Alhamdulillah, hari ini sudah genap seminggu saya keguguran.
Saya tidak sedar saya mengandung.
Tidak ada perubahan apa-apa yang berlaku pada diri ini sewaktu hamil.
Namun, dengan izin Dia jua, janin itu hanya bertahan 5 atau 6 minggu di rahim bondanya.
Walaupun tidak sempat untuk bergelar ibu, saya bersyukur seadanya dengan pinjaman yang sebentar itu.
Ramai sangat yang tanya punca keguguran saya. Saya buntu nak bagi jawapan yang sebetulnya.
"Stress ke?"
"Makan ape, sampai gugur?"
"Tak perasan ke hamil?"
"Keje workholic sgt ker?"
Macam-macam tekaan yang diberi. Sesungguhnya, saya tidak tahu punca sebenar.
Hanya Allah yang tahu sebab munasababnya.
Sebagai hamba , hanya redha dengan takdir itu.
..................................................................................................................................................
Hanya satu hari masuk wad dan tiada rawatan diberikan.Sebabnya, janin dah keluar sepenuhnya. Bila doktor scan, tiada apa lagi tertinggal di dalam rahim saya.
Saya diberikan MC selama 2 minggu selepas keluar wad.
Cuti yang diberikan saya gunakan untuk berpantang di kampung. Namun, hampir tiap malam, saya mimpi tentang sekolah . Macam banyak benda tak diselesaikan lagi.
Walaubagaimanapun, saya perlu berehat untuk memulihkan kembali kesihatan dan rahim saya agar saya boleh mengandung lagi..hehe..
Sepanjang di wad, rasa tak sabar nak keluar, sebab tak tahu nak buat apa. Hanya baring, makn minum dan baca buku.
Mujurlah, ada satu buku yang saya bawa dari klang semasa pulang ke Terengganu.
Semasa diwad juga, kelihatan ramai rupanya senasib dengan saya. Dan ada yang lebih teruk.
Kebanyakkan mereka masuk wad, sebab nak cuci rahim selepas keguguran.
Saya dapat tahu dari kawan di wad, semasa nak cuci rahim , tak sakit, sebab dibius tapi selepas tu, si ibu akan rasa sakit. Dan ada yang akan muntah-muntah, kesan dari dibius.
Selepas keluar dari wad, saya berpantang di rumah ibu bapa saya.
Rasa macam dijaga seperti orang yang lepas bersalin. Sebab makan minum dijaga sepenuhnya oleh mok saya.
Tapi saya sedikit aktif..Ada jugak bawak kereta sekali sekala..hehe..Harapnya, tiada apa kesan jangka panjang dan pendek.
Banyak betul makanan orang berpantang. Itu tak boleh, ini tak boleh.
Adat berpantang pun ada.
Alahai..yang paling buat saya terfikir, kenapa tak boleh lalu bawah pokok pisang ape tah...lupe..
Mak cakap
" Sebab , kebiasannya, pokok pisang tu ada penunggu..."
Hujung minggu ini, ramadhan akan menjelma.
Ramdhan kali ini, adalah ramadhan kedua saya sebagai isteri.
Tahun lepas, sambut awal ramdhan seorang diri di rumah sewa.
Tahun ni, best sedikit, sambut di kampung bersama suami.
Untuk zuriat-zuriatku nanti,
Tak sabar ummi nak jadi ummi untuk kamu semua ~
No comments:
Post a Comment