aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 26, 2010

Sekolah

Assalamualaikum..

Selama bersunyi sepi seketika , banyak benda telah berlaku. Yang ada perlu dikongsi dan ada yang perlu disimpan didalam peti rahsia diri sendiri.

Yang perlu dikongsi. 

Alhamdulillah, saya sudah secara rasminya sudah dilantik sebagai seorang cikgu. Ya cikgu. DC41. Guru sandaran siswazah terlatih. 

Tahun depan saya akan memulakan tugas saya di sekolah SMK Taman Klang Utama., Klang. Selangor. Hmm, dalam 20 minit dari uitm , shah alam. Itu perkiraan kasar saya. Mungkin kurang atau lebih.

Perasaan saya bila mengetahui sekolah itu adalah tempat bakal saya mencurahkan bakti. Saya bersyukur . Lama-lama, sedikit rasa takut dan gerun dengan persekitaran sekolah itu. Apa yang saya imiginasi selama ini menjadi kenyataan. Saya akan dapat pelajar-pelajar 1 malaysia. Fahamkan?

Sebelum ini,saya belum pernah mengajar pelajar-pelajar sebegitu. Untuk tidak menambahkan lagi rasa cuak itu. Saya rasa ini adalah peluang terbaik untuk saya mendapatkan pengalaman sebagai seorang guru baru. 

Guru baru dengan cabaran baru . Cabaran yang tidak pernah saya lalui selama ini. Tapi kawan-kwan saya kebanyakannya sudah melaluinya semasa waktu praktikal dahulu.

Dulu masa praktikal, saya bernasib baik dapat sekolah agama yang pelajarnya terpilih. Memang dari segi mengawal pelajar , tidak ada masalah. Cuma dari segi kandungan dan ilmu , saya perlu mantap. Namun, saya rasa , tak begitu menjadi masalah saya mengajar  di sekolah itu. 

Sekarang saya dapat skolah satu malaysia yang kemungkinan besar , saya mendapat pelajar-pelajar india adalah majoriti di dalam kelas saya. 

Ramai yang menakutkan saya dengan macam-macam CERITA... Tolonglah!..
Sepatutnya, mereka menyokong dan menasihatkan saya . Bukan menceritakan atau mereka-reka cerita....Kalau sendiri tak pernah mengajar sekolah sebegitu, jangan cepat judge and make a simple conclusion.

Dulu roomate saya mengajar indian yang siap ada geng gengsternya. Tapi dia cakap budak tu ok je dalam kelas. Cuma kalau dia tak nak belajar. Biarkan sahaja. Cikgu lain pun faham dengan pelajar sebegitu. 

Saya perlu kuat dan terus kuat. Sudah menjadi tanggungjwab saya kini untuk mencurah bakti.

Semoga Allah permudahkan segalanya nanti. Baik urusan mengajar mahupun urusan mengadaptasikan dengan persekitaran baru. 

Hidup adalah lebih bererti jika kita memberi manfaat kepada orang lain.

Hidup akan lebih bereti bila kita dapat melepasi halangan atau cabaran baru dalam kehidupan kita.Jika kita hanya merentasi cabaran biasa dalam hidup, jadilah kita manusia yang biasa. Jika kita melalui cabaran yang jarang-jarang orang melaluinya dan melaluinya dengan baik, jadilah kita manusia yang luar biasa. 

Allah tidak akan menguji hambaNya, dengan sesuatu yang tidak mampu hambanya melaluinya. Percayalah, apa yang terbentang itu dalah takdir yang terbaik buat kamu. 


Wasalam :)

Tuesday, November 16, 2010

Sedang berusaha

Bila mana sesuatu itu sudah menjadi habit kita. Sukar bagi kita untuk meninggalkan ianya dari kita.

Betul ke ?

Tak caya?

Contoh paling dekat, bila kita dah biasa solat lewat waktu, dengan automiknya, mind set kita berkata pada diri.

"Alah , awal lagi kut, kejap lagi lah solat..."

Itu contoh bagi kes solat. Kes gemar buka laman web macamana pula?
Contoh terdekat habit suka buka facebook. Buka internet je, benda pertama dibuat adalah membuka facebook. 

Saya tak kata saya surah deactivate facebook terus. Bagi saya, sekarang ini, facebook seakan keperluan. Namun melayari facebook sebijak-bijaknya adalah persoalannya. 
Mungkin, facebook boleh dibuka setiap hari, tapi dengan bersyarat pada diri sendiri!
Contohnya, hanya membuka facebook pada waktu pagi, dengan masa hanya tak lebih 15 minit. 

Semuanya kembali pada kita. Untuk berubah atau meneruskan tabiat kita.

Untuk berubah menjadi lebih baik. Bukan hanya kata-kata indah..
Namun, ianya memerlukan usaha kita kearah itu. Mungkin secara perlahan-lahan. Dan selalu memotivasikan diri sendiri untuk konsisten ke arah perubahan itu . 

Sungguh MASA tidak akan berhenti menunggu kita untuk BERUBAH! Tapi, kita yang mengejar masa untuk sentiasa berubah kearah baik dan lebih BAIK.....

Berapa banyak kita membuat perkara kebaikan dari kerosakan dalam seharian kita?

Sama-sama muhasabah diri.


malam aidiladha yang sepi :)


Salam Aidiladha



 Esok adalah Hari Raya Aidiladha. Sempena dengan itu, blog ini ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha.

Sedikit catatan untuk semua.

Semalam, keputusan penempatan negeri untuk bakal-bakal guru telah pun diumumkan.

Alhamdulillah, saya juga telah berjaya ditempatkan di selangor sebagai negeri untuk saya berkhidmat nanti.

Tarikh taklimat adalah pada 22 November 2010 Di dewan seksyen 7, shah alam.

Nasib baik dah terbiase dgn shah alam, jadinya, no problemo untuk mencari dewan itu.

Sekian...

Tuesday, November 9, 2010

Bila hati ini lemah




Kadangkala, Allah berikan kepada kita, apa yang kita tidak layak untuknya.
Bukan untuk kita merasa terseksa dan terpaksa. Lemah dan rasa tidak berdaya.
Tetapi Allah mahu kita naik, pada tahap yang dikehendakiNya, sehingga layak untuk kita apa yang telah diberikanNya. -hilal asyraf 2010

Saturday, November 6, 2010

Melangkah fasa demi fasa

Journey....



Tidak lama lagi konvokesyen. 30hb november 2010, adalah tarikh kovokesyen.

Perasaan. Biasa dan bersyukur.

Tak sangka plak, akhirnya dah habis belajar dan dah nak kovo.

Dulu masa sekolah rendah mahupun masa sekolah menengah. Selalu DENGAR  atau tulis ayat macam ini

"Semoga berjaya ke MENARA GADING"

"Semoga berjaya masuk ke Universiti"

"Akan ku jejak ke menara gading .."

Macam-macam ayat lagilah. Semuanya terarah pada belajar rajin-rajin , pandai-pandai, sampai berjaya.

Bila menyorot kembali zaman sekolah. Ada jatuh bangun jugak. Ada suka ada duka. Ada gelak dan pasti ada jua menangis.

Saya bukan budak cemerlang yang dapat straight A utk semua peperiksaan besar.
Tapi saya pelajar yang tak cepat mudah putus asa.

Usaha sangat penting . Tak lupa pada doa dan tawakal.

Dulu masa belajar. Sungguh bermotivasi. Memang tak dinafikan ada jugak masa tak bermotivasi. Selepas  habis belajar, baru saya sedar yang saya boleh tahan bermotivasi.

Bukan nak angkat bakul. Cuma nak jadikan hari-hari akan datang, bermotivasi jua.

Bukan senang, nak pergi ke kelas . Jarang ponteng kelas.Ada semester tu tak pernah ponteng kelas.

Bukan senang, hampir tiap-tiap hari stdi week, kaki ini melangkah constantly ke perpustakaan.Pagi-pagi dah bangun , bersiap-siap ke perpustakaan. Bila petang baru balik.

Selepas ini, satu fasa akan saya jejaki. Ianya fasa pekerjaan. Ya fasa pekerjaan yang penuh cabaran. Yang menuntut diri ini untuk bermotivasi dan sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu. Tambahan lagi, saya bakal seorang guru. Hari demi hari, cabaran akan bertambah.

FITRAH-Hidup yang berpasangan..sehinggakan haiwan pun mahupun berpasangan..(rabbit depan fakulti-final sem)

Selain itu, mungkin selepas fasa pekerjaan saya jejaki, mungkin dalam masa yang sama fasa alam rumahtangga akan saya jejaki jua. 2 fasa ini  bukan boleh dipandang sebelah mata. Namun ianya memerlukan kesabaran dan ketabahan.

Sebelum menjejaki kedua-dua alam ini. Saya mengingatkan diri saya sendiri, agar tidak mudah rasa bahagia dengan apa yang lalui nanti.

saya dan kawan baik saya..sekarang kat upm. Nama dia Shabani :)
Namun, bila bahagia itu datang, bukan masalah untuk saya menikmatinya. Tapi hendaklah mengingatkan pada diri, kebahagiaan itu bukan selama-lamanya.

Pastinya, hujan dan ribut akan sertainya.  Oleh itu, persediaan untuk menghadapinya adalah lebih baik daripada asyik memikirkan kebahagian-kebahagian itu.

Ini kerana, kadang-kadang bila seseorang itu asyik dibuai seronok dan bahagia, dan tiba-tiba badai datang. Mereka seperti tidak bersedia dan cepat lumpuh.

Bilamana kita dapat mengharungi ujian-ujian itu dengan cara yang baik, pastinya muncullah kembali KEBAHAGIAAN ITU.


Ini jalan dari rumah sewa nak pergi fakulti. 2 orang tu adalah Ana dan Dura-roomate, housemate, classmate..
Life is getting more challenging than before. Just go on....

Tuesday, November 2, 2010

Monday, November 1, 2010

5 bulan yan bersijil

nenek ifwat..thx ifwat
Penantian itu satu penyeksaan.

Ini bukan menanti sang kekasih .

Ini menunggu berita yang ditunggu.

Walaupun tiada yang mahu mendengar, tiada yang ingin memahami. Ingin jua dicoretkan disini.

Sepanjang 5 bulan ini, dan sehingga sejak akhir-akhir. Saya mula rasa tak tahan dengan orang bertanya tentang posting. Seperti yang silapnya saya .Saya seperti tak lulus yang exam. Sebab tu tak dapat posting.

Padahal semuanya dah ok , cume tunggu panggilan untuk penempatan.

Mungkin yang faham, faham lah.

Yang tak berapa nak faham. Tak tahu nak menerangkannya.
Tambahan lagi sekarang ini, bukan GST sahaja untuk dipostingkan.

Budak-budak dpli pun berlambak bakal dipostingkan. Selain itu, gst pulak bukan satu peringkat sahaja. Banyak peringkat lagi. Ada yang dah lulus, ada yang menunggu temuduga, ada yang menunggu keputusan temuduga.

Oleh kerana itu, saban hari, bila memikirkan pasal posting, bermacam-macam "mix feeling " datang.

Bukan nak meraih simpati. Cuma tolonglah faham.

Kerja nak posting. Bukan kerja budak pendidikan macam saya. Kami tak ada hak. Kami cuma ikut flow sahaja. Kami sendiri dah penat menunggu.

Saban hari, pergi laman web moe, check kat portal. Dengan hati yang sedih lagi pilu. Tiada sebarang berita.
.............................................................................................................................................................................
CERITA SEMALAM
   Contoh jahitan manik..ni bukan saya buat..:) cantek kan.?
                                          


     ni hasil jahitan manik saya..tudung adik.

                                                           


Semalam, saya pergi ambik sijil menjahit. Dengan ini saya diiktiraf telah mengikuti kelas jahitan utk tahun ini.

Dah 2 sijil saya dapat.

Satu sijil kursus jahitan manik dan satu lagi sijil JAHITAN.

Kedua-dua sijil itu adalah impian saya. Impian saya bukan nak memiliki sijil. Tapi impian saya untuk belajar kedua-dua jahitan itu.

Sekarang, saya dah boleh menjahit baju sendiri dan menjahit manik-manik2 pada tudung dan baju.

Tapi tak lah expert mana. Still begginner. Jadinya, janganlah suruh saya buat kebarung or kebaya. Saya tak belajar 2 jenis baju itu.

Saya yakin , saya tak akan buat baju tu pun. Jadinya, saya belajar jahitan pakaian yang saya suka sahaja.

Jahitan manik...I LOVE BEADS...much much..

Semalam, semasa saya menghadiri majlis penganugerahan sijil. Sebelum sessi penganurehan sijil, sempat lagi, cikgu-cikgu kemas, buat demostrasi masakan ikan siakap dan jahitan manik.

Saya yang seperti biasa, buat tak tahu jela. Bukan kenal pun dengan diorang.

Cuma manik-manik saya gaka tertarik.

Bukan tak minat yang masakan. Tapi ramai sangat orang. Takkan nak redah je mereka-mereka tu.

Tiba-tiba, cikgu yang ajar saya menjahit. Memanggil saya . Dan memberitahu kawan-kawannya yang saya pandai jahit manik.

Dalam hati

"Adush" baru je nak tengok dari jauh.

"Wan, mari sini ,,,,,,,,,,,"jerit cikgu saya kearah saya.

Pada mulanya, saya hanya memerhati dari jauh. tIba-tiba ramai plak datang ke meja kami.

Ramai plak yang bertanya-tanya tentang cara jahitan manik.

Takkan nak berdiam je. Saya pun bukak la mulut sikit. Dan bagilah tahu basic things nak jahit manik.

Leader yang ajar jahit manik tu kelakar orangnya. Hmm, dia pun still learning jugak. Low profile.

Dia plak nak belajar dengan saya. Aduish..

Saya cakap, saya baru jugak belajar. Bila saya tanya pasal jahitan manik crumble. Die gelak ..

Dia cakap, dia tak tahu. Saya baru je nak belajar dengan dia sebenarnya.

Saya cakap , saya tahu, tapi tak pernah cuba lagi. Saya beljar kat tenet je , jahitan crumble tu. InshaAllah, boleh buat.

Lastly, cikgu menjahit saya mintak tolong saya jahitkan manik kat tudung dia.

Dengan senang hati, saya jahitkan manik2 , untuk my sifu:)

Gambar ?..nanti saya upload..Simple je. yela. manik kat situ tak banyak. Saya guna apa yang ada.

Saya bersemangat kalau bercerita pasal manik!..i love beads..

Macam nak buka butik je ..heheh :)


mY DREAMS WILL COMES TRUE IF I LOVE TRYING AND LEARNING...