aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 1, 2010

Kerana CINTA

Bila seseorang cinta pada sesuatu, sudah pasti lautan luas sanggup direnangi.

Begitu jualah cinta manusia pada sesuatu..pada sesama manusia atau sebagainya.

Ada yang tengah dalam dilamun cinta sanggup menipu kedua-dua orang tua, semata-mata mahu berjumpa kekasih hati yang berada jauh dengannya.

Tapi ada jua yang cintakan ilmu, sanggup buat apa saje untuk mencari ilmu dan keredhaanNya..
Cinta ILMU, cinta yang hebat.


Saya begitu kagum dengan makcik-makcik yang sekarang menjadi teman saya setiap malam dan pagi jumaat..

Rajin mencari ilmu.

Tidak pernah mengeluh.

Tidak menjadikan tanggunjawab yang mereka ada di rumah sebagai halangan untuk ke surau atau majlis ilmu.

Pandai menguruskan masa. Lagi hebat dari seoarang pakar yang arif dalam memberi syarahan pengurusan masa, namun dia sendiri kelemasan dek kurang pengurusan masa yang efektif.


Saya ditemukan dengan mak cik-mak cik yang HEBAT. Walaupun mereka suri-rumah sepenuh masa. Tapi kata-kata mereka bernas dan begitu menyentuh hati saya.

Kenapa saya tak serajin mereka menuntut ilmu. Sedangkan saya tidaklah sesibuk atau seletih mereka menguruskan kehidupan seharian.

"Esok pagi-pagi buka la tv, ada ceramah kat tv" pesan mak cik yang saya kagumi.

Saya mengiyakan sambil menganggukkan kepala.

"Hm..mak cik ni, kalau tak paksa diri nak baca quran lepas subuh, mesti tak ada masa dah nak mengaji. Banyak sangat kerja kat rumah," luah makcik itu.

Saya bersetuju dengan apa yang mak cik itu kata. Dalam proses mentarbiyahkan diri kita, kita perlu ada sikap memaksa diri dalam perbuatan yang baik itu pada peringkata awal. Contohnya, seperti apa yang mak cik tu lakukan. PAKSA DIRI untuk mengaji.

Saya yakin dia sekarang sudah menjadi rutin membaca quran selepas subuh.

Teringat kata-kata Pakcik semasa usrah,

"Kalau tak boleh menangis semasa berdoa...Kamu kena paksa diri kamu menangis. Lama-kelamaan, akan hadir satu naluri yang begitu halus yang menyebabkan kamu menangis keranaNya...."

No comments:

Post a Comment