aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 29, 2010

Dan bila dia menulis...

Saya teringat lagi kat hamba itu dan suasana itu.

Masa perjalanan saya, berjalan kaki ke surau berdekatan dengan surau. Tiba-tiba hati sangat sayu. Saya teringat sangat kat orang yang saya rindui. Dia ajar saya kenal dunia ni dengan cara lain. Allah pertemukan saya dengan pelbagai hikmah. Kini saya sedari hikmah pertemuan itu...

I miss her badly...=(


Masa kat surau. Saya buahkan senyuman untuk setiap jemaah jika mata kami bertembung.. Tiba-tiba lamunan saya terhenti.

"Ambik minyak wangi ni, sapu ke tangan"..kata seorang jemaah yang lingkungan 50 an..mukanya berseri dengana senyuman.

Saya tak pegang pun botol tu, dia yang sapukan minyak tu ke tangan kanan saya 3 4 kali . Baunya masih lekat sehingga sekarang.

Kelihatan 2 3 orang jemaah yang lingkungan 40 an 50 an sedang bercakap-cakap sesuatu. Mungkin keadaan yang dikelilingi oleh "mak cik2" di surau sudah menjadi darah daging saya, saya rasa saya tidak kekok untuk bertanya khabar dan menjawab persoalan mak cik2 yang baru kenal saya.

Soalan familiar yang saya biasa dapat bila berhadapan dengan mak cik2 yang dah biasa dengan saya.

"Belajo mane"

"Habis belajo dok agi"

Saya tak kisah dengan soalan-soalan tu. Bila saya jawab dah habis belajar. Ada jugak tanya ,pasal mintak kerja.

Saya tekad tidak mahu bekerja sepanjang menunggu panggilan posting. Jika tahun depan , saya tidak dapat apa-apa panggilan posting. Baru saya nak cari kerja.

Lama gak tu nak tunggu. Tak bosankah niza?..Hehe...

Namun begitu, saya bukan bergoyang kaki dirumah. Saya dengan misi-misi tertentu yang telah saya rancangkan. Semoga Allah permudahkan rancangan saya ini.

Esok, minggu ke -2 saya belajar menjahit. Saya rasa macam perlahan sikit cara pengajarannya. Saya yang perlahan atau cikgu yang perlahan.. Hehehe.. Sayerrrr..ada je menda yang tak ada. kain, benang, gunting, butang..balik awal..
Cikgu jahit saya sangat baik orangnya. Nice! Saya suka..Dia tak garang..Tak berlagak.

"Oleh itu, niza jangan mengambil kesempatan atas kebaikan dia yang baik itu..."

Kenapa belajar menjahit?

Itu impian saya. Bukan impian baru . Namun sejak kecil lagi. Yes....sejak saya kanak2 rebina..Alhamdulillah, Allah aturkan masa yang terbaik utk saya belajar menjahit.

Saya juga berkeinginan untuk menjahit baju sendiri dengan pelbagai fesyen.. Yelah..saya kan bakal cikgu..inshaAllah.
Lagi satu, saya teringin bila saya dah ada anak..saya nak jahit baju untuk anak-anak saya.
So, sekarang "umi sedang berusaha untuk belajar menjahit kerana kamu semua "...


Yang lain-lain..biarlah rahsia =)

Ok la..sudah lewat. Adik-adik saya dah studi utk mid year exam pun dah masuk tidur.

Good luck cayunk!...buat baik-baik..Tadi ajar b.i..wah ditanya soklan grammar..x tahu nak jawab. Tahu jawapan, tapi x reti nak explen..Grammar =tatabahasa.

2 2 tak expert sangat. Kena belajar jugak..

Bahasa jiwa Bangsa..Yes, i am one of It....=)






No comments:

Post a Comment