Sunday, December 21, 2008
Menjalin persahabatan
"Orang tak kan tegur kawan orang yang free hair, kalau orang jumpa kat fakulti" kata salah seorang teman saya.
"Kenapa?" tanyaku sambil tersenyum.
"Buat apa nak tegur orang macam tu. Lagipun orang ingat ayat kawan orang, dia kata, buat apa nak tegur kelompok manusia free hair macam tu, buat malukan kita je"
Saya diam.
Sepanjang jalan pulang itu, otak saya berfikir ligat, memikirkan persoalan2 yang timbul dalam otak saya.
Persoalan tentang bertegur sapa apabila berjumpa kawan free hair ini muncul, apabila ada sekelompok kawan2 kami yang satu sekolah menengah dulu,kini sudah tidak bertudung.
Sedih mengenangkan ini semua.
Persoalannnya, bukan tentang bertudung atau tidak?
Namun, tentang layanan kita kepada mereka. Maksudnya, patutkah kami tidak bertegur sapa apabila berjumpa dengan kawan yang free hair?
Adilkah perbuatan kita terhadap mereka? Adakah agama merestui setiap perbuatan kita itu?
Bagiku, perbuatan seperti itu amatlah tidak adil pada mereka. Tambahan lagi, adalah tanggungjawab kita untuk melaksanakan nahi mungkar. Mungkin bukan dengan sekali petemuan. Tetapi mungkin apabila kita sudah mulai rapat dengan mereka, kita boleh mulai perlahan2 mengingatkan tentang batas aurat yang sebenar.
Golongan free hair yang asalnya pakai tudung ini, bukannya tidak tahu tentang syariat yang sepatutnya. Tetapi, mungkin terpengaruh dengan sekeliling mereka atau mungkin tepat dengan pelajar2 ini adalah mereka sedang mengalami "culture shock".
Bukankah persahabatan itu adalah lebih bermakna, jika kita saling mengingatkan satu sama lain.
p/s: saya juga tidak sempurna, ingatkan saya jika saya lupa..InshaAllah, saya akan perbetulkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
adakah adil bagi kita besikap diskriminasi. sedangkan merekalah mad'u yang sepatutnya didekati. usahlah kita cepat menghukum seseorang sedangkan kita belum mengenali mereka, belum lagi mengetahui latar belakang mereka. bagaimana mereka dididik, suasana pembesaran mereka dan sebagainya. tapi untuk dijadikan sahabat yang rapat, pada pandangan saya, hendaklah dipertimbangkan. kerana sahabat yang rapat memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan kita. kerana sahabat adalah cerminan atas diri kita.
ReplyDelete