aniza & zamir

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 6, 2010

Melangkah fasa demi fasa

Journey....



Tidak lama lagi konvokesyen. 30hb november 2010, adalah tarikh kovokesyen.

Perasaan. Biasa dan bersyukur.

Tak sangka plak, akhirnya dah habis belajar dan dah nak kovo.

Dulu masa sekolah rendah mahupun masa sekolah menengah. Selalu DENGAR  atau tulis ayat macam ini

"Semoga berjaya ke MENARA GADING"

"Semoga berjaya masuk ke Universiti"

"Akan ku jejak ke menara gading .."

Macam-macam ayat lagilah. Semuanya terarah pada belajar rajin-rajin , pandai-pandai, sampai berjaya.

Bila menyorot kembali zaman sekolah. Ada jatuh bangun jugak. Ada suka ada duka. Ada gelak dan pasti ada jua menangis.

Saya bukan budak cemerlang yang dapat straight A utk semua peperiksaan besar.
Tapi saya pelajar yang tak cepat mudah putus asa.

Usaha sangat penting . Tak lupa pada doa dan tawakal.

Dulu masa belajar. Sungguh bermotivasi. Memang tak dinafikan ada jugak masa tak bermotivasi. Selepas  habis belajar, baru saya sedar yang saya boleh tahan bermotivasi.

Bukan nak angkat bakul. Cuma nak jadikan hari-hari akan datang, bermotivasi jua.

Bukan senang, nak pergi ke kelas . Jarang ponteng kelas.Ada semester tu tak pernah ponteng kelas.

Bukan senang, hampir tiap-tiap hari stdi week, kaki ini melangkah constantly ke perpustakaan.Pagi-pagi dah bangun , bersiap-siap ke perpustakaan. Bila petang baru balik.

Selepas ini, satu fasa akan saya jejaki. Ianya fasa pekerjaan. Ya fasa pekerjaan yang penuh cabaran. Yang menuntut diri ini untuk bermotivasi dan sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu. Tambahan lagi, saya bakal seorang guru. Hari demi hari, cabaran akan bertambah.

FITRAH-Hidup yang berpasangan..sehinggakan haiwan pun mahupun berpasangan..(rabbit depan fakulti-final sem)

Selain itu, mungkin selepas fasa pekerjaan saya jejaki, mungkin dalam masa yang sama fasa alam rumahtangga akan saya jejaki jua. 2 fasa ini  bukan boleh dipandang sebelah mata. Namun ianya memerlukan kesabaran dan ketabahan.

Sebelum menjejaki kedua-dua alam ini. Saya mengingatkan diri saya sendiri, agar tidak mudah rasa bahagia dengan apa yang lalui nanti.

saya dan kawan baik saya..sekarang kat upm. Nama dia Shabani :)
Namun, bila bahagia itu datang, bukan masalah untuk saya menikmatinya. Tapi hendaklah mengingatkan pada diri, kebahagiaan itu bukan selama-lamanya.

Pastinya, hujan dan ribut akan sertainya.  Oleh itu, persediaan untuk menghadapinya adalah lebih baik daripada asyik memikirkan kebahagian-kebahagian itu.

Ini kerana, kadang-kadang bila seseorang itu asyik dibuai seronok dan bahagia, dan tiba-tiba badai datang. Mereka seperti tidak bersedia dan cepat lumpuh.

Bilamana kita dapat mengharungi ujian-ujian itu dengan cara yang baik, pastinya muncullah kembali KEBAHAGIAAN ITU.


Ini jalan dari rumah sewa nak pergi fakulti. 2 orang tu adalah Ana dan Dura-roomate, housemate, classmate..
Life is getting more challenging than before. Just go on....

2 comments:

  1. 2 fasa menarik yang akan kamu lalui jua akan saya lalui pasni hehehe...jgn sesekali pisahkan iman didada, dialah petunjuk jalan yg sebenar2nya...

    ReplyDelete
  2. betul tu. Namun , iman biasanya ada pasang dan surutnya. Oleh itu, muhasabah dari semasa ke semasa adalah perlu utk menempuhi perjalanan hidup.

    selamat menempuhi 2 fasa itu..selamat maju jaya !.

    ReplyDelete