengah-tengah masak, boleh jugak bercerita dengan mak pasal Sosilawati. Jumpa kawan raya , sosilawati...Setiap masa...Sosilawati Lawiya.




Tuesday, September 21, 2010

Selamat Hari Ulangtahun kelahiran

18 September 2010

Ulangtahun Hari Kelahiran ke 23..

Monday, September 13, 2010

Salam Aidilfitri



Selamat AidilFitri kepada semua pembaca-pembaca blog..

Tuesday, September 7, 2010

Sejuk yang mendamaikan


Dah lama tak rasa sejuk macam ini di musim panas ini. Kira sekarang musim panas la. Tiba-tiba, sehari dua ni hujan renyai-renyai, lepas tu hujan lebat , lepas tu hujan renyai2 balik. Rahmat ramadhan di 10 hari terakhir.

Sehari dua ni, asyik terdengar pasal malam lailatul qadar. Baik di surau, mahupun di TV, mahupun di facebook dan dimana-mana sahaja.

Kita tak perlu meneka malam lailatul qadar arau mencarinya. Tapi sebaliknya, kita beramal sungguh-sungguh di 10 malam terakhir.

Berbalik dengan cuaca yang mendung dan redup ini. Yang semestinya adalah salah satu kehebatan ciptaanNya. Dia mampu menjadikan panas menjadi sejuk.

Dia mampu menjadikan apa sahaja dikehendakiNya.

SesungguhNYA BERUNTUNGLAH orang-orang yang menggunakan akal apabila melihat segala ciptaanNya.

Biasanya bila pergi dan balik ke surau, benda wajib yang selalu saya buat adalah PANDANG KE ATAS...melihat awan.

Awan-awan cukup menghiburkan saya.

Bila saya melihat awan. Saya rasa sesuatu sedang berbisik pada diri saya.

Jika saya sedih, awan seperti berkata jangan bersedih. Aku di atas , selalu melihat kamu..selalu menemani kamu...

Jika saya gembira, awan seperi berkata syukurilah nikmat kegembiraan itu ...

Aktiviti memandang ke langit melihat awan mengingatkan saya semasa di kolej matrikulasi dahulu.

Setiap kali pulang ke masjid, saya selalu seperti menceritakan kehidupan pada awan.

"Tak sabar rasanya nak balik kampung"...ini salah satu ayat yang selalu saya luahkan dalam hati sambil mendongak ke langit...