Assalamualaikum..
Selama bersunyi sepi seketika , banyak benda telah berlaku. Yang ada perlu dikongsi dan ada yang perlu disimpan didalam peti rahsia diri sendiri.
Yang perlu dikongsi.
Alhamdulillah, saya sudah secara rasminya sudah dilantik sebagai seorang cikgu. Ya cikgu. DC41. Guru sandaran siswazah terlatih.
Tahun depan saya akan memulakan tugas saya di sekolah SMK Taman Klang Utama., Klang. Selangor. Hmm, dalam 20 minit dari uitm , shah alam. Itu perkiraan kasar saya. Mungkin kurang atau lebih.
Perasaan saya bila mengetahui sekolah itu adalah tempat bakal saya mencurahkan bakti. Saya bersyukur . Lama-lama, sedikit rasa takut dan gerun dengan persekitaran sekolah itu. Apa yang saya imiginasi selama ini menjadi kenyataan. Saya akan dapat pelajar-pelajar 1 malaysia. Fahamkan?
Sebelum ini,saya belum pernah mengajar pelajar-pelajar sebegitu. Untuk tidak menambahkan lagi rasa cuak itu. Saya rasa ini adalah peluang terbaik untuk saya mendapatkan pengalaman sebagai seorang guru baru.
Guru baru dengan cabaran baru . Cabaran yang tidak pernah saya lalui selama ini. Tapi kawan-kwan saya kebanyakannya sudah melaluinya semasa waktu praktikal dahulu.
Dulu masa praktikal, saya bernasib baik dapat sekolah agama yang pelajarnya terpilih. Memang dari segi mengawal pelajar , tidak ada masalah. Cuma dari segi kandungan dan ilmu , saya perlu mantap. Namun, saya rasa , tak begitu menjadi masalah saya mengajar di sekolah itu.
Sekarang saya dapat skolah satu malaysia yang kemungkinan besar , saya mendapat pelajar-pelajar india adalah majoriti di dalam kelas saya.
Ramai yang menakutkan saya dengan macam-macam CERITA... Tolonglah!..
Sepatutnya, mereka menyokong dan menasihatkan saya . Bukan menceritakan atau mereka-reka cerita....Kalau sendiri tak pernah mengajar sekolah sebegitu, jangan cepat judge and make a simple conclusion.
Dulu roomate saya mengajar indian yang siap ada geng gengsternya. Tapi dia cakap budak tu ok je dalam kelas. Cuma kalau dia tak nak belajar. Biarkan sahaja. Cikgu lain pun faham dengan pelajar sebegitu.
Saya perlu kuat dan terus kuat. Sudah menjadi tanggungjwab saya kini untuk mencurah bakti.
Semoga Allah permudahkan segalanya nanti. Baik urusan mengajar mahupun urusan mengadaptasikan dengan persekitaran baru.
Hidup adalah lebih bererti jika kita memberi manfaat kepada orang lain.
Hidup akan lebih bereti bila kita dapat melepasi halangan atau cabaran baru dalam kehidupan kita.Jika kita hanya merentasi cabaran biasa dalam hidup, jadilah kita manusia yang biasa. Jika kita melalui cabaran yang jarang-jarang orang melaluinya dan melaluinya dengan baik, jadilah kita manusia yang luar biasa.
Allah tidak akan menguji hambaNya, dengan sesuatu yang tidak mampu hambanya melaluinya. Percayalah, apa yang terbentang itu dalah takdir yang terbaik buat kamu.
Wasalam :)
salam niza..selamat memulakan langkah baru sbg cikgu...moga Allah permudahkan urusan..
ReplyDeletemana2 ada shj cabarannya, tinggal kita sendiri nk menangani nya dengan cara yg bagaimana...
-mcm belit plok ayat,sorry..=)
wasalam..terima kasih kak aisha.
ReplyDeleteinshaAllah..:)
tu la kak aisha. Rasa agak teruja dapat posting kat sekolah tu..hehe