aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 29, 2010

Dan bila dia menulis...

Saya teringat lagi kat hamba itu dan suasana itu.

Masa perjalanan saya, berjalan kaki ke surau berdekatan dengan surau. Tiba-tiba hati sangat sayu. Saya teringat sangat kat orang yang saya rindui. Dia ajar saya kenal dunia ni dengan cara lain. Allah pertemukan saya dengan pelbagai hikmah. Kini saya sedari hikmah pertemuan itu...

I miss her badly...=(


Masa kat surau. Saya buahkan senyuman untuk setiap jemaah jika mata kami bertembung.. Tiba-tiba lamunan saya terhenti.

"Ambik minyak wangi ni, sapu ke tangan"..kata seorang jemaah yang lingkungan 50 an..mukanya berseri dengana senyuman.

Saya tak pegang pun botol tu, dia yang sapukan minyak tu ke tangan kanan saya 3 4 kali . Baunya masih lekat sehingga sekarang.

Kelihatan 2 3 orang jemaah yang lingkungan 40 an 50 an sedang bercakap-cakap sesuatu. Mungkin keadaan yang dikelilingi oleh "mak cik2" di surau sudah menjadi darah daging saya, saya rasa saya tidak kekok untuk bertanya khabar dan menjawab persoalan mak cik2 yang baru kenal saya.

Soalan familiar yang saya biasa dapat bila berhadapan dengan mak cik2 yang dah biasa dengan saya.

"Belajo mane"

"Habis belajo dok agi"

Saya tak kisah dengan soalan-soalan tu. Bila saya jawab dah habis belajar. Ada jugak tanya ,pasal mintak kerja.

Saya tekad tidak mahu bekerja sepanjang menunggu panggilan posting. Jika tahun depan , saya tidak dapat apa-apa panggilan posting. Baru saya nak cari kerja.

Lama gak tu nak tunggu. Tak bosankah niza?..Hehe...

Namun begitu, saya bukan bergoyang kaki dirumah. Saya dengan misi-misi tertentu yang telah saya rancangkan. Semoga Allah permudahkan rancangan saya ini.

Esok, minggu ke -2 saya belajar menjahit. Saya rasa macam perlahan sikit cara pengajarannya. Saya yang perlahan atau cikgu yang perlahan.. Hehehe.. Sayerrrr..ada je menda yang tak ada. kain, benang, gunting, butang..balik awal..
Cikgu jahit saya sangat baik orangnya. Nice! Saya suka..Dia tak garang..Tak berlagak.

"Oleh itu, niza jangan mengambil kesempatan atas kebaikan dia yang baik itu..."

Kenapa belajar menjahit?

Itu impian saya. Bukan impian baru . Namun sejak kecil lagi. Yes....sejak saya kanak2 rebina..Alhamdulillah, Allah aturkan masa yang terbaik utk saya belajar menjahit.

Saya juga berkeinginan untuk menjahit baju sendiri dengan pelbagai fesyen.. Yelah..saya kan bakal cikgu..inshaAllah.
Lagi satu, saya teringin bila saya dah ada anak..saya nak jahit baju untuk anak-anak saya.
So, sekarang "umi sedang berusaha untuk belajar menjahit kerana kamu semua "...


Yang lain-lain..biarlah rahsia =)

Ok la..sudah lewat. Adik-adik saya dah studi utk mid year exam pun dah masuk tidur.

Good luck cayunk!...buat baik-baik..Tadi ajar b.i..wah ditanya soklan grammar..x tahu nak jawab. Tahu jawapan, tapi x reti nak explen..Grammar =tatabahasa.

2 2 tak expert sangat. Kena belajar jugak..

Bahasa jiwa Bangsa..Yes, i am one of It....=)






Saturday, May 22, 2010

Ketenangan yang merubah segalanya

Saya terbaca saya shout kawan saya kat facebook.

Dia tulis macam ni

"tak tenang hati"

Kat bawah tu, banyak la komen macam-macam. Saya tak berminat untuk menceritakan apa komen-komen dari shout itu mahupun mengulas satu persatu komen-komen itu.

Namun saya lebih berminat untuk mencari dan meneliti apa yang perlu dibuat untuk mendapatkan ketenangan itu.

Saya bukanlah ustazah mahupun daie yang hebat yang gah mengeluarkan dalil mahupun hadith sahih. Tapi saya hanya hamba biasa.. YES...manusia "bese-bese je " =)

Masa saya sibuk menghabiskan sisa-sisa saya di UiTM. Macam-macam pengalaman yang mampu menjadikan saya lebih baik. Ya menjadi lebih. Kerana tidak semua perkara buruk yang berlaku sepanjang perjalanan itu menyebabkan saya menjadi lebih teruk, tapi sebaliknya.

Banyak benda yang saya hairan dan terfikir. Tak kesudahan saya rasa, kalau saya pendam sorang2.

Namun alhamdulillah.. I have some true friends...that can be a place for me to share about my feelings towards "something"..

..........................................................

Mcmane sy nak sambung ni...kenapa susah sangat nak mengarang ni..please idea2..

Dah seminggu balik, nak mengarang bukan main susah lagi. Mengarang terabur..

cepat sibukkan diri anda..sebelum diri anda makan anda...

SIAPA-SIAPA YANG mahu memberi nasihat atau tunjuk ajar untuk mengisi masa lapang saya sebagai penggangur yang diluluskan SIRIM..sila komen di bawah ini,




Tuesday, May 18, 2010

Memori sekolah rendah...


Semalam, bila bukak facebook ade org add saya. Macam kenal. Terus approved. Pastu dia terus tanya khabar saya. Rupa-rupanya dia kawan sekolah rendah saya. Suka gaduh. Dia ingat saya, sebab kami suka sangat bergaduh.

"Ingat tak masa darjah 2 kenanga, kelas Cikgu Salmah?" dia mula mengingatkan saya.

"Hmm, ok, ingat .."sebenarnya, bila dia sebut nama cikgu Salmah, saya baru ingat nama cikgu saya darjah 2..

"Ingat tak masa darjah 3, kita badi buat "g" paling comel..?.Sape yang buat ekor "g" paling cantek , die menang.."

"kelakornyer, sumpah...orang dah tak ingat mende tu.." jawab saya sejujurnya ..saya mmg dah lupa. Namun bila membayangkannya..saya tergelak sorang2..Saya ni kelakar jugak masa kecik.

"Ingat tak kita berlari same2 nak g makan RMT.."dia cuba mengingatkan lagi..

"lupe la part tu..mesti comey ork, kite berlari2.."

Banyak betul dia mengingatkan saya kisah kami. Walaupun kami sebenarnya musuh ketat. Tapi banyak memori antara kami, menyebabkan ianya susah utk dilupakan.

"Ingat tak, bila balik sekolah , lalu kut bukit, saya kaca awk sokmo...hahahah..sampaikan, abang awok bagi warning ke saya, jangan kaca awk .."dia ingatkan saya lagi..

"hehe..part awk kena marah kat abg saya, saya ingat.."

Abang saya sangat menjaga saya masa sekolah..Bukan sekolah rendah je, tapi sampai saya masuk Universiti..Saya rindu sangat detik2 masa saya tengok abang saya kat tingkap sekolah. Abang saya bawak bekal ke saya.

Walaupun masa kecik2..kadang-kadang rasa dia ni 'annoying " sangat, tapi sebenarnya dia penyayang.

Ini baru secebis kenangan saya bersama kawan-kawan masa sekolah rendah. Bila ingat balik, ianya cepat berlalu.

Oleh kerana masa sekolah rendah, saya tak ada gambar dengan kawan-kawan. Saya kena ingat selalu muka-muka diorang. Kadang-kadang saya sedih gak, sebab tak ada gambar-gambar masa saya sedang membesar dialam sekolah rendah. Namun, ianya tak boleh jadikan alasan utk saya lupakan kawan-kawan saya.

Mereka dihati saya, diminda saya...

Bila ingat balik masa sekolah, banyak benda yang saya buat kadang-kadang boleh diterima akal dan kadang-kadang macam kelakar sangat..dan kadang-kadang saya fikir, saya budak yang pelik masa sekolah...

Tiba-tiba teringat kat satu perkataaan yang saya post kat fb semalam...


" If I could go back in time and and fiz all the mistakes I made, I wouldn't because it has made me who I am today.."

to be continue..................

Sunday, May 16, 2010

Akhirnya masa itu TIBA

Masa itu sudah tiba.

Masa dimana saya sudah berjaya menghabiskan 4 tahun saya di alam Universiti sebagai pelajar education in chemistry (2006-2010).

UiTM dihati..

Sudah pun pulang ke kampung saya. Dan kini, saya berkira-kira untuk merancang masa yang saya ada ini dengan baik. Semoga apa yang saya rancang ini, di permudahkan.


Dengan ini juga, blog ini bakal aktif kembali.

Maaf kerana sem terakhir saya di UiTM , saya tidak dapat mefokuskan diri saya untuk menulis di blog. Saya sukar untuk mencari idea. Mungkin time management saya lemah dan masih perlu diperbaiki lagi.


Akhir sekali, sempena hari ini iaitu Hari Guru , 16 mei ..saya ingin mengucapkan selamat Hari Guru utk semua guru-guru ...tanpa mengira warna kulit, atau bangsa..hehe..