aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 1, 2010

5 bulan yan bersijil

nenek ifwat..thx ifwat
Penantian itu satu penyeksaan.

Ini bukan menanti sang kekasih .

Ini menunggu berita yang ditunggu.

Walaupun tiada yang mahu mendengar, tiada yang ingin memahami. Ingin jua dicoretkan disini.

Sepanjang 5 bulan ini, dan sehingga sejak akhir-akhir. Saya mula rasa tak tahan dengan orang bertanya tentang posting. Seperti yang silapnya saya .Saya seperti tak lulus yang exam. Sebab tu tak dapat posting.

Padahal semuanya dah ok , cume tunggu panggilan untuk penempatan.

Mungkin yang faham, faham lah.

Yang tak berapa nak faham. Tak tahu nak menerangkannya.
Tambahan lagi sekarang ini, bukan GST sahaja untuk dipostingkan.

Budak-budak dpli pun berlambak bakal dipostingkan. Selain itu, gst pulak bukan satu peringkat sahaja. Banyak peringkat lagi. Ada yang dah lulus, ada yang menunggu temuduga, ada yang menunggu keputusan temuduga.

Oleh kerana itu, saban hari, bila memikirkan pasal posting, bermacam-macam "mix feeling " datang.

Bukan nak meraih simpati. Cuma tolonglah faham.

Kerja nak posting. Bukan kerja budak pendidikan macam saya. Kami tak ada hak. Kami cuma ikut flow sahaja. Kami sendiri dah penat menunggu.

Saban hari, pergi laman web moe, check kat portal. Dengan hati yang sedih lagi pilu. Tiada sebarang berita.
.............................................................................................................................................................................
CERITA SEMALAM
   Contoh jahitan manik..ni bukan saya buat..:) cantek kan.?
                                          


     ni hasil jahitan manik saya..tudung adik.

                                                           


Semalam, saya pergi ambik sijil menjahit. Dengan ini saya diiktiraf telah mengikuti kelas jahitan utk tahun ini.

Dah 2 sijil saya dapat.

Satu sijil kursus jahitan manik dan satu lagi sijil JAHITAN.

Kedua-dua sijil itu adalah impian saya. Impian saya bukan nak memiliki sijil. Tapi impian saya untuk belajar kedua-dua jahitan itu.

Sekarang, saya dah boleh menjahit baju sendiri dan menjahit manik-manik2 pada tudung dan baju.

Tapi tak lah expert mana. Still begginner. Jadinya, janganlah suruh saya buat kebarung or kebaya. Saya tak belajar 2 jenis baju itu.

Saya yakin , saya tak akan buat baju tu pun. Jadinya, saya belajar jahitan pakaian yang saya suka sahaja.

Jahitan manik...I LOVE BEADS...much much..

Semalam, semasa saya menghadiri majlis penganugerahan sijil. Sebelum sessi penganurehan sijil, sempat lagi, cikgu-cikgu kemas, buat demostrasi masakan ikan siakap dan jahitan manik.

Saya yang seperti biasa, buat tak tahu jela. Bukan kenal pun dengan diorang.

Cuma manik-manik saya gaka tertarik.

Bukan tak minat yang masakan. Tapi ramai sangat orang. Takkan nak redah je mereka-mereka tu.

Tiba-tiba, cikgu yang ajar saya menjahit. Memanggil saya . Dan memberitahu kawan-kawannya yang saya pandai jahit manik.

Dalam hati

"Adush" baru je nak tengok dari jauh.

"Wan, mari sini ,,,,,,,,,,,"jerit cikgu saya kearah saya.

Pada mulanya, saya hanya memerhati dari jauh. tIba-tiba ramai plak datang ke meja kami.

Ramai plak yang bertanya-tanya tentang cara jahitan manik.

Takkan nak berdiam je. Saya pun bukak la mulut sikit. Dan bagilah tahu basic things nak jahit manik.

Leader yang ajar jahit manik tu kelakar orangnya. Hmm, dia pun still learning jugak. Low profile.

Dia plak nak belajar dengan saya. Aduish..

Saya cakap, saya baru jugak belajar. Bila saya tanya pasal jahitan manik crumble. Die gelak ..

Dia cakap, dia tak tahu. Saya baru je nak belajar dengan dia sebenarnya.

Saya cakap , saya tahu, tapi tak pernah cuba lagi. Saya beljar kat tenet je , jahitan crumble tu. InshaAllah, boleh buat.

Lastly, cikgu menjahit saya mintak tolong saya jahitkan manik kat tudung dia.

Dengan senang hati, saya jahitkan manik2 , untuk my sifu:)

Gambar ?..nanti saya upload..Simple je. yela. manik kat situ tak banyak. Saya guna apa yang ada.

Saya bersemangat kalau bercerita pasal manik!..i love beads..

Macam nak buka butik je ..heheh :)


mY DREAMS WILL COMES TRUE IF I LOVE TRYING AND LEARNING...




2 comments:

  1. salam, cantik manik tu...
    tentang posting tuh... sabar yek
    (uih, sibuk plak... cam kenal plak)

    ReplyDelete
  2. wasalam..
    manik2 tu bukan saya yang buat..saya ambik kat tenet jugak..gambar2 manik-manik yang saya buat tak upload lagi..

    saya buat simple je :)

    posting...ok , sabar slagi boleh sabar..

    thx yangbaik..sudi jenguk disini dan mengomen..

    a lot of thx again!

    ReplyDelete