Dah lama tak rasa sejuk macam ini di musim panas ini. Kira sekarang musim panas la. Tiba-tiba, sehari dua ni hujan renyai-renyai, lepas tu hujan lebat , lepas tu hujan renyai2 balik. Rahmat ramadhan di 10 hari terakhir.
Sehari dua ni, asyik terdengar pasal malam lailatul qadar. Baik di surau, mahupun di TV, mahupun di facebook dan dimana-mana sahaja.
Kita tak perlu meneka malam lailatul qadar arau mencarinya. Tapi sebaliknya, kita beramal sungguh-sungguh di 10 malam terakhir.
Berbalik dengan cuaca yang mendung dan redup ini. Yang semestinya adalah salah satu kehebatan ciptaanNya. Dia mampu menjadikan panas menjadi sejuk.
Dia mampu menjadikan apa sahaja dikehendakiNya.
SesungguhNYA BERUNTUNGLAH orang-orang yang menggunakan akal apabila melihat segala ciptaanNya.
Biasanya bila pergi dan balik ke surau, benda wajib yang selalu saya buat adalah PANDANG KE ATAS...melihat awan.
Awan-awan cukup menghiburkan saya.
Bila saya melihat awan. Saya rasa sesuatu sedang berbisik pada diri saya.
Jika saya sedih, awan seperti berkata jangan bersedih. Aku di atas , selalu melihat kamu..selalu menemani kamu...
Jika saya gembira, awan seperi berkata syukurilah nikmat kegembiraan itu ...
Aktiviti memandang ke langit melihat awan mengingatkan saya semasa di kolej matrikulasi dahulu.
Setiap kali pulang ke masjid, saya selalu seperti menceritakan kehidupan pada awan.
"Tak sabar rasanya nak balik kampung"...ini salah satu ayat yang selalu saya luahkan dalam hati sambil mendongak ke langit...
No comments:
Post a Comment