Apa yang buat saya terkesima?
Blog yang tertera di atas membuat saya terkesima. Blog anak ustaz zaharuddin, dimana blog ayahnya selalu saya lawati sudah sekian lama.
Saya mungkin tak terkesima jika blognya sekadar menulis catatan harian biasa di dalamnya. Tapi apa yang terkesima disini, ayat-ayat yang digunakan tersusun dan rapi.
Bermakna.
Lagi membuatkan saya terkesima apabila dia yang baru 10 tahun sudah mula menghafal ayat2 lazim. Mungkin inilah kesan tarbiyatt ayahandanya. Mungkin orang lain tak da nak terkesima macam saya kerana mungkin kamu semua lagi advance dari anak ustaz tu. Namun bagi saya yang tidak sehebat mana dan semasa umur saya sebaya dengan anak ustaz itu, saya tak da pula dah menghafal ayat2 quran tu.
Setiap orang yang mempunyai blog ada hak untuk menulis apa sahaja di dalamnya. Namun adalah lebih baik jika ianya membawa faedah bersama.
Sharing is caring!
RUMAHKU SYURGAKU
Hari ini, hampir semua ahli keluarga ada di rumah. Alhamdulillah.
Bertemu di pondok ini dengan izinNya. Moga-moga Allah sentiasa merahmati keluarga saya.