aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 21, 2011

Skrip kehidpan

Kenapa perlu pada skrip kehidupan?

Skrip kehidupan yang saya maksudkan disini adalah, bagi menyahut saranan Prof Dr Muhaya , yang mengatakan kita perlu ada skrip kehidupan ,sebagai guidelines kita untuk lebih memanfaatkan kehidupan kita ono.

Berulang-ulang kali saya dengar ucapan beliau dan berulang-ulang cuba bertekad utk membuat skrip kehidupan. Mungkin buat dalam skop yang kecil dahulu dan seterusnya merancang  skop yang lebih luas.

"Saya mahu esok lebih bermakna, lebih gembira dan lebih bermanfaat" luah saya sendirian sebelum tidur.

Jadinya pagi ini, saya kuatkan jua untuk menulis blog ini, kerana salah satu skrip kehidupan saya adalah untuk menulis blog.

Apa yang saya mahu buat hari ini (skop kecil )?

1. Kemas Rumah.Lipat kain, susun kain, menyapu , lap-mengelap dan sebagainya..hehe..
2. Membaca buku -pemikiran sistemik~paling kurang, kena banca 10 muka surat.Buku ini sangat berat, so saya perlu banyak kali ulang dan cuba memahami.
3. Buat jadual menu makan dan masa makan .hehe..menu ni sebab saya selalu sangat miss makan, tambah2, kalau keseorangan. Malas makan !..sifat malas makan menyebabkan saya rasa sangat fatigue pada sebelah petang harinya, dan sangat fatigue bila nak sambut si suami pulang. Amalan sangat tak baik ini, perlu dibakulsampah. Demi Allah, untuk suami.
4. Mengedit gambar-hobi zaman single, kata suami saya, "kita perlu ada masa untuk hobi, baru hidup kita lebih bermakna"...
5. Gosok baju, esok kena pergi sekolah .
6. Basuh kasut futsal suami-nak buat surprise..hehe..tak semestinya kena beli hadiah baru namanya surprise..betul tak ?
7. Mahu susun2 manik...cuba tengok manik2 dulu..dan cuba start jahit manik balik..sudah lama tinggal hobi ini..kenapa?..sifat kemalasan ..alasan sangat banyak..so, tak nak jadi orang yang banyak alasan.!
8. Masak untuk mkan malam. masak untuk tengahri tak perlu sudah, sebab ada lauk lebih yang semalam.
9. Kurangkan facebook..huhu..sejak cuti ni dah mcm addicted plak..aduyai..tu la..ada masa yag sangat banyak, dan tak manfaatkannya, so masa banyak terbuang ke SANA..astgahfirullah.
10. Macam nak keluar je..hehe..Esok la keluar :) Semalam dah keluar..
11.Mengaji
12.Muhasabah-tidur..

Ini hanya skrip. Ingatlah wahai wan nor aniza...


"Jika anada dapat mengawal nafsumu ke arah kebaikan, anda adalah orang yang cemerlang dunia dan AKHIRAT"

"Lakukan sesuatu kerana Allah, bukan kerana Manusia~sekali pun niat nak mengandung.bukan nak mengandung sebab tertekan orang asyik tanya..tapi betulkan niat sebab mengandung kerana ingin melahirkan zuriat yang soleh dan solehah agar menjadi khalifah di muka bumi ini yang berguna DUNIA dan AKHIRAT"-


"Wahai jiwa dan raga, marilah berubah ke arah kebaikan "

2 comments:

  1. Bagusnya entry ni niza, hemm kne bt skrip kehidupan baru cam lebih bermakna kan, kne start ni hehe

    ReplyDelete
  2. betul2..buat dan cube ikut..smoga bermanfaat :)

    ReplyDelete