Susah betul nak update blog sekarang ni. Bukan tak ada idea, idea tu mencurah-curah. Tapi bila menaip jer jadi blank jer.
Sekarang masih berbaki 2 minggu lbih lagi cuti semester. Semakin lama bercuti, semakin jauh hati nak balik kampus.
Cuti kali ni cukup berbeza dengan cuti2 yang lepas. Ada banyak baiknya, dan masa-masa yang ada banyak terisi dengan keluarga.
Mungkin hajat saya untuk menambah baikan kualiti bersama keluarga telah tercapai. Banyak aktiviti sepanjang cuti ini telah mengeratkan silaturahim kami sekeluarga.
Terima Kasih Ya Allah..
Terima Kasih Ya Allah..
"Kakak, jom kita berjemaah, dah isyak" adikku bersuara.
Tiba-tiba, hati ini terharu mendengar sepontan ayat itu.
Sebenarnya, budak-budak kecil dan remaja ini, mereka sangat lembut hatinya. Tapi kita sebagai yang lebih tua selalu tidak menggunakan kesempatan yang ada dengan betul. Kita selalu memperlekehkan mereka. Tapi mereka sebenarnya jauh lebih baik dari kita.
Kekadang orang-orang tua selalu bertindak tidak bijak kepada kanak-kanak atau remaja. Masih jelas diingatan saya, semasa saya mula2 berjinak ke surau sewaktu saya di bangku sekolah lagi
Saya rasa begitu terasa dengan layanan jemaah lain pada saya. Salahkan seorang kanak-kanak pergi ke surau untuk sama-sama menuntut ilmu?
Kalau salah betulkan..wahai makcik22..jgn bermasam muka kalau x puas hati dengan orang yang lebih muda.
Saya ingat lagi, biasanya selepas balik dari surau, saya akan menceritakan ilmu yang saya dapat kepada ibu tercinta. Ibu jualah yang menjadi pendengar setia untuk setiap keluhan saya. Dia tak pernah mematahkan semangat saya pada masa itu. Namun, dia memesan agar saya tidak berdendam dan tidak bersikap sedemikian kelak.
Kanak-kanak ibarat kain putih...Kita yang mencorakkannya...
Berbalik pada cerita adik2 saya yang semuanya perempuan ni, dan memerlukan role model yang baik agar mereka tahu jalan yang sepatutnya mereka pilih untuk lalui jalan kehidupan ini
Takut benar apa yang tidak elok saya lakukan menjadi ikutan adik-adik nanti.
"Ya Allah, jauhilah kami dari kejahatan dan jadikan kami anak yang solehah"
Ameen ~
saya bersimpati atas apa yang berlaku kepada saudari. dan berharap makcik2 disana berfikiran lebih terbuka dengan dalam menerima anak2 muda dalam jemaah.
ReplyDeletememandangkan tajuk post ini 'Luahan Rasa' saya ingin berkongsi sedikit luahan. pada pandangan saya tak salah membawa kanak2(5-8thn)tetapi perlulah kepada pemantauan dan didikan ibubapa/ penjaganya. Agar kanak2 yang dibawa tidak menggangu jemaah lain yang mengerjakan ibadah. jika tidak mampu untuk mengawal kanak2 dibawah jagaan, saya nasihatkan usahlah dibawa. kerana mereka amat menggangu, adakalanya mereka membuat bising, berkejaran dihadapan jemaah yang solat, duduk betul2 dihadapan jemaah yang solat dan sebagainya. ayah saya juga pernah membawa adik bongsu saya ketika itu berusia dalam linkungan 5 tahun, hasil ketegasan ayah saya dapat mengawal kelakuan adik saya dan bersama-sama menunaikan ibadah dengan tenang