saya bersama suami serta 2 orang anak saudara |
"Abang, nanti kalau ada anak, sayang nak didik dia yang mula-mula skali tauhid..."luah saya pada suami..
"Baguslah, tapi tauhid adalah benda yang paling susah nak diajar..Nabi Muhammad ajar 13 tahun tauhid di Mekah, nak fahamkan tauhid bukan senang sayang...sebab tu ayat-ayat quran yang diturunkan kat Mekah pada mula2 tu byk ttg tauhid..."jawab suami saya .
Kenapa tauhid tu penting?..
Sebab Tauhid tu ajar kenal Allah. Bila kenal Allah, barulah kita dapat bersangka baik pada Allah, manusia dan takdir kita. Dan seterusnya kita cinta Dia..Selepas kta cinta Dia..baru kita sanggup buat untuk Dia..
Saya teringat kat adik saya yang menangis tak henti-henti sebab kehilangan surat yang sangat penting baginya.
Sehinggakan ahli keluarga di rumah yang memujuk,langsung tidak meleraikan rasa kesedihan itu.
Mak saya meminta saya cuba menenangkan adik saya.
Saya cuba telefon.
Cuba berjaya sekerat jalan, sekerat jalan saje mampu saya berkata-kata, belum habis saya bercakap , dia terus mematikan telefon.
Kenapa ini berlaku?..Surat yang yang hilang itu sangat penting baginya. Surat itu adalah berupa pemberitahuan kepada ibubapa tentang keputusan peperiksaannya itu semester pertama yang telah diposkan oleh pihak matrikulasi . Tambahan lagi, keputusan yang telah diraihnya adalah keputusan paling cemerlang baginya.
Saya difahamkan mak, dikatakan kami semua ni tak menghargai dan rasa endah tak endah dengan pencapaian yang telah dicapai.
Rasa kelakar pun ada.
Namun usaha untuk memujuk hatinya tetap jua diusahakan.
Cubaan kali kedua saya nampaknya berjaya. Saya tidak menelefonnya lagi. Selepas menelefon sebelum ni, banyak dimatikan telefonnya. Selang 30 minit, saya menghantar satu sms yang agak panjang.
Selang 30 minit, dia miskol saya. Miskol yang tandanya dia meminta saya telefon balik padanya.
Saya tersenyum. Suami pun tersenyum. Dah nampak positif feedback darinya,
Sebelum saya menelefonnya balik, saya mengatur ayat dengan baik dan memohon Allah melembutkan hatinya buat kali ini.
".....semua itu hilang bukan kita nak. Macam lah kita bawak kereta , dah sebaik mungkin, dan pastinya kita bawa kereta tak nak kena langgar atay apa-apa...tapi kita tetap jugak kena langgar." luah saya.
"Kenapa kena langgar ?..tanya saya menyambung perbualan..
"Sedangkan kita tak nak pun..Ni lah dikatakan Allah yang nak atau takdir. Dia nak semua tu berlaku. Bukan kita yang nak. Kalau Dia nak , kita kena ingat, mesti baik untuk kita..tu je ..sama jua lah dengan surat itu hilang, bukan kami tak hargai surat tu, bukan sengaja surat tu dihilangkan, tapi Allah nak surat tu hilang... ok?"
Selepas lama berbual-bual, akhirnya, saya dapat dengar nadanya sudah mula lebih baik dari tadi.
Alhamdulillah.
Saya bermuhasabah sendirian dan teringat kata-kata suami tadi.
Kadang-kadang kita terlalu mengharapkan semuannya indah.Nak itu nak ini. Tapi Dia yang menentukan segalanya. Kita boleh ada perasaan nak itu nak ini. Sebab itu fitrah. Tapi bila tak dapat, atau suratan takdir kehidupan kita lain daripada skrip kehidupan yang kita nak, tak boleh lah , kita salahkan apa yang berlaku, sebab yang tentukan Pencipta kita.
Senangnya cakap!!!!.. ayat yang biasa masyarakat umum cakap bila kita cakap macam tu. Bukan masyakat umum je, kadang-kadang saya pun rasa macam tu.
Sebab tu kita kena selalu cari ilmu, proses diri @ muhasabah diri dan sekiranya diuji, kita amalkan dengan apa yang tahu itu.
Memang bukan senang untuk betul-betul faham dan amalkan..sebab syurga bukan murahan sebab syurga bukan tempat orang mudah putus asa sebab syurga adalah tempat org2 yang bermuhajadah keranaNya...
No comments:
Post a Comment