Sepanjang pernikahan kami, saya tak pernah update tentang macam mana saya boleh bersuamikan seorang hamba Allah ni.
Dan macam mana pula majlis pertunangan saya.
Suami dan saya adalah orang biasa-biasa sahaja. Namun kami mempunyai impian yang mengunung akan kehidupan rumahtangga kami diberkati Allah.
Sebelum bertunang, kami memilih untuk bertunang tidak memberitahu orang ramai tentang pertunangan kami.
Dan paling penting , kami memilih untuk beramal dengan apa adanya ilmu yang kami ada.
Kami berdua, berusaha untuk berbincang dengan keluarga masing-masing agar apa yang kami pilih ini mendapat penjelasan yang jelas.
Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami menerima seadanya cadangan-cadangan yang kami usulkan.
Dalam tempoh sebelum dan selepas bertunang, kami cuba sedaya upaya tidak berjumpa.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu, kami tidak pernah keluar bersama.
Jika ada urusan, suami saya akan datang dengan mak dia , atau seorang diri ke rumah saya.
Seingat saya, suami datang hantar kertas soalan dan borang untuk menikah je .
Masa dia hantar borang je, saya sempat bercakap secara live dengan dia.
Huh...memang berdebar masa tu,dia banyak menerangkan tentang borang tu, saya menanyakan sesuatu tentang borang tu. Masa itulah, kali pertama kami berbual , itu pun macam mesyuarat yang serius.
Macam mana pula "calling2 dan bersms2". Sepanjang tempoh tu jua, sekali sahaja, kami berbual dalam telefon.
Itu pun, ingin menyelesaikan masalah peribadi kami. Tak ada gelak tawa sepanjang perbualan tu. Serius lagi!
Sms?..ada, tu pun menjurus tentang proses merisik, bertunang dan pernikahan..
Tak nak sireh, tak tu , tak nak ni, nak ni, nak tu....
Hadiah?..Tak ada hadiah dia bagi, Dan tiada hadiah yang saya bagi sepanjang tempoh tu.
NO teddy bear and whatever yang boleh dikenang2..Bagi saya, kalau bagi hadiah yg boleh peluk2 macam tu, sedikit dan sebanyak boleh melalaikan hati saya terutamaya. Bukankah niat nak bercinta ke syurga?
Jadi, jika permulaan sudah lalai, takut2, semakin jauh impian itu...
Opss, suami ada bagi saya pen merah. Oleh kerana saya ni cikgu, suami pun masa tu cikgu, kami faham yang cikgu memang byk guna pen merah..
Suami saya agak r*******, cara dia nak bagi hadiah selalunya dengan cara yang tak disangka !
Semasa majlis perkahwinan abang saya ketiga, dia ada hadir untuk makan dan tolong. Sebab, dia ni kawan dengan abg saya tu.
Sebelum dia balik, dia bagi sms,
"Awk, saya tertinggan makanan mister potato kat gerai belakang rumah awk..awk ambik la, makan la."
Saya bergegas ke tempat tu, dan terus ambik makanan tu.
Masuk ke dlm rumah, bersorak adik2 dan kak long nak makan jugak.
Dan hampir suku kami makan, tiba-tiba saya nampak kulit plastik warna merah..rupa-rupanya, coklat DAIM!.. korek punyer korek, ada pen merah dua batang plak.
Alahai, rupanya, nak bagi pen merah dan coklat daim. Sampai macam tu dibuatnya. Hehe..
Sampai hari ini, kalau tgok bekas potato kat pasaraya, kami tersenyum.
No comments:
Post a Comment